status.

Keputusan ini? Benarkah?

06.05 pm | 01 July 2010

song.

♥ BJPP Playlist ♥


Nak feel yang lebih? Play this player and enjoy your reading. =)

follow me.

Follow me on BLOGGER

nukilan.

Bintang! Jangan Pernah Pergi
Blurb B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20 B21 B22 B23 B24 B25 B26 B27 B28 B29 B30 B31

I Love You, Aisy; Yes, I Do!(hold)
P1 P2

Que Sera Sera; Whatever Will Be, Will Be(hold)
Part 1 Part 2 Part 3 Part 4 Part 5

Cerita Pendek
Mengintai Bahagia
Penawar Kasih
Kalau Dah Jodoh
Tercipta Untukku
Kemaafan Dendam yang Terindah

wishlist.

DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater

Cerpen: Kemaafan Dendam Yang Terindah

Ini adalah garapan pertama aku setelah mendapat sebuah komputer. Hehehe, memang banyak yang kurang. Tapi memandangkan ini adalah blog untuk hasil karya aku, so biarlah aku kumpulkan semuanya di sini. Selamat Membaca. =)



Kemaafan Dendam Yang Terindah; Lilylover a.k.a Nut Yaa

Aku menguncikan diri di dalam bilik. Segala barang pemberian Zack kuhimpun dan kumasukkan ke dalam sebuah kotak. ' Kau memang tak guna, Zack! Dulu kau beri aku harapan, kau beri aku kekuatan. Kau canangkan padaku, kononnya aku istimewa dalam hatimu. Rupanya kaulah pembohong besar yang pernah aku jumpa. Kenapa kau tipu aku, Zack? Apa salah aku? Kenapa?' Hatiku menjerit. Terasa bodoh benar diriku ini. Bodoh kerana aku melanggar prinsip yang kubuat sejak kecil hanya kerana dia.

Ahmad Zakuan adalah lelaki pertama yang aku cintai. Dan dia juga buat dirinya menjadi lelaki kedua yang aku benci selepas papaku sendiri. Papa yang pergi meninggalkan aku, Along, adik dan ibu yang digantung tidak bertali hanya kerana perempuan lain. Dan kadang-kadang pula meminta duit dari ibu.

Sejak itu, aku mula menyimpan rasa benci terhadap insan bernama lelaki. Dan kini, Zack telah menambahkan lagi rasa tidak percayaku pada lelaki. Padaku, lelaki semuanya sama. Mereka hanya pandai membina janji dan mereka juga yang merobohkan janji itu. Lelaki, boleh pergi mampus dengan kata-kata mereka. Satu sen pun tak boleh pakai.
.............................................

Aku dan Azureen meninggalkan perkarangan sekolah apabila jarum jam mula menginjak ke pukul enam setengah petang. Masing-masing terleka melihat sekumpulan pelajar sesi petang yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani. Riuh padang bola dengan suara-suara jeritan mereka.

“ Ilha, kenapa kau nak sangat study kat library? Kalau dulu, elergi sangat dengan library. Bila dengar nama library jer mula la nak angkat kaki,” ngomel Azureen tidak puas hati.

Aku memandang Azureen. Melihat wajah selambanya. “Alah Reen. Kau boring ke? Kat port lama tu dah ada buaya tembaga lar. Aku malas arr nak menatap muncung buaya dia tu. Menyampah!” ucapku dengan nada bosan.

“ Kalau yer pun nak cari port baru, cari la tempat lain. Ni library tu jugak yang kau pilih. Kenapa?” tambah Azureen geram. Pagi tadi, aku dan dia sudah pun berperang mulut kerana dia tidak mahu study di library sekolah. Sudahnya, dia angkat bendera putih. Kalah bicara.

“ Sebab kat situ ada daya penarik. Sudah! Fullstop!”

Azureen mengeluh. Aku tahu dia mahu bertanya akan gerangan daya penariknya. Dan, aku juga tahu yang dia faham benar dengan sikapku. Kalau sudah ada perkataan fullstop di akhir bicaraku janganlah disoal lagi. Pasti, tiada jawapan bakal ditemui.

