status.

Keputusan ini? Benarkah?

06.05 pm | 01 July 2010

song.

♥ BJPP Playlist ♥


Nak feel yang lebih? Play this player and enjoy your reading. =)

follow me.

Follow me on BLOGGER

nukilan.

Bintang! Jangan Pernah Pergi
Blurb B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20 B21 B22 B23 B24 B25 B26 B27 B28 B29 B30 B31

I Love You, Aisy; Yes, I Do!(hold)
P1 P2

Que Sera Sera; Whatever Will Be, Will Be(hold)
Part 1 Part 2 Part 3 Part 4 Part 5

Cerita Pendek
Mengintai Bahagia
Penawar Kasih
Kalau Dah Jodoh
Tercipta Untukku
Kemaafan Dendam yang Terindah

wishlist.

DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater

Que Sera, Sera - Part 1

Que Sera Sera

Dia bungaku.
Dia kekasihku.
Dia kesayanganku
Dan kini, dia bukan milikku.
Kenapa sayang?
Kenapa jadi begini?
Kau pergi saat hati menyulam rasa.
Kau tinggalkan aku saat hati berbunga cinta.
Kau menghilang saat ku yakin kau milikku.
Hari ini, hatiku berderai bak kaca.
Buat kesekian kalinya, aku terluka.
Mencantum kembali serpihan berkaca
buat hatiku terguris luka.

Erat sekuntum ros merah jambu itu digenggam. Lama dia mengusap-gusap bunganya yang tak pernah layu dimamah masa. Tajam pandangannya pada bunga ros merah jambu yang diperbuat dari kain itu. Itulah kesayangan Alyaa Hannani. Gadis kesayangannya yang kini telah jauh pergi meninggalkan dirinya. Akif meraup mukanya. Air matanya terlalu murah untuk gadis itu. Dan dia sedar, itulah harga yang terpaksa dibayar atas semua perbuatannya pada Alyaa Hannani. Itulah derita yang harus dia rasakan sebagaimana Alyaa pernah merasainya.

Lama pandangannya tertacap pada sekeping kertas dari helaian-helaian diari biru milik Alyaa. Di antara helaian itulah, Alya meletakkan bunga ros merah jambu itu. Berulang kali dia membaca puisi luahan hati gadis bernama Alyaa. Ya, Alyaa yang dia kenali memang tak pernah berubah. Dari saat mula dia mengenali gadis itu sehinggalah ke saat terakhir dia bersama gadis itu. Gadis itu terlalu kaya dengan bahasa puisinya. Gadis itu terlalu menghargai keindahan bahasa. Hidupnya dipenuhi oleh puisi dan lagu. Itulah Alyaa Hannani.

“ Abang... nak dengar puisi baru Lya?”

Mendengar pertanyaan itu, Akif pantas memusingkan badannya mengadap gadis berbaju kurung biru lembut itu. Mengangguk tanda sudi menadahkan telinganya mendengar bahasa indah karangan gadis bermata bundar itu.

“ Ku kenal kamu, ku tahu itu kamu, ku sedar dirimu bersamaku, Walau kadang hadirmu bersama bayu panas, namun ku tetap mahu kamu. Kerana kamu, aku bisa bernafas. Kerana kamu, aku bisa hidup bersama kesayanganku. Terima kasih kamu, duhai angin. Bertiuplah selalu. Damaimu menenangkan aku.”

Usai sahaja gadis itu membacakan puisinya, Akif menarik nafas panjang dan menahan nafasnya. Alyaa kehairanan. “ Kenapa abang tahan nafas?”

Akif buat tak dengar. Masih lagi menahan nafasnya.

“ Abang, sudahlah tu. Angin bukan untuk ditahan di dada tapi untuk dihembus setiap masa. Barulah abang boleh rasa kedamaiannya.” Petah sahaja bibir kecil itu mengungkap kata-kata. Akif tersenyum. Dia suka sekali mendengar setiap butir yang keluar dari bibir Alyaa. Lembut dan indah sahaja kedengarannya. Ahh, atau mungkin itu hanyalah rasa kerana dia menyayangi gadis di hadapannya itu. Bak kata Zaizul, hati kalau dah sayang semuanya terasa indah. Bau kentut pun boleh terbau wangi.

“ Lya nieh asyik menulis puisi saja. Bukan ke Lya dah nak final? Tak study ke? Abang tahu Lya minat puisi tapi jangan sampai alpa dengan puisi. Dulu abang suruh ambik course Pengajian Bahasa, Lya tak nak. Tetap jugak nak Architechure. Tetap juga nak bertemankan pensel dan pembaris. Tapi, macam tak sungguh-sungguh jer,” ujar Akif sambil memandang Alyaa yang sedang menyisip air kotak berperisa Laici kesukaannya.

“ Alah abang nieh. Puisikan boleh tulis di mana-mana,” balasnya membela diri.

“ Memanglah boleh tulis di mana-mana. Tapikan menulis itu tetap perlukan pemikiran. Itu maknanya Lya tak fikirkan soal pelajaran tapi asyik fikirkan puisi,” ujar Akif cuba untuk mencantas.

