status.

Keputusan ini? Benarkah?

06.05 pm | 01 July 2010

song.

♥ BJPP Playlist ♥


Nak feel yang lebih? Play this player and enjoy your reading. =)

follow me.

Follow me on BLOGGER

nukilan.

Bintang! Jangan Pernah Pergi
Blurb B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20 B21 B22 B23 B24 B25 B26 B27 B28 B29 B30 B31

I Love You, Aisy; Yes, I Do!(hold)
P1 P2

Que Sera Sera; Whatever Will Be, Will Be(hold)
Part 1 Part 2 Part 3 Part 4 Part 5

Cerita Pendek
Mengintai Bahagia
Penawar Kasih
Kalau Dah Jodoh
Tercipta Untukku
Kemaafan Dendam yang Terindah

wishlist.

DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater

Que Sera, Sera - Part 5

Que Sera Sera
KataSaya: Sewaktu part ini ditaip, airmata saya sedang meengempang di tubir mata. Setiap kali perasaan ini datang, cuma dunia ini mampu mengembalikan segala-galanya buat saya.
Bungkusan coklat Cadbury Dairy Milk itu dikoyak perlahan-lahan. Nah, terserlah sekeping coklat bar kosong lantas dimasukkan dalam mulut sedikit demi sedikit. Kemudiannya, Alyaa mengoyak sebahagian besar bungkusan yang berwarna keemasan itu lantas mengigit sedikit demi sedikit bar coklat yang besar itu.

Hafiz dan Erwan termangu-mangu memandang cara Alyaa menikmati kepingan coklat kegemarannya itu. Sungguh, Alyaa tak pernah menikmati coklat dengan cara begitu. Selalu dia akan membahagikan kepingan coklat itu kepada bahagian yang lebih kecil dan menikmatinya sedikit demi sedikit. Tapi, kali ini coklat bar itu sudah hampir separuh dikerjakannya. Biar betul perempuan ini!

“Are you okay, Lya?” soal Hafiz risau.

“Yup!” Alyaa masih lagi meneruskan gigitannya.

“Dapat diabetis kau nanti,” tambah Hafiz lagi.

“Lissa kata coklat boleh tenangkan hati.”

Melissa gigit bibir. Hah, sudah! Dia yang nak makan sudahnya dijajanya nama aku pulak, desis hati Melissa.

“Memanglah boleh menenangkan, tapi cara kau makan menakutkan.” Erwan pula membuka bicara. Alyaa mendengus.

“Ala, abang Akif selalu makan coklat macam nieh. Sihat jerk aku tengok!” Hafiz dan Erwan terdiam. Melissa pula terpinga-pinga. Belajar dari Akif rupanya. “Lya, you missed someone?”

“Mana ada. Merepeklah kau nieh,” nafi Alyaa selamba.

“Baru kejap tadi kau sebut nama dia. It is true?” soal Melissa dalam kiasan. Alyaa terdiam. Lama dia memandang coklat bar di tangannya. Hilang pergi keenakan coklat susu tersebut.

“Mana adalah. Merepek jer kerja kau nieh, Lissa. Dia tengah bahagia dengan tunang dia. Takkanlah aku nak merindu pulak,” balas Alyaa sambil memandang jauh ke hadapan. ‘ Aku tahu kau tipu, Lya. Kau rindukan dia!’ getus hati Melissa.

Coklat bar yang berada di tangannya dipandang lama. Rindu memaksa Lya buat macam nieh, bang. Hanya dengan cara macam nieh, Lya dapat lihat abang hari-hari. Abang, betul ke abang bahagia dengan dia? Sekeping hati itu kembali berduka.

“Payah rasanya hati nieh nak buang jauh perasaan tu, Lissa. Dan kadang-kadang aku tak faham kenapa semua ni mesti jadi begini. Apa salah aku? Aku tak pernah sakiti hati sesiapa dengan cara begini tapi kenapa aku harus melalui kepayahan nieh? Aku selalu fikir kalau aku tak khianati orang dan kalau aku jujur dengan orang, aku pasti akan bahagia tapi bila jadi macam ni aku tak tahu bagaimana caranya lagi untuk aku ikhlas menyayangi orang. Sungguh, aku serik.”

Lama sekali tiga pasang mata itu memandang saat Alyaa melontarkan luahan hatinya. Cuba menyelami hati orang gadis bernama Alyaa Hanani itu. “Tapi kau tak boleh hukum diri kau, Lya. Kau masih ada kami yang ikhlas menyayangi hubungan nieh,” pujuk Erwan.

“Betul tueh Lya. Kami tahu payah bagi kau tapi sebagai kawan, kami akan sokong kau. Jangan sebab nieh kau nak terus berkeadaan macam nieh. Kami rindu Lya yang kami kenal sebelum nieh. Lya yang selalu tersenyum, selalu ketawa. Kami nak Lya yang ceria macam dulu,” tambah Hafiz pula.

Alyaa memandang satu persatu wajah di hadapannya. Cuba mencari sedikit kekuatan dari wajah-wajah itu. Dan walau dalam kepayahan, Alyaa ukiri juga secebis senyuman buat pengubat lara hati sendiri. Juga buat penyedap hati teman-teman kesayangannya. Duka dan sakitnya biar dia simpan seorang. ‘Kau boleh tipu mereka, Lya. Tapi kau tak boleh tipu aku,’ fikir hati Melissa.
Jauh dari sinar mata Alyaa, Melissa nampak duka yang tersimpan. Dari segaris senyuman yang terukir, Melissa sedar Alyaa masih menyimpan laranya.

-------------------------------

Skrin laptop ditegakkan. Lantas, butang on ditekan untuk menghidupkan laptop hitam berkilat kesayangannya itu. Beberapa saat selepas itu, muncul panel untuk dimasukkan username dan password di muka skrin. Cepat saja jari-jemari Alyaa menekan satu demi satu kekunci dan diakhiri dengan butang Enter. Lantas, Alyaa tersenyum bila saja muncul gambar wallpaper kesukaannya itu.

Beberapa saat selepas itu, cepat saja Alyaa melarikan tetikusnya pada ikon Mozilla Firefox lalu laman blog menjadi pilihannya.
Title: Ketetapan Tuhan; Maka Ia Tetaplah Akan Terjadi.

Time: 01.18 am
Thought: A Song from a Secret Garden.
Dress: Purple pyjamas.
Drink: Susu Nespray Full Cream.
Eat: Nope.

Mencuba untuk positif pada segala yang sedang berlaku. Sungguh, saat ini cuma ada rindu sahaja buat dia. Dimana-mana, bagaikan ternampak-nampak wajah dia pada malam itu.

Dia menunaikan janjinya; janji dia padaku dan juga pada mereka. Aku tahu yang dia berada di situ kerana janjinya dan bukan kerana aku. Maka, aku redha.

Lonely swan in the silver lake
You are drifting alone
Oh you know how a heart can break
When love has flown
When to some distance ocean crossed
Some mysterious sea
Though a lover be ever lost
Love can not be
Silver swan by the shore
Lift your wings up and fly
Will you wait evermore
Let life pass you by?
Kedua-dua tangan dirapatkan dan Alyaa menunduk. Dia kalah pada perasaan. Dia kalah pada kesedihan. Dia kalah pada segala-galanya malam ini.

Back to Top