Lama Alyaa memandang ke langit. Memerhati bulan dan bintang dari koridor biliknya yang terletak di Tingkat 2, bangunan empat tingkat itu. Hatinya resah gelisah. Jiwanya terasa tak tenteram. Entah kenapa, dia jadi sangat risau. Sudah dua kali dia cuba melelapkan matanya tapi hasilnya tidak seperti yang diharap. Puas berpusing ke kiri dan ke kanan, akhirnya dia bangun dari pembaringan. Dan kini, dia terpaku di koridor biliknya itu.
Melissa pula masih tekun mengadap laptopnya. Cuba menghabiskan siri drama Jepun bertajuk One Litre of Tears. Sudah sekotak tisu dihabiskan Melissa gara-gara cerita Jepun itu. Namun, lamunan Alyaa terhenti saat mendengar alunan lagu dari telefon bimbit Melissa. Lama dia memerhatikan Melissa sehinggalah nada itu berhenti dengan sendiri. Dan kurang beberapa saat, telefon bimbit itu berbunyi lagi.
“ Lissa, phone kau bunyi tue.” Kuat suara Alyaa memanggil Melissa. Lama juga Melissa memandang skrin telefonnya sebelum dia menjawab panggilan telefon itu. Alyaa kurang jelas dengan butir percakapannya kerana Melissa berada di muka pintu. Agak jauh jaraknya dengan koridor. Beberapa minit kemudian, barulah Melissa menamatkan perbualannya.
Dari muka pintu, lama juga Melissa memandang Alyaa. Kemudiannya, dia memandang kembali skrin telefon bimbitnya. Berulang kali dibacanya mesej pesanan ringkas itu sebelum dia mampu untuk mengunjukkan telefon itu pada Alyaa.
“ Lissa... Lissa... ape nieh?” soal Alyaa gugup.
Melissa mengetap bibir. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk dikatakan pada Alyaa yang sudah mula tidak keruan itu. “ Abang Akif, dia....”
Alyaa segera mencapai telefon bimbitnya. Cuba untuk menghubungi Akif pada saat itu tapi panggilannya bagai sengaja tidak dijawab. Alyaa mula panik. Air matanya jatuh tiba-tiba. “Abang...”
Lirih sekali suara itu diiringi tangisan Alyaa. Melissa cuba berlagak tenang. Segera dia menelefon kembali Akif. Cuba untuk memujuk Akif supaya berterus-terang dengan Alyaa. Dan pujukannya berhasil. Telefon itu cepat sahaja diserahkan pada Alyaa.
“ Abang... apa semua nieh?” soal Alysaa tersekat-sekat.
“ Maafkan abang, Lya. Abang tahu payah untuk Lya terima kenyataan nie. Tapi abang terpaksa. Maafkan abang.”
Talian terputus tiba-tiba. Alyaa terduduk di muka pintu. Terhinjut-hinjut badannya menahan tangisan. Namun, dia gagal. Serentak itu, Alyaa menutup mukanya dengan tangan lalu menangis teresak-esak.
“ Lya...” Panggil Melissa lantas membawa tubuh Alyaa ke dalam pelukannya. Pilu hatinya melihat keadaan Alyaa saat itu. Bagaikan tidak percaya, segalanya berlaku begitu pantas. Rasanya baru pagi tadi mereka bersama. Tiada tanda perselisihan faham. Pergaduhan antara mereka jauh sekali. Alih-alih, malam ini Akif minta putus kasih. Ya Allah, Kau tenangkan sahabatku. Kau tabahkan hatinya.
---------------------------------------------------------------
Pagi itu seusai membuka mata, Alyaa diam di pembaringan. Memandang ke atas tanpa kerdipan mata. Pantas, dia memandang kiri dan kanan. Suasana kala itu hening sekali. Yang ada hanyalah bunyian burung yang galak mencari makan. Lantas, dia bangun lalu mengatur langkah kakinya ke arah jendela. Langsir diselak dan tingkap dibuka. Nah, dingin pagi mula mengigit seluruh tubuhnya. Mentari pula makin kuat memancarkan cahayanya untuk menerangi bumi indah ciptaan Allah S.W.T ini. Lama Alyaa merenung keluar jendela sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi tutupan pintu biliknya.
Matanya menyongsong ke arah Melissa yang baru selesai mandi mungkin. Dan Melissa lantas tersenyum kepadanya. “ Morning, dear friend,” sapanya yang ingin menceriakan permulaan hari mereka. Alyaa tersenyum payah. Sedar akan tindak tanduk Melissa yang mahu menceriakan dirinya.
Seminit kemudian, cepat sahaja dia mencapai telefon bimbitnya seperti selalu. Dia terdiam. Kosong sahaja skrin telefon bimbitnya itu. Tiada sebarang SMS dari Akif. Sedarlah dia kini yang Akif sememangnya serius dengan kata-katanya semalam.
Alyaa bungkam. Hatinya terasa perit diasak dengan pelbagai soalan yang tiada jawapan. Dia akur kalau sudah itu kehendak Akif cuma hatinya menuntut sedikit penjelasan. Biarlah penjelasan itu kelak akan memakan dirinya sendiri. Takpe, cukup sekadar dia tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi.
“ Apa yang kau fikirkan tueh?” soal Melissa memecah kesunyian antara mereka. Lama dia memerhatikan gelagat Alyaa. Dari tingkap bilik, dia ke katil. Kemudian, mencapai telefon bimbit dan tak lama itu terdengar satu keluhan. Melissa bagaikan tidak percaya. Alyaa sememangnya gadis yang jarang mengeluh dengan dugaan hidup. Payah mana sekali pun, Alyaa pasti akan tersenyum juga. Mungkin dugaan yang satu ini terlalu perit untuk dia. Melihatkan Alyaa yang masih diam membisu walaupun diasak dengan soalan, Melissa cepat-cepat menghampiri Alyaa. Duduk di sisi gadis itu.
“ Aku tahu payah untuk kau terima, Lya. Tapi, kau kena sabar. Yer, mungkin perkataan sabar tu bukan perkataan terbaik untuk aku ucapkan sekarang nieh tapi hanya sabar saja yang boleh buat kau kuat. Aku tetap ada untuk kau, Lya,” ujarnya penuh keikhlasan.
Alyaa mengangkat wajahnya. Lama matanya singgah pada wajah polos milik Melissa. Dari sinar mata Melissa, Alyaa tahu yang dia tak pernah keseorangan. “ Thanks, Lissa. Aku buntu. Aku pun tak tahu apa yang sedang terjadi sekarang nieh. Kadang aku rasa macam mimpi saja tapi bila aku fikir-fikirkan, ia memang sedang terjadi kan.”
Melissa mengetap bibir. Cuba mencari ayat terbaik untuk diungkap.
“ Lya, benda nie terjadi secara drastik. Memang susah nak terima bila kita langsung tak pernah jangka ia akan terjadi mengejut macam nieh. Aku pun sebenarnya still terkejut dengan apa yang jadi semalam. Tapi, mungkin dia ada sebab kenapa dia buat macam nieh.”
“ Tapi apa sebabnya, Lissa? Kenapa dia tak mahu jelaskan?” soal Alyaa lirih.
“ Lya, kadang-kadang kita tak perlu tahu sebab kenapa sesuatu itu terjadi. Kerana sebab itulah yang akan buat kita lebih sakit,” pujuk Melissa.
“ Tapi aku nak tahu. Aku perlu tahu. Sekarang nieh, aku tak tahu macam mana nak pujuk hati aku sendiri. Sebab, aku tak punya apa-apa untuk yakinkan hati aku. At least, kalau dia cakap dia dah punya orang lain pun dah cukup untuk aku. Sekurang-kurangnya, aku ada sebab untuk aku pujuk hati aku sendiri. Bila macam nieh, aku pun tak tahu apa yang aku perlu buat. Aku buntu sangat,” luah Alyaa.
“ Takpelah, Lya. Mungkin dia perlukan masa untuk nak jelaskan pada kau apa sebenarnya yang terjadi. Kau bagi dia masa untuk fikirkan. Dan kau bagi peluang pada hati kau untuk terima kenyataan. At least, ia akan buat kau tenang.” Melissa cuba memberi keyakinan. Alyaa pula sekadar mengangguk. Cuba memberi ruang pada minda untuk berfikir secara rasional. Lantas, tidak terlalu emosional pada keadaan.
Alyaa menukar posisi duduknya. Dari hujung katil kini Alyaa duduk bersandar pada dinding. Kemudian, dia mencapai buku puisi yang terletak di bawah bantal tidurnya. Ditarik penutup pen Pilot G-1 lantas dia mencoretkan sesuatu pada helaian kertas putih nan polos itu.
Mengutip sisa-sisa kenangan yang terbias.
Aku menoleh ke belakang.
Menyaksikan langkahmu yang kini menjauh.
Lirih, aku tak upaya menghalangmu.
Perit, itu kenyataanku.
Sedih, tapi tiada aku mampu menghalangi waktu.
Terus aku bangun dan memandang ke depan.
Membiarkan persoalan itu begitu sahaja.
Jawapan yang memang akan tetap aku nantikan.
Mungkinkah akan aku ketahui?
Atau dibiar sepi sendiri.
p/s: Mungkin abang belum kenal Lya sepenuhnya. Lantaran itu, abang biarkan Lya terpinga-pinga.
Buku puisi kesayangan lantas ditutup lalu diletakkan kembali ke tempat asalnya. Lalu, Alyaa bangun mencapai tualanya di hujung katil lantas terus mengatur langkah ke bilik mandi. Tak guna dia terus mencari jawapan bila ada yang tidak sudi membuka mulutnya. Biarlah.