“ Cakap anti lelaki!” tambah Azureen lagi. Nampaknya, Azureen sudah mula mengunakan kebolehan psikologinya. Nak provok aku la tueh.

“ Yang ni sure baik punya brand! Aku berani potong jari la,” balasku yakin. Azureen mencebik.

“ Eleh… confident sangat. Apa buktinya?”

“ Buktinya?” Azureen mengangguk.

“ Buktinya ialah dia sentiasa berkepit dengan buku pelajaran 24 jam sehari. Dan aku juga perasan dia jarang bercampur dengan girls. Hidup dia hanyalah dengan buku-buku. Aku rasalah dia join kita punya study group tu pun sebab terpaksa,” kataku tanpa sedar yang aku sudah terbabas dari landasan yang sepatutnya.

“ Akhwan kan?” teka Azureen sambil tersengih. Ceh… tak guna punya mulut.

“ Baguslah...” balas Azureen bersahaja. Aku memandangnya dengan dahi berkerut seribu.

“Bagus? Kenapa bagus pulak?” soalku dengan dahi kerut seribu. Azureen tersengih.

“ Sekurang-kurangnya aku tahu yang kau masih ada hati dengan lelaki.”

Aku ketawa kecil. Ingat aku ni lesbian ke? Aku masih sedar akan batasan hubungan dalam dunia ini. Dalam keseronokan bertingkah bicara, tanpa sedar kami sudah pun berada di hadapan rumahku. Azureen mendapatkan basikalnya untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya yang berselang dua lorong dari rumahku. Biasanya kami ke sekolah dengan basikal. Cuma sehari dua ini, kami menongkah jalan kerana basikalku ada di bengkel.

“ Okeylah, Ilha. Aku chiow dulu. Jumpa esok kat sekolah!”

Aku mengangguk dan Azureen meneruskan kayuhannya. Aku masuk ke dalam rumah dan seperti biasa rumahku sunyi tanpa penghuni. Mesti adik tak balik lagi ni. Jadi mem besar lagilah hari ni.

........................

Anak tangga itu kupanjat perlahan. Dalam hati, aku menyumpah seranah gerangan yang menyusun atur kelas pada tahun ini. Suka hati dia jer nak letak kelas aku kat mana. Tahun lepas letak kat penjuru sekolah. Tempat paling sunyi kat sini. Tahun ni pula letak kat tingkat tiga blok D. Tempat paling riuh kat sekolah ni. Hai, apalah nasib?

Dalam aku berbicara keseorangan itu, akhirnya aku sampai juga di hadapan kelasku yang masih lagi sunyi sepi. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas, mataku tertancap pada sengihan Azureen. Buang tabiat apa minah ni? Sepantas kilat, aku menanggalkan beg sekolah lalu melangkah ke arahnya yang sedang menyapu sampah.

“ Apasal kau sengih? Macam cik gayah gila pulak aku tengok,” usulku lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Tempat mamat mana tah. Pedulikan!

“ Beg engkau tu. Dah macam zoo bergerak pula aku tengok,” jelasnya lalu ketawa kecil. Aku turut ketawa. Serta-merta ingatanku melayang pada Cikgu Hamidi. Pernah dia berkata, kalau aku jadi cikgu tadika aku tidak perlu lagi membeli buku tentang haiwan kerana semuanya sudah ada di begku. Memang menjadi hobiku mengumbul pin-pin kecil yang tertera gambar haiwan seperti itu.

“ Zoo tak cukup spesies,” sampuk Irfan yang sedari tadi leka menyusun kerusi meja. Aku menoleh ke arahnya. “ Kau tahu ke spesies yang takde tu? Setahu aku hanya haiwan yang sama spesies dengannya saja yang akan tahu tentang ketidakwujudan spesies itu.”

“ Aku?” ulang Irfan. Aku mengangguk.

