DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater
|
Que Sera, Sera - Part 3

Lama Alyaa memandang ke langit. Memerhati bulan dan bintang dari koridor biliknya yang terletak di Tingkat 2, bangunan empat tingkat itu. Hatinya resah gelisah. Jiwanya terasa tak tenteram. Entah kenapa, dia jadi sangat risau. Sudah dua kali dia cuba melelapkan matanya tapi hasilnya tidak seperti yang diharap. Puas berpusing ke kiri dan ke kanan, akhirnya dia bangun dari pembaringan. Dan kini, dia terpaku di koridor biliknya itu. Melissa pula masih tekun mengadap laptopnya. Cuba menghabiskan siri drama Jepun bertajuk One Litre of Tears. Sudah sekotak tisu dihabiskan Melissa gara-gara cerita Jepun itu. Namun, lamunan Alyaa terhenti saat mendengar alunan lagu dari telefon bimbit Melissa. Lama dia memerhatikan Melissa sehinggalah nada itu berhenti dengan sendiri. Dan kurang beberapa saat, telefon bimbit itu berbunyi lagi. “ Lissa, phone kau bunyi tue.” Kuat suara Alyaa memanggil Melissa. Lama juga Melissa memandang skrin telefonnya sebelum dia menjawab panggilan telefon itu. Alyaa kurang jelas dengan butir percakapannya kerana Melissa berada di muka pintu. Agak jauh jaraknya dengan koridor. Beberapa minit kemudian, barulah Melissa menamatkan perbualannya. Dari muka pintu, lama juga Melissa memandang Alyaa. Kemudiannya, dia memandang kembali skrin telefon bimbitnya. Berulang kali dibacanya mesej pesanan ringkas itu sebelum dia mampu untuk mengunjukkan telefon itu pada Alyaa. “ Lissa... Lissa... ape nieh?” soal Alyaa gugup. Melissa mengetap bibir. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk dikatakan pada Alyaa yang sudah mula tidak keruan itu. “ Abang Akif, dia....” Alyaa segera mencapai telefon bimbitnya. Cuba untuk menghubungi Akif pada saat itu tapi panggilannya bagai sengaja tidak dijawab. Alyaa mula panik. Air matanya jatuh tiba-tiba. “Abang...” Lirih sekali suara itu diiringi tangisan Alyaa. Melissa cuba berlagak tenang. Segera dia menelefon kembali Akif. Cuba untuk memujuk Akif supaya berterus-terang dengan Alyaa. Dan pujukannya berhasil. Telefon itu cepat sahaja diserahkan pada Alyaa. “ Abang... apa semua nieh?” soal Alysaa tersekat-sekat. “ Maafkan abang, Lya. Abang tahu payah untuk Lya terima kenyataan nie. Tapi abang terpaksa. Maafkan abang.” Talian terputus tiba-tiba. Alyaa terduduk di muka pintu. Terhinjut-hinjut badannya menahan tangisan. Namun, dia gagal. Serentak itu, Alyaa menutup mukanya dengan tangan lalu menangis teresak-esak. “ Lya...” Panggil Melissa lantas membawa tubuh Alyaa ke dalam pelukannya. Pilu hatinya melihat keadaan Alyaa saat itu. Bagaikan tidak percaya, segalanya berlaku begitu pantas. Rasanya baru pagi tadi mereka bersama. Tiada tanda perselisihan faham. Pergaduhan antara mereka jauh sekali. Alih-alih, malam ini Akif minta putus kasih. Ya Allah, Kau tenangkan sahabatku. Kau tabahkan hatinya. ---------------------------------------------------------------
Pagi itu seusai membuka mata, Alyaa diam di pembaringan. Memandang ke atas tanpa kerdipan mata. Pantas, dia memandang kiri dan kanan. Suasana kala itu hening sekali. Yang ada hanyalah bunyian burung yang galak mencari makan. Lantas, dia bangun lalu mengatur langkah kakinya ke arah jendela. Langsir diselak dan tingkap dibuka. Nah, dingin pagi mula mengigit seluruh tubuhnya. Mentari pula makin kuat memancarkan cahayanya untuk menerangi bumi indah ciptaan Allah S.W.T ini. Lama Alyaa merenung keluar jendela sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi tutupan pintu biliknya. Matanya menyongsong ke arah Melissa yang baru selesai mandi mungkin. Dan Melissa lantas tersenyum kepadanya. “ Morning, dear friend,” sapanya yang ingin menceriakan permulaan hari mereka. Alyaa tersenyum payah. Sedar akan tindak tanduk Melissa yang mahu menceriakan dirinya. Seminit kemudian, cepat sahaja dia mencapai telefon bimbitnya seperti selalu. Dia terdiam. Kosong sahaja skrin telefon bimbitnya itu. Tiada sebarang SMS dari Akif. Sedarlah dia kini yang Akif sememangnya serius dengan kata-katanya semalam. Alyaa bungkam. Hatinya terasa perit diasak dengan pelbagai soalan yang tiada jawapan. Dia akur kalau sudah itu kehendak Akif cuma hatinya menuntut sedikit penjelasan. Biarlah penjelasan itu kelak akan memakan dirinya sendiri. Takpe, cukup sekadar dia tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi. “ Apa yang kau fikirkan tueh?” soal Melissa memecah kesunyian antara mereka. Lama dia memerhatikan gelagat Alyaa. Dari tingkap bilik, dia ke katil. Kemudian, mencapai telefon bimbit dan tak lama itu terdengar satu keluhan. Melissa bagaikan tidak percaya. Alyaa sememangnya gadis yang jarang mengeluh dengan dugaan hidup. Payah mana sekali pun, Alyaa pasti akan tersenyum juga. Mungkin dugaan yang satu ini terlalu perit untuk dia. Melihatkan Alyaa yang masih diam membisu walaupun diasak dengan soalan, Melissa cepat-cepat menghampiri Alyaa. Duduk di sisi gadis itu. “ Aku tahu payah untuk kau terima, Lya. Tapi, kau kena sabar. Yer, mungkin perkataan sabar tu bukan perkataan terbaik untuk aku ucapkan sekarang nieh tapi hanya sabar saja yang boleh buat kau kuat. Aku tetap ada untuk kau, Lya,” ujarnya penuh keikhlasan. Alyaa mengangkat wajahnya. Lama matanya singgah pada wajah polos milik Melissa. Dari sinar mata Melissa, Alyaa tahu yang dia tak pernah keseorangan. “ Thanks, Lissa. Aku buntu. Aku pun tak tahu apa yang sedang terjadi sekarang nieh. Kadang aku rasa macam mimpi saja tapi bila aku fikir-fikirkan, ia memang sedang terjadi kan.” Melissa mengetap bibir. Cuba mencari ayat terbaik untuk diungkap. “ Lya, benda nie terjadi secara drastik. Memang susah nak terima bila kita langsung tak pernah jangka ia akan terjadi mengejut macam nieh. Aku pun sebenarnya still terkejut dengan apa yang jadi semalam. Tapi, mungkin dia ada sebab kenapa dia buat macam nieh.” “ Tapi apa sebabnya, Lissa? Kenapa dia tak mahu jelaskan?” soal Alyaa lirih. “ Lya, kadang-kadang kita tak perlu tahu sebab kenapa sesuatu itu terjadi. Kerana sebab itulah yang akan buat kita lebih sakit,” pujuk Melissa. “ Tapi aku nak tahu. Aku perlu tahu. Sekarang nieh, aku tak tahu macam mana nak pujuk hati aku sendiri. Sebab, aku tak punya apa-apa untuk yakinkan hati aku. At least, kalau dia cakap dia dah punya orang lain pun dah cukup untuk aku. Sekurang-kurangnya, aku ada sebab untuk aku pujuk hati aku sendiri. Bila macam nieh, aku pun tak tahu apa yang aku perlu buat. Aku buntu sangat,” luah Alyaa. “ Takpelah, Lya. Mungkin dia perlukan masa untuk nak jelaskan pada kau apa sebenarnya yang terjadi. Kau bagi dia masa untuk fikirkan. Dan kau bagi peluang pada hati kau untuk terima kenyataan. At least, ia akan buat kau tenang.” Melissa cuba memberi keyakinan. Alyaa pula sekadar mengangguk. Cuba memberi ruang pada minda untuk berfikir secara rasional. Lantas, tidak terlalu emosional pada keadaan. Alyaa menukar posisi duduknya. Dari hujung katil kini Alyaa duduk bersandar pada dinding. Kemudian, dia mencapai buku puisi yang terletak di bawah bantal tidurnya. Ditarik penutup pen Pilot G-1 lantas dia mencoretkan sesuatu pada helaian kertas putih nan polos itu. Mengutip sisa-sisa kenangan yang terbias. Aku menoleh ke belakang. Menyaksikan langkahmu yang kini menjauh. Lirih, aku tak upaya menghalangmu. Perit, itu kenyataanku. Sedih, tapi tiada aku mampu menghalangi waktu. Terus aku bangun dan memandang ke depan. Membiarkan persoalan itu begitu sahaja. Jawapan yang memang akan tetap aku nantikan. Mungkinkah akan aku ketahui? Atau dibiar sepi sendiri.