“ Ahh abang nieh. Mengarutlah. Puisi itu hadirnya sendiri. Tak payah difikir, tak payah ditunggu. Sebab itu, bahasanya indah. Tak hipokrit, tak menipu. Apa yang ditulis itulah yang dirasa.”

Akif terdiam. Dalam diam, ada hati yang terasa sayu. Ada nada berlirih duka. Gadisku, hidupmu penuh dengan keindahan. Baik bahasamu, begitu juga dirimu. Maafkan aku andai akulah penyebab keindahanmu pudar.

“ Kenapa abang diam? Dah tak ada modal ke?” tanya gadis itu sambil tersenyum nipis. “ Abang nak kasi chance Lya menang jer. Kalau tak nanti abang jugak yang nak kena pujuk. Baik abang kalah jerk,” balasnya tidak mahu kalah.

Alyaa mencebik.

“ Lya, lapar tak?”

Alyaa memandang Akif lama. “ Soalan apetah. Nie yang dok menjamah pisang goreng nieh, ape? Bukan makan ke namanya?”

Akif tersengih. “ Ini minum petang. Kejap lagi, lepas Maghrib temankan abang boleh? Kita keluar makan eak?” ajaknya bersungguh-sungguh.

“ Malas la, Lya. Lagipun kan abang dah janji nak hantar Lya balik hostel kejap lagi. Takkan nak stay kat sini sampai Maghrib pula. Nanti ape pulak cakap akak abang tueh,” balas Alyaa cuba mengelak. Akif muncung. “ Kalau tak sudi, cakap jelah. Tak payah nak berkias-kias macam tu.”

Kini, giliran Alyaa pula terpana dengan kata-kata Akif.

“ Bukan macam tu. Lya segan la nak berlama-lama kat sini,” ujarnya cuba untuk menunjukkan kebenarannya. Bukannya dia tak nampak reaksi Aqilah, kakaknya Akif saat mereka sampai sekejap tadi. Pandangannya satu macam. Bukan pandangan tidak suka tapi lebih kepada pandangan pada orang yang dikasihani. Entahlah, mungkin itu cuma perasaannya saja. Lama matanya jatuh pada wajah kesayangannya itu. Akif juga sama-sama diam. Membalas pandangan mata Alyaa yang polos. ‘Ini bukan masa untuk menyakiti hatinya, Kif! Bukan saat ini.’ Ada suara berbisik di hatinya.

“ Yelah, sayang. Tapi Lya kena benarkan abang tengok Lya berlatih piano,esok. Lepas tu, Lya temankan abang makan. Boleh?”

Alyaa ketap bibir. Lama dia memandang Akif. Perangainya lain macam dua tiga hari ini. Tingkahnya bagaikan tiada lagi hari mendatang untuk mereka bersama. Dan jika hukum agama tidak membataskan pergaulan mereka, rasanya semahunya Akif bersamanya setiap masa, ke mana jua. “ Abang nieh, kenapa? Lain macam jer Lya tengok. Macam dah tak boleh nak jumpa minggu depan ke, bulan depan ke...”

Akif tersengih. Sengaja malas mahu menjawab. Sengaja mahu buat Alyaa serba-salah. “ Yelah, yelah. Esok datanglah tengok. Latihan pukul 9.00 pagi,” sambung Alyaa mengalah. Akif tersenyum akhirnya. Namun, ada luka terguris di hatinya.

“ Memang dah tiada minggu depan untuk kita, Lya,” ujarnya perlahan. Sangat perlahan. “ Apa abang cakap?” tanya Alyaa yang kurang jelas.

“ Hah! Abang cakap ape?”

Akif terpinga-pinga. Dalam hati, dia mengutuk dirinya sendiri.

“ Tak apa-apalah, sayang. Saja jer abang mengomel,” ujarnya menutup kegelisahan hati. ‘Maafkan abang, sayang.’ Hatinya merintih perlahan. Namun, kata-kata itu sekadar tersimpan jauh di sudut hatinya.

“ Tadi kata nak balikkan? Jomlah, abang hantarkan,” sambung Akif lagi. Alyaa mengiakan lantas segera mengabiskan sedutan terakhir air kotaknya. Elok sahaja minumannya habis, muncul Aqilah bersama anak comelnya.

“ Lya balik dulu ya,” ucapnya sambil menyalami tangan lembut itu.

“ Yelah, jaga diri baik-baik. Nanti kalau senang-senang, ada masa datanglah lagi. Tak perlu tunggu Akif. Kalau rasa nak datang, datang saja. Akak sedia terima kedatangan Lya,” ujar Aqilah panjang lebar. Akif tersentak dengan kata-kata kakaknya. Dia sedar Aqilah cuba membantunya. Tapi dia yang tidak sanggup. Dia yang tidak sanggup untuk menyakiti hati gadis selembut Alyaa.

“ Apa lagi yang kamu menungkan tu, Kif?”

Pertanyaan Aqilah buat Akif tersentak.

“ Ala kak. Dