status.

Keputusan ini? Benarkah?

06.05 pm | 01 July 2010

song.

♥ BJPP Playlist ♥


Nak feel yang lebih? Play this player and enjoy your reading. =)

follow me.

Follow me on BLOGGER

nukilan.

Bintang! Jangan Pernah Pergi
Blurb B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20 B21 B22 B23 B24 B25 B26 B27 B28 B29 B30 B31

I Love You, Aisy; Yes, I Do!(hold)
P1 P2

Que Sera Sera; Whatever Will Be, Will Be(hold)
Part 1 Part 2 Part 3 Part 4 Part 5

Cerita Pendek
Mengintai Bahagia
Penawar Kasih
Kalau Dah Jodoh
Tercipta Untukku
Kemaafan Dendam yang Terindah

wishlist.

DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater

Part 11: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi

PesanDariHati: Cukup dengan kehadiran awak, sudah mampu mewarnakan hari-hari saya. Lalu, untuk apa lagi saya mengharapkan yang lain kalau kehadiran awak sahaja sudah mampu untuk meredakan hujan dalam hati saya?

Jalinan benang-benang bulu kambing yang kasar itu lalu diurai perlahan. Lalu dimasukkan hujungnya pada mata jarum kait lalu diserahkan pada Puan Atifah. Usai itu, leka sekali matanya meneliti gerak tari jemari Puan Atifah yang sedang mengait sehelai baju sejuk buat cucu lelaki kesayangan. Siapa lagi kalau bukan si kecil bernama Idlan Hafiz itu. Pasti comel sekali Hafiz saat menyarungkan baju itu ke badannya nanti. Sudahlah berwarna biru lembut.

“ Ain nak belajar mengait?”

Hah! Ain terpinga-pinga.

“ Tak pandailah ibu. Tangan Ain ni keras la,” dalihnya. Bukan tak mahu belajar tapi takut nanti tak terkejar dek masa pula dia nanti. Mana mahu menulis manuskrip baru lagi. Mana mahu menyiapkan skrip drama radio lagi.

“ Ada ke pulak tak pandai. Kalau belajar nanti pandailah. Ain orang seni, takde maknanya tangan tu nak keras.”

Ain tersengih memandang Puan Atifah. Sedar yang dia sudah masuk perangkap Puan Atifah. Masakan jari-jemarinya keras kalau sahaja dia mampu melakar lukisan indah di atas kanvas putih bernama kertas lukisan itu. Mana mungkin juga dia payah menangkap ilmu seni baru kerana dia adalah orang seni. Kreativiti, warna-warni dan imaginasi adalah dunianya. Lalu, apa lagi alasan yang mampu dia ciptakan untuk berdalih dengan si ibu mertua?

“ Tu, dalam bakul tu ada bekas jarum. Ambillah. Mari ibu nak ajarkan Ain mengait.”

Tanpa alasan, Ain menurut sahaja cakap Puan Atifah. Alah, kalau belajar pun bagus juga. Nanti bolehlah dia kait sendiri sarung tangan dan sarung kaki buat bakal anaknya dan Faiq nanti. Anak? Ain telan liur. Ada rezekikah buat mereka kalau sahaja Faiq sendiri tidak lagi sudi menyentuh dirinya? Ain ketap bibir. Mencuba untuk menahan kesakitan yang terasa berdenyut-denyut di hati.

Cepat-cepat dia mengusir pergi rasa itu. Tak mahu untuk terus tenggelam dalam kesedihan lagi-lagi setiap kali terkenangkan kemesraan yang kembali terjalin antara mereka. Dia tidak pernah mahu untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu jauh untuk dia dapati. Lantas, bila ada kemesraan yang terukir dalam perhubungan mereka, apa salahnya dia untuk mencuri sedikit bahagia itu buat peneman kalau-kalau kesedihan masih mahu menunjukkan diri.

' Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi...’

Terleka Ain dibuat keindahan bait-bait indah lagu Wanita nyanyian kumpulan nasyid De’Hearty itu lalu membawa dia pada satu momen terindah dalam hidupnya.

“ Mana hati saya?”

Hah! Ain terpinga-pinga. Soalan apakah itu? Berkerut dahinya memandang Faiq yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Lelaki yang matanya sedang sibuk membelek jemari Ain. Sengaja Ain membiarkan sahaja walau dalam hatinya sudah penuh dengan debaran.

“ Hati saya? Mana?” soal Faiq sekali lagi. Sengaja mahu menduga. Ain menjongketkan bahu. Malas mahu melayan pertanyaan Faiq yang entah apa-apa itu. Matanya ralit memerhatikan gelagat manusia yang pelbagai. Banyak aksi, pelbagai ragam yang sedang terlakon di depan mata. Ralit Ain dibuatnya.

“ Awak...”

Cepat-cepat Ain menoleh. “ Yer..”

Faiq menyuakan earphone kepadanya. Ain angkat kening. Tak mengerti maksud perlakuan Faiq. Dengan isyarat tangan, Faiq menyuruh dia memakai earphone itu. Lalu, dia sekadar menurut. Sebaik sahaja earphone itu elok terlekap pada telinganya, ada alunan lembut berkumandang. Detikan piano itu mengusik hatinya. Lirik-lirik lagu itu menambat hatinya. Membuatkan matanya kini penuh bertakung airmata.

“ Untuk awak,” ucap bibir itu disulami dengan segaris senyuman manis. Ain diam tidak terkutik. Masih melayani rasa dalam hati tapi masih membiarkan jemarinya diulit Faiq. Dalam menungan, dia dikejutkan dengan ciuman dari bibir lelaki itu yang singgah tepat pada belakang tangannya.

“ Adam...”

“ Saya tak memaksa. Kalau salah dugaan hati saya ini, saya minta maaf. Tapi, rasanya hati saya tak pernah salah mendugakan?” ucap Faiq perlahan lalu bangun dari sisinya. Mencapai beg galas belakang lalu digalas sementelah pengumunan tentang ketibaan bas yang akan dinaiki Faiq sudah diumumkan.

“ Saya balik dulu, ya. Awak balik elok-elok. Drive baik-baik. Nanti dah sampai rumah, call saya ya. Saya tunggu.”

Ain sekadar mengangguk perlahan lantas menghantar langkah kaki itu dengan pandangan matanya. ‘ Saya tunggu...’ Dan ayat itulah yang mengikat hati Ain.

“ Adeh...”

Ain mengadu sakit. Momen indah itu direntap pergi oleh sebentuk jarum kait yang berada di tangannya. Hilang terus figura wajah itu di mindanya. Lenyap terus suara itu dari terngiang-ngiang di telinga.

“ Ain nieh mengait ke, berangan?” soal Puan Atifah sambil tersenyum simpul. Ain sekadar tersengih sahaja. Sedar yang dia sudah tertangkap berangan. Lalu, sebaris ayat itu kembali terngiang-ngiang. Ain tersenyum paksa.

‘ Abang adalah anugerah terindah yang pernah wujud dalam hati Ain. Tapi, apakah Ain masih menjadi yang terindah buat abang?’ Ain telan liur. Lalu kembali fokus pada sarung tangan yang masih belum berupa sarung tangan. Membiarkan semua cerita-cerita indah itu berlalu. ‘ Ain akan selalu tunggu abang.’

Labels: , ,


Back to Top