p/s: Mungkin abang belum kenal Lya sepenuhnya. Lantaran itu, abang biarkan Lya terpinga-pinga.
Buku puisi kesayangan lantas ditutup lalu diletakkan kembali ke tempat asalnya. Lalu, Alyaa bangun mencapai tualanya di hujung katil lantas terus mengatur langkah ke bilik mandi. Tak guna dia terus mencari jawapan bila ada yang tidak sudi membuka mulutnya. Biarlah. Labels: Que Sera Sera
Back to Top
|
|
Que Sera, Sera - Part 2
Aqilah memandang suaminya. Kemudian, pandangannya dialihkan kepada Akif yang tunduk membisu. Dia sedar Akif payah untuk membuat keputusan. Dia tahu Akif terlalu sayang untuk melepaskan Alyaa tetapi salahnya juga. Aqilah melepaskan keluhan. Dia mahu adiknya itu bertanggungjawab tapi dia juga seperti Akif. Tidak sampai hati untuk menyakiti sekeping hati selembut Alyaa. Gadis itu tidak berhak dihukum atas kesilapan silam Akif. Tetapi kini, Alyaa adalah seorang insan yang akan menerima hukuman paling berat walaupun dia langsung tidak terlibat.
“ Sampai bila kamu nak berahsia dengan Alyaa?” tanya Razlan, abang iparnya yang juga suami kepada Aqilah. Akif memandang Razlan lalu mengelengkan kepalanya.
“ Kif nak Kak Qi tolong ke?” soal Aqilah pula. Sekali lagi Akif mengeleng. Lama dia tunduk berfikir. “ Kif tak mahu Lya sedih, kak! Kasihan dia.”
Razlan merenung Akif sebelum pandangannya jatuh pada wajah isterinya.
“ Akak tahu, Kif. Tapi Kif tetap kena beritahu dia. Akak tak mahu dia tahu dari orang lain. Nanti, lagi teruk jadinya,” pujuk Aqilah. Akif mengetap bibirnya.
“ Kak, kalaulah Kif jumpa Lya tiga tahun dulu...”
“ Kif... tak guna nak menyesal sekarang. Benda dah jadi. Mungkin Lya bukan jodoh Kif. You should accept this,” tambah Razlan pula. Akif mengangguk.
“ Mungkin betul cakap abang. Kif tak layak untuk gadis sebaik Lya,” ujar Akif sebelum dia menyembapkan mukanya ke bantal kecil di atas sofa itu. Terhenjut-henjut badannya menahan tangisan yang datang tiba-tiba. Hatinya sakit. Terlalu sakit.
Razlan dan Aqilah terpana. Terkejut dengan reaksi spontan Akif. Sesungguhnya, inilah kali pertama dia melihat Akif menangis. Sedari kecil, Akif jarang menangis. Seteruk mana pun dia disakiti, Akif tak pernah menangis. Akif yang dia kenali adalah Akif yang keras hatinya. Tapi hari ini, air mata Akif yang selama nie terlalu mahal jatuh jua.
“ Kif...” panggil Aqilah perlahan sambil mengusap-gusap belakang badan adiknya itu. Akif tidak memberikan reaksi.
“ Sakit, kak!” rintih Akif perlahan.
“ Sabarlah, dik!”
Aqilah memeluk erat adiknya itu.
------------------------------------------------------------------
Lama Alyaa memandang Akif yang sedang tekun menghabiskan sandwish tuna yang dibawanya tadi. Nampak lain benar Akif pagi itu. Wajahnya sembab, matanya kelihatan bengkak. “ Abang...” panggilnya perlahan.
“ Yer,” sahut Akif sambil membalas pandangan mata Alyaa. Kunyahannya terhenti. Pelik!
“Kenapa Lya pandang abang macam tu? Ada yang tak kena ke kat muka abang nieh?” Alyaa pantas mengeleng. “ Dah tu?” soal Akif tak puas hati.
“ Kenapa muka abang sembab? Mata abang bengkak? Mengantuk ke? Tak cukup tidor ek? Banyak kerja?” soal Alyaa bertalu-talu. Akif tersengih.
“ Owh, pasal itu. Abang kena dera dengan abang Lan semalam. Dia paksa abang temankan dia siapkan pelan projek baru dekat Seremban. Kami buat kerja sampai pukul 5 pagi tadi. Abang sempat tidur sejam jer. Lepas tu bangun Subuh then tolong kak Qi buatkan sandwish nieh banyak-banyak. Sebab abang dah janji nak breakfast dengan Lya. Kan Lya suka sandwish tuna,” ujarnya panjang lebar.
“ Lor, abang tidur sejam jer? Kenapa tak call Lya jer? Kita boleh cancelkan breakfast nieh. Kasihan abang tak cukup tidur,” ujar Alyaa penuh simpati. Akif tersenyum nipis. Alyaa jarang sekali mementingkan dirinya.
“ Takpe. Everything’s for you, sayang,” ucap Akif ikhlas. Alyaa tersenyum penuh makna. Sungguh, dia bahagia setiap kali bersama Akif. Hatinya terasa tenang walau ditimbuni segala macam masalah. Dunia ini terasa bagai dia yang punya. “ Thanks, abang. Thanks sebab selalu buat Lya rasa bahagia macam nieh,” ucap Alyaa sambil tersenyum.
Akif membalas senyuman itu. Seleranya mati tiba-tiba. Alyaa bahagia dengannya? Ya, memang itu yang dia harapkan. Memang itu yang dia mahu Alyaa rasakan tapi pada saat ini ucapan terima kasih itu bagaikan sedang menyindir dirinya.
“ Lya...”
Cepat sahaja Alyaa mengangkat wajahnya. Merenung Akif yang duduk bersebelahan dengannya. “ Yer,” balas Alyaa cepat. Akif mengenggam tangan Alyaa. Lantas, dibawakan tangan itu ke bibirnya lalu dicium belakang tangan Alyaa. Alyaa terpana. Terdiam tanpa kata. Terkejut barangkali.
“ Abang sayang Lya sepenuh hati abang. Dan jika diizinkan Allah S.W.T abang nak Alyaa jadi suri hidup abang juga ibu pada bakal anak-anak abang. Tapi, jika ditakdirkan Allah S.W.T yang Lya bukan untuk abang. Abang redha, sayang. Mungkin abang bukan ditakdirkan untuk gadis sebaik dan seikhlas Lya. Abang minta maaf kalau abang ada menyakiti hati Lya. Maafkan abang kalau abang pernah buat air mata Lya jatuh sebab abang. Sungguh, abang tak sengaja. Abang minta maaf, Lya.”
Alyaa terdiam lagi. Lirih benar nada suara Akif saat itu. “ Apa abang merepek nieh? Tengak mimpi ke? Ke tengah mamai lagi?” soal Alyaa pelik. Tak pernah Akif berjiwang karat begitu dengannya. Memang jarang sekali malah boleh dikira dengan jari. Akif ketap bibir.
“ Lya nieh potong btul la. Abang baru nak layan jiwang ngan Lya. Lya dah cakap abang merepek la, mamai la. Tak kasi chance langsung,” balasnya dengan nada merajuk. Alyaa ketawa kecil. Akif pula tersenyum kelat. ‘Nanti kau akan faham, sayang.’
“ Sudahlah tu, abang. Lya dah lambat nieh. Jomlah,” ajak Lya sambil cepat-cepat tangannya mengemas bekas berisi sandwish itu.
“ Lya gerak dulu. Abang nak ke toilet kejap.”
Alyaa muncung. “ Yelah, kat tempat biasa tau. Lya tunggu abang kat sana.”