“ Bukan ini masanya. Kalau kat universiti nanti, petik jari pun aku boleh dapat,” tambah Irfan bangga. Mentang-mentanglah dia dari spesies yang sedap mata memandang. Nak menyombong pulak.

“ Hari ini baru aku tahu yang kau juga dari spesies yang sama dengan buaya tembaga tu,” kataku tanpa serta bahawa Zakuan juga ada di muka pintu. Maklumlah, dia itu pengawas. Tu mesti nak menghalau orang ke tapak perhimpunan tu.

“ Ilha, aku dah sudah ni. Jom kita turun. Fan, nak join tak?” tanya Azureen laju yang lebih bertujuan untuk menyedarkan aku tentang kewujudan Zakuan. Melihatkan Zakuan di muka pintu, aku segera angkat kaki keluar dari kelas melalui pintu belakang. Malas untuk menatap muka buaya tembaga. Eei, pagi-pagi lagi dah kena menatap muka buaya tu. Ingat bagus kot. Tak pasal-pasal, aku pulak yang dah menambah dosa pepagi buta begini.

......................

Kain telekung kulipat dan aku masukkan ke dalam beg sekolahku. Tidak lupa sebotol air masak biasa juga bekas penselku. Selepas bersolat Zohor di surau sekolah, aku mendapatkan basikal lalu mengayuhnya menuju ke library awam. Azureen tidak dapat turut serta kerana dia mengikut ibu dan ayahnya ke airport untuk menyambut kedatangan saudara mereka.

Selesai menyiapkan semua kerja rumah, aku segera menapak pulang. Bimbang kalau-kalau adikku sudah pulang dari kelas agamanya. Aku tidak mahu dia keseorangan di rumah. Bimbang kalau apa-apa berlaku padanya. Hanya dia, adik yang ibu beri untukku jaga. Cuma seorang.

Hon motosikal seseorang mematikan lamunanku. Aku segera menoleh. Tepat benar telahanku tadi. Kelihatan Irfan dan Akhwan Adi bersama dua buah motosikal. Basikal pula segera aku berhentikan.

“ Hai Ilha. Sorang je ke?” sapa Irfan mesra.

“ Tak! Berlapan.” Jawabku sengaja. Macamlah dia tidak nampak yang aku keseorangan. Atau mata dia yang terlebih power sampaikan nampak benda-benda yang di luar batas penglihatanku. Irfan tersengih.

“ Apalah kau ni, Fan. Tanya pun soalan bodoh,” balas Akhwan pula. Dia tersenyum padaku. Aku pula yang terpinga-pinga. Gelabah la tu. Maklumlah, daya penarik ada depan mata.

“ Kau dari mana? Baju sekolah pun tak tukar lagi,” tanya Irfan yang hairan melihat baju kurung dan tudung sekolah yang masih tersarung di tubuhku.

“ Dari library. Kau orang pulak?”

“ Kami dari rumah engkau la. Tengok-tengok takde orang. Tak sangka pulak terjumpa kat sini,” terang Akhwan. Rumah aku? Nak buat apa?”

“ Kenapa kau orang cari aku?” tanyaku hairan. Irfan dan Akhwan tersenyum.

“ Kami perlukan bantuan pakar untuk selesaikan homework Add Math. Kami tak tahu buat la. Puas dah kami berdua cuba, tapi tak dapat jawapan juga,” jelas Irfan padaku. Aku tersenyum kerana aku juga seperti mereka tadi. Tapi mujurlah aku berjaya menyelesaikannya juga.

“ Okey, tapi kat rumah aku je pasal ibu takde kat rumah. So, aku kena temankan adik aku la.”

Kulihat Irfan dan Akhwan berpandangan. “ Jiran tak kata apa-apa ke?” soal Akhwan gusar. Aku tersengih. Susahnya cakap dengan budak-budak agama ni.

“ Kau orang ingat aku ni biol ke? Mestilah kat halaman rumah. Takkan aku nak usung masuk bilik pulak kot?” balasku sinis. Kedua-duanya tersengih memandangku.

“ Jomlah, tapi kau orang kena tunggu aku mandi dulu la. Aku rimas macam ni,” kataku sambil mengatur langkah perlahan. “ Habis, kau ingat kami tahan ke dengan bau kambing kau ni?”

Kaki yang mula hendah mengayuh terhenti tiba-tiba. Aku memandang Irfan geram. Tak sayang mulut sungguh mamat ni. Nak kena cili kot?

......................

Novel The Pearl kuselak perlahan-lahan. Mencari potongan-potongan ayat yang sesuai untuk kujadikan penyokong setiap jawapan yang aku kemukakan. Tambah pula ni kerja dari Cikgu Rohana. Dah faham benar dengan peel cikgu aku yang sorang tu. Setiap jawapan mesti disertakan dengan penyokong yang kukuh kerana dia mahu kami membaca novel Inggeris itu. Padahal kalu tak guna ayat real dari novel pun dah lepas.

Dalam kelekaan aku menyiapkan kerja rumah, telingaku menampan bunyi pecahan kaca berserta dengan tengkingan papa. Mood untuk menyudahkan kerja rumahku itu terus saja mati. Hatiku disentap rasa pedih yang teramat sangat. Tapi, air mata tidak sesekali kurelakan jatuh ke bumi hanya kerana lelaki seperti itu. Entahlah, dendamku kini kembali menyala. Aku tidak rela ibu diperlakukan begitu.

Namun sebagai anak, apalah daya yang aku ada untuk menghentikan semuanya. Perlahan aku mengosok pipiku yang tiba-tiba terasa pedih. Tamparan kuat dari papa ketika aku cuba menghentikan pergaduhan mereka masih terasa sakitnya. Ditambah pula dengan kekecewaan yang aku alami. Dan itulah yang membuahkan dendam di hatiku.

Tok! Tok! Tok! Ketukan pintu mematikan imbauanku. Segera daun pintu kuselak. Dan aku nampak, adikku dengan matanya yang merah. “Kenapa dik?”

Adik memeluk tubuhku erat. Melepaskan tangisannya dalam pelukanku. “Adik sedih Ngah. Kenapa papa buat ibu macam tu?” Lirih sekali suara itu menampan telingaku.

Aku segera membalas pelukannya. Tiada kata yang mampu aku lafazkan kala itu. Hanya sebak yang menguasai dada. Lantas, aku membawa tubuh kecil adik ke katil. Memeluknya sambil meredakan tangisannya yang kian menjadi-jadi.

Dan suara papa masih lagi mengetuk-getuk gegendang telingaku. Dan suara itu diakhiri dengan dentuman daun pintu. Kasihan pintu. Tak pasal-pasal jadi mangsa tak berdosa.

“Angah… Adik,” panggil ibu perlahan dari daun pintu yang sedikit terbuka. Dan ibu mendapatkan kami lantas dibawa kami ke dalam pelukannya.

........................

“ Hai Ilha…” Ada suara menyapaku. Dan aku segera menoleh ke arah suara itu. Buaya tembaga ni lagi. Apa kau nak ah? Dah la masalah kat rumah bertimbun. Kau pun nak menambah banyakkan masalah aku ke?

“ Sorry Zack. Aku takde masa nak layan kau,” balasku mendatar. "Yelah! Aku siapa kalau nak dibandingkan dengan si Irfan dan Akhwan tu.”

“ Hah! Tahu pun,” balasku lalu segera menapak tangga yang ada. Nasib kau sedar diri. Kalau tidak tak pasal-pasal makan peneranjang aku. Pagi-pagi lagi dah kacau mood aku. Alamak! Awal sangat ke aku sampai pagi nie? Ahh… gasaklah, desis hatiku sambil menapak ke mejaku.

Tanpa sedar, Akhwan memerhati tingkahku disebalik daun pintu kelas. Lalu, langkah dilajukan mendapatkan aku. “ Hai Ilha! Kenapa ni? Lain benar aku tengok,” soalnya sambil menarik kerusi lalu duduk berhadapan denganku.

“ Kenapa apa? Apa yang lainnya?” soalku sambil mengerutkan dahi. Apa yang lainnya? Rasanya sama sahaja dengan Ilham Ilani yang sebelum ni. Mata ada dua. Hidung elok letaknya. Mulut pun boleh buka.

“ Banyak yang lain. Pertama! Kenapa kau datang awal? Kedua! Kenapa termenung? Dan ketiga, apa masalahnya?” Aku memandang wajah pemuda di hadapanku. Dari riak wajahnya, aku tahu dia mengambil berat soalku. “ Nothing! Saja datang awal,” tegasku.

Dan kedatangan Irfan dan Azureen menghalang Akhwan dari terus bertanya. Irfan dan Azureen berpandangan. Mungkin hairan dengan muka kelatku. “ Kau kenapa?” tanya Azureen. Aku mengeleng.

“ Jangan nak bohong aku. Cakaplah kenapa?” desaknya lagi.

“ Apa guna kawan kalau tak boleh tolong kawan.” Ahhh, Irfan sudah mula berfalsampah. Ish, ni yang rimas nie. “ Papa gaduh dengan ibu semalam. Rimas aku. Adik aku pula sampai nangis-nangis takutkan papa. Aku buntu! Nak belajar pun rasa macam kosong jer.”

“ Apa kata kau duduk rumah aku?” cadang Azureen laju. Aku mengeleng. Tidak setuju dengan cadangannya. “ Adik aku?”

Dan aku dengar mereka bertiga mengeluh. “Takpelah, dapat cerita pula aku rasa okey sikit. Jangan risau. Aku kan kuat! Mental and fizikal. Dah, jom pegi kantin,” ajakku mesra. Terpinga-pinga mereka bertiga. Mungkin hairan melihat gelagatku yang berubah secara tiba-tiba.

...........................

Aku memandang surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MSU dalam jurusan perubatan. Khabarnya, Akhwan juga mendapat tawaran itu. Azureen pula mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang psikologi. Cuma Irfan sahaja yang terlepas ke utara semenanjung, iaitu ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang pengkomputeran.

Hmm, nampaknya kami akan terpisah jauh. Hanya aku dan Akhwan sahaja yang akan sama-sama berganding bahu sekali lagi. Takpelah, sekurang-kurangnya boleh jadi daya penarik aku untuk ke kuliah dan tutorial. Aku tersengih keseorangan.

“ Woi! Tak sihat ke? Tersengih-sengih macam cik gayah sewel jer aku tengok,” sergah Azureen tanpa salam. Aku mengurut-ngurut dadaku. Kus semangat. Boleh luruh jantung kalau macam ni. Tak sempat nak ke MSU.

“ Waalaikumsalam!” Aku menyindir Azureen. Irfan dan Akhwan tersenyum sahaja. Sudah faham benar dengan corak gurauan antara kami. Azureen tersengih. “ Angah! E-Wan dah bangun ni,” jerit adikku dari muka pintu rumah.

“ Tunggu kejap ek? Aku nak masuk ambik anak buah aku. Maklumlah… aku ni babysitter tak bergaji,” gurauku lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Seketika kemudian, aku keluar dengan anak buahku serta segulung tikar.

“ Nak buat apa dengan tikar ni?” tanya Azureen. Aku mengekek ketawa. Terdengar macam bodoh sahaja soalannya. “ Makan…” balas Irfan selamba. Aku, Irfan dan Akhwan ketawa. Azureen pula tarik muncung sehasta.

Azureen menampar kuat bahu Irfan. Geram barangkali. “ Dah la tu. Ni, aku nak letakkan budak sorang ni. Bukannya boleh biar atas meja. Buas nak mampus,” gomelku sambil mendudukkan anak buahku di atas tikar.

“ Apa namanya?” tanya Akhwan sambil mengagah anak buahku yang seorang itu. Mengekek tawanya. “ Farhan Akhwan tapi kami panggil E-Wan jer…”

“ Patutlah aku asyik tersedak jer. Rupanya, kau yang selalu sebut nama aku,” guraunya lagi. Bulat mataku memandangnya. Terkejut bercampur geram.