“ Okey,” balasnya sambil menghantar Alyaa dengan pandangan matanya sehinggalah Alyaa lenyap disebalik dinding bangunan akademik itu. Selepas itu, cepat-cepat dia mengatur langkah ke tandas. Selesai urusan, cepat sahaja Akif menapak ke blok akademik itu. Namun, langkah kakinya terhenti disebalik pintu bilik tempat Alyaa dan teman-temannya berlatih muzik. Hatinya dibuai oleh kemerduan paduan suara dan petikan piano oleh Alyaa. Dirinya terasa dibuai. Sememangnya , itulah lagu kegemaran Alyaa. “... kau hadir bagaikan cahaya memancar jiwa. Ku dambakan syurga di saat kau menjelma.”
Dari balik pintu, Akif menepuk tangannya. Suka benar dia menyertai Alyaa dan teman-temannya itu berlatih muzik. Masing-masing punya minat. Alyaa dengan biolanya dan selalunya dialah yang bertindak sebagai vokalis. Melissa pula denga pianonya. Erwan dan Hafiz pula masing-masing dengan gitar dan drum mereka. Sesekali bila mereka berpadu, muzik yang terhasil sangat indah alunannya. Sungguh merdu melodinya.
“ Abang Kif, kami ada satu lagu untuk abang. Dah seminggu kami berlatih lagu nieh tau. Lya kata special untuk abang. Nak dengar?” soal Erwan penuh teruja.
“ Untuk abang? Dari Lya?” soalnya tak percaya. Lantas, dia memandang Alyaa. Alyaa sekadar mengangguk sambil tersenyum malu.
“ Dengar eak...” pinta Alyaa lembut. Penuh manja.
Akif mengangguk. Serentak itu, Melissa memulakan petikan pianonya diiringi oleh suara gemersik Alyaa. Dan kadang-kadang, alunan biola mengiringi alunan lagu Kerna Kusayang Kamu itu. Akif terdiam tanpa kata. Hatinya terasa sebu. Pedih dan perit bersatu. Wajah Alyaa yang sedang tekun dengan melagukan bait-bait perkataan dipandang lama. Menimbun kini segala rasa di hati. Memuncak rasa bersalah dalam hatinya. Dan kini dia sedari, semakin payah untuknya mengungkap kata-kata itu buat Alya.
“ Sedap tak suara Lya?” tanya Alyaa sambil tersengih malu.
Akif mengangguk mengiakan kata-kata Alyaa.
“ Bang, bulan depan datanglah Malam Amal Untuk Gaza. Kita orang buat persembahan tau. Abang wajib datang! Janji?” paksa Alyaa beria. Akif telan liur. Bulan depan? Akif berkira-kira dalam hatinya. “ Kalau abang tak datang?”
Alyaa gigit bibir. “ Merajuk setahun dengan abang.”
“ Yelah, abang janji walau apa pun yang terjadi abang tetap akan datang tengok Lya dan kawan-kawan malam tueh. Its a promise!” ucapnya sambil mengangkat tangan sebelah kanan lagak orang membaca ikrar. Meletus tawa empat sekawan itu melihat reaksi spontan Akif.
Labels: cerpen, Que Sera Sera
Back to Top
|
|
Que Sera, Sera - Part 1
Dia bungaku. Dia kekasihku. Dia kesayanganku Dan kini, dia bukan milikku. Kenapa sayang? Kenapa jadi begini? Kau pergi saat hati menyulam rasa. Kau tinggalkan aku saat hati berbunga cinta. Kau menghilang saat ku yakin kau milikku. Hari ini, hatiku berderai bak kaca. Buat kesekian kalinya, aku terluka. Mencantum kembali serpihan berkaca buat hatiku terguris luka.