“ Amboi… ‘gangters’nya tuduhan,” perliku pula. Dia ketawa kecil. "Along ada kat dalam ke?” sampuk Irfan sambil tercari-cari kelibat kakak sulungku itu. “T akde, Along dengan abang Long outstation. Ibu pulak pergi surau pasal ada kelas agama. Tu pasal la, aku kena jadi babysitter ni,” ujarku panjang lebar.

“ Ni kalau camping seronok ni…” Aku dengar Akhwan mengomel sendirian. “ Apa? Kau ingat rumah aku ni tempat awam ke?” sergahku. Akhwan, Irfan dan Azureen ketawa. Aku turut serta. Anak buahku juga turut ketawa sampai menampakkan gusinya yang mula ditumbuhi gigi. Macamlah dia faham apa yang aku cakap tadi.

“ Kak, ni ada air oren dengan kek coklat.” Aku memandang adikku yang sedang mengusung dulang. “ Dah masak ke?” soalku pula. Dia mengangguk. Aku pantas mendapatkan dulang lalu kubawa menghampiri mereka. “ Dah jadi macam camping la…”

Aku mengerling ke arah Akhwan. Tawa mereka berderai lagi. Kali ini, aku tidak ambil pot usikan itu. Pantas, aku menuangkan air oren ke dalam gelas sebelum menghulurkan gelas itu pada teman-temanku.

.............................

Azureen terpinga-pinga. Berkali-kali dia memandang kad undangan perkahwinan itu. Biar betul! Dan berkali-kali juga dia memandang wajahku dan Akhwan silih berganti. Irfan di sebelah sekadar tersenyum.

Tambatan kasih,
Izin berwali, ijab bersaksi, pautan antara dua hati;
Akhwan Adi b. Ashram & Ilham Ilani bt. Kamarul.

“ Serius ke ni?” soalnya bodoh. Aku dan Akhwan berpandangan. Susah sangat ke dia nak percaya? Ini bukan omongan kosong. Tapi, ini kenyataan. Buktinya, kad undangan perkahwinan di hadapan mata.

“ Kenapa kau tak percaya? Kau pun suka aku ke?” serkap Akhwan sambil tersenyum. Aku dan Irfan ketawa kecil. “ Taklah! Dulu, Ilha cakap kau ni cuma daya penarik jer.”

“ Tu dulu,” potongku laju. “ Jadi, ni betul la?” soalnya lagi. Aku dan Akhwan mengangguk. Lantas, Azureen memelukku erat.

“ Punyalah panjang intronya…” Irfan mengomel. Azureen mencubit lengan pemuda itu. Geram dengan kata-katanya. “ Ilha, tunaikan janji kau!”

Aku memandang Azureen hairan. Janji! “ Janji apa?”

“ Kau nak potong jari kalau Wan betul-betul sukakan kau!” Dia mengingatkan aku semula tentang persepsi pertama aku sewaktu menjadikan Akhwan sebagai daya penarik. Akhwan terkejut. Aku sekadar tersengih memandangnya.

“ Kau tak kasihankan aku ke? Dapat isteri takde jari,” rintih Akhwan pinta simpati. Aku, Azureen dan Irfan ketawa. Dan, aku kini benar-benar bahagia. Tiada lagi riuh rendah rumahku setiap kali papa pulang. Tiada lagi lebam dan luka pada tubuh ibu. Tiada lagi kerisauanku untuk meninggalkan ibu dan adik. Dan aku juga mendoakan kebahagiaan papa dengan keluarga barunya. Asalkan papa tidak lagi menyakiti ibu, itu sudah cukup untukku.

Aku juga kini bahagia dengan kehadiran Akhwan di sisi sekali gus melenyapkan semua dendam yang pernah ada di hatiku terhadap lelaki. Dan aku berdoa, agar kebahagiaan ini akan terus jadi milikku. Sesungguhnya, kemaafan adalah dendam yang terindah. Menyembuhkan luka dan melenyapkan api dendam di hati.

Labels:


Back to Top