Erat sekuntum ros merah jambu itu digenggam. Lama dia mengusap-gusap bunganya yang tak pernah layu dimamah masa. Tajam pandangannya pada bunga ros merah jambu yang diperbuat dari kain itu. Itulah kesayangan Alyaa Hannani. Gadis kesayangannya yang kini telah jauh pergi meninggalkan dirinya. Akif meraup mukanya. Air matanya terlalu murah untuk gadis itu. Dan dia sedar, itulah harga yang terpaksa dibayar atas semua perbuatannya pada Alyaa Hannani. Itulah derita yang harus dia rasakan sebagaimana Alyaa pernah merasainya. Lama pandangannya tertacap pada sekeping kertas dari helaian-helaian diari biru milik Alyaa. Di antara helaian itulah, Alya meletakkan bunga ros merah jambu itu. Berulang kali dia membaca puisi luahan hati gadis bernama Alyaa. Ya, Alyaa yang dia kenali memang tak pernah berubah. Dari saat mula dia mengenali gadis itu sehinggalah ke saat terakhir dia bersama gadis itu. Gadis itu terlalu kaya dengan bahasa puisinya. Gadis itu terlalu menghargai keindahan bahasa. Hidupnya dipenuhi oleh puisi dan lagu. Itulah Alyaa Hannani. “ Abang... nak dengar puisi baru Lya?” Mendengar pertanyaan itu, Akif pantas memusingkan badannya mengadap gadis berbaju kurung biru lembut itu. Mengangguk tanda sudi menadahkan telinganya mendengar bahasa indah karangan gadis bermata bundar itu. “ Ku kenal kamu, ku tahu itu kamu, ku sedar dirimu bersamaku, Walau kadang hadirmu bersama bayu panas, namun ku tetap mahu kamu. Kerana kamu, aku bisa bernafas. Kerana kamu, aku bisa hidup bersama kesayanganku. Terima kasih kamu, duhai angin. Bertiuplah selalu. Damaimu menenangkan aku.” Usai sahaja gadis itu membacakan puisinya, Akif menarik nafas panjang dan menahan nafasnya. Alyaa kehairanan. “ Kenapa abang tahan nafas?” Akif buat tak dengar. Masih lagi menahan nafasnya. “ Abang, sudahlah tu. Angin bukan untuk ditahan di dada tapi untuk dihembus setiap masa. Barulah abang boleh rasa kedamaiannya.” Petah sahaja bibir kecil itu mengungkap kata-kata. Akif tersenyum. Dia suka sekali mendengar setiap butir yang keluar dari bibir Alyaa. Lembut dan indah sahaja kedengarannya. Ahh, atau mungkin itu hanyalah rasa kerana dia menyayangi gadis di hadapannya itu. Bak kata Zaizul, hati kalau dah sayang semuanya terasa indah. Bau kentut pun boleh terbau wangi. “ Lya nieh asyik menulis puisi saja. Bukan ke Lya dah nak final? Tak study ke? Abang tahu Lya minat puisi tapi jangan sampai alpa dengan puisi. Dulu abang suruh ambik course Pengajian Bahasa, Lya tak nak. Tetap jugak nak Architechure. Tetap juga nak bertemankan pensel dan pembaris. Tapi, macam tak sungguh-sungguh jer,” ujar Akif sambil memandang Alyaa yang sedang menyisip air kotak berperisa Laici kesukaannya. “ Alah abang nieh. Puisikan boleh tulis di mana-mana,” balasnya membela diri. “ Memanglah boleh tulis di mana-mana. Tapikan menulis itu tetap perlukan pemikiran. Itu maknanya Lya tak fikirkan soal pelajaran tapi asyik fikirkan puisi,” ujar Akif cuba untuk mencantas. “ Ahh abang nieh. Mengarutlah. Puisi itu hadirnya sendiri. Tak payah difikir, tak payah ditunggu. Sebab itu, bahasanya indah. Tak hipokrit, tak menipu. Apa yang ditulis itulah yang dirasa.” Akif terdiam. Dalam diam, ada hati yang terasa sayu. Ada nada berlirih duka. Gadisku, hidupmu penuh dengan keindahan. Baik bahasamu, begitu juga dirimu. Maafkan aku andai akulah penyebab keindahanmu pudar. “ Kenapa abang diam? Dah tak ada modal ke?” tanya gadis itu sambil tersenyum nipis. “ Abang nak kasi chance Lya menang jer. Kalau tak nanti abang jugak yang nak kena pujuk. Baik abang kalah jerk,” balasnya tidak mahu kalah. Alyaa mencebik. “ Lya, lapar tak?” Alyaa memandang Akif lama. “ Soalan apetah. Nie yang dok menjamah pisang goreng nieh, ape? Bukan makan ke namanya?” Akif tersengih. “ Ini minum petang. Kejap lagi, lepas Maghrib temankan abang boleh? Kita keluar makan eak?” ajaknya bersungguh-sungguh. “ Malas la, Lya. Lagipun kan abang dah janji nak hantar Lya balik hostel kejap lagi. Takkan nak stay kat sini sampai Maghrib pula. Nanti ape pulak cakap akak abang tueh,” balas Alyaa cuba mengelak. Akif muncung. “ Kalau tak sudi, cakap jelah. Tak payah nak berkias-kias macam tu.” Kini, giliran Alyaa pula terpana dengan kata-kata Akif. “ Bukan macam tu. Lya segan la nak berlama-lama kat sini,” ujarnya cuba untuk menunjukkan kebenarannya. Bukannya dia tak nampak reaksi Aqilah, kakaknya Akif saat mereka sampai sekejap tadi. Pandangannya satu macam. Bukan pandangan tidak suka tapi lebih kepada pandangan pada orang yang dikasihani. Entahlah, mungkin itu cuma perasaannya saja. Lama matanya jatuh pada wajah kesayangannya itu. Akif juga sama-sama diam. Membalas pandangan mata Alyaa yang polos. ‘Ini bukan masa untuk menyakiti hatinya, Kif! Bukan saat ini.’ Ada suara berbisik di hatinya. “ Yelah, sayang. Tapi Lya kena benarkan abang tengok Lya berlatih piano,esok. Lepas tu, Lya temankan abang makan. Boleh?” Alyaa ketap bibir. Lama dia memandang Akif. Perangainya lain macam dua tiga hari ini. Tingkahnya bagaikan tiada lagi hari mendatang untuk mereka bersama. Dan jika hukum agama tidak membataskan pergaulan mereka, rasanya semahunya Akif bersamanya setiap masa, ke mana jua. “ Abang nieh, kenapa? Lain macam jer Lya tengok. Macam dah tak boleh nak jumpa minggu depan ke, bulan depan ke...” Akif tersengih. Sengaja malas mahu menjawab. Sengaja mahu buat Alyaa serba-salah. “ Yelah, yelah. Esok datanglah tengok. Latihan pukul 9.00 pagi,” sambung Alyaa mengalah. Akif tersenyum akhirnya. Namun, ada luka terguris di hatinya. “ Memang dah tiada minggu depan untuk kita, Lya,” ujarnya perlahan. Sangat perlahan. “ Apa abang cakap?” tanya Alyaa yang kurang jelas. “ Hah! Abang cakap ape?” Akif terpinga-pinga. Dalam hati, dia mengutuk dirinya sendiri. “ Tak apa-apalah, sayang. Saja jer abang mengomel,” ujarnya menutup kegelisahan hati. ‘Maafkan abang, sayang.’ Hatinya merintih perlahan. Namun, kata-kata itu sekadar tersimpan jauh di sudut hatinya. “ Tadi kata nak balikkan? Jomlah, abang hantarkan,” sambung Akif lagi. Alyaa mengiakan lantas segera mengabiskan sedutan terakhir air kotaknya. Elok sahaja minumannya habis, muncul Aqilah bersama anak comelnya. “ Lya balik dulu ya,” ucapnya sambil menyalami tangan lembut itu. “ Yelah, jaga diri baik-baik. Nanti kalau senang-senang, ada masa datanglah lagi. Tak perlu tunggu Akif. Kalau rasa nak datang, datang saja. Akak sedia terima kedatangan Lya,” ujar Aqilah panjang lebar. Akif tersentak dengan kata-kata kakaknya. Dia sedar Aqilah cuba membantunya. Tapi dia yang tidak sanggup. Dia yang tidak sanggup untuk menyakiti hati gadis selembut Alyaa. “ Apa lagi yang kamu menungkan tu, Kif?” Pertanyaan Aqilah buat Akif tersentak. “ Ala kak. Dia memang macam tu sehari dua nieh. Termenung aja kerjanya. Macam orang ditinggalkan bini jerk gayanya,” tambah Alyaa mengusik. Akif tersenyum kelat. Terusik dengan kata-kata Alyaa. “ Dah la tu. Dah nak Maghrib nieh. Kif, hantarkan Lya balik. Lepas tu, terus balik rumah. Abang Lan kata ada hal sket dia nak bincang dengan kamu nanti,” ujar Aqilah menyelamatkan suasana. Makin dibiarkan karang, lain pula yang jadi. Cepat-cepat Akif membukakan pintu untuk Alyaa. Seusai Alyaa memasuki kereta, cepat sahaja dia menutup pintu lalu bergegas ke bahagian pemandu. Memasuki kereta lalu meneruskan pemanduannya. Alyaa di sebelah ralit dengan radio Hot.Fm kegemarannya. Ralit dengan lagu yang sedang dimainkan. Camelia, maafkanlah aku Kerna ku tak bisa temani tidurmu Camelia, lupakanlah aku Jangan pernah lagi kau temui aku
Kau wanita terhebat Yang pernah singgah di hatiku Kau wanita yang tegar Aku mohon lupakanlah aku
“ Sedap lagu nieh, kan abang? Tapi sayang, lagu sesedap ini hanya untuk memberitahu kekasihnya tentang kebenaran. Kebenaran yang menyakitkan. Tak dapat Lya bayangkan macam mana perasaan kekasih dia bila tahu tentang kebenaran tu,” ujar Alyaa panjang lebar. Itulah Alyaa. Telinganya mendengar. Hatinya mentafsir. Akif memandang gadis di sebelahnya tanpa membalas pertanyaan Alyaa. Berat hatinya untuk mengungkap kata-kata. Bagai mengakui kata-kata Alyaa, Akif mengeluh. Ya Allah, inikah balasan yang harus aku terima kerana perbuatan masa lalu. “ Kenapa abang?” Akit tersentak. “ Kenapa ape? Soalnya kembali. “ Kenapa abang mengeluh? Lya jarang dengar abang mengeluh tapi hari nie Lya asyik dengar jer. Kenapa yer?” soal Alyaa perlahan. Bukan sekali dia mendengar keluhan Akif. Bukan juga dua kali tapi sudah berkali-kali sejak mereka bertemu tengah hari tadi. Akif terdiam lagi. Sukarnya memyembunyikan kebenaran saat itu. Sukarnya untuk berdepan dengan seseorang yang terlalu disayangi. Dan seseorang yang bakal dia sakiti. “ Takde apa-apalah,sayang,” balas Akif pendek. Alyaa disebelah membisu. Lama matanya singgah pada wajah redup Akif yang sedang memandu. Entahlah, terasa lain benar Akif hari ini. Emosinya terlalu cepat berubah. Mula-mula dia boleh tersenyum dan ketawa tapi tak sampai seminit dia boleh kembali pada lamunannya. Hatinya terasa lain. Tapi cepat-cepat dia menepis segala perasaan tidak enak yang datang. Dan suasana dingin itu mengiringi mereka sehinggalah sampai di perkarangan Kolej Zabaa. “ Esok pagi abang datang lagi ek,”ucap Akif sambil tersenyum. Dia cuba untuk memancing kembali mood Alyaa. Dia kenal gadis itu. Bila Alyaa diam membisu begitu, dia tahu Alyaa menuntut penjelasan darinya. “ Takde apa-apa la, sayang.” Alyaa muncung seribu. “ Tipulah.” “ Takde apa-apa. Jangan risau! Esok abang datang tau. Kita breakfast sama-sama before Lya pergi latihan. Okey?” pujuk Akif lembut. Seraya itu, Alyaa tersenyum. “ Promise?” Akif tersenyum sambil mengangguk. “ Okey, Lya naik atas dulu. Kita jumpa lagi esok. Nanti sampai rumah, jangan lupa inform Lya tau. Bye abang. Assalamualaikum,” ujarnya sambil tersenyum. Alyaa segera menapak pergi sebaik sahaja Akif membalas ucapan salamnya. Dari kejauhan, Akif menghantar Alyaa dengan pandangannya. Mampukah aku berhadapan dengannya esok? Mampukah aku membahagiakan dia? Ya Allah, permudahkan jalanku. Akif meraup wajahnya. Terkesan air jernih di hujung matanya. “ Lya, abang sayang Lya...” lirih Akif perlahan. Labels: cerpen, Que Sera Sera

tagboard.
|
archives.
By post:
ps: ily
Part 32: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 31: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 30: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 29: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 28: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 27: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 26: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 25: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 24: Bintang! Jangan Pernah Pergi
By month:
May 2009
June 2009
August 2009
December 2009
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
May 2011
|
affiliates.
Credits
Layout: Mary
Colours: refuted
Host: blogger
|
author.
Seorang gadis yang cintakan bahasa, gemar berimaginasi dan suka menulis dengan tujuan untuk mengabadikan semua rasa yang pernah dilalui. Sekadar diolah mengikut situasi dan digabungkan untuk satu jalan cerita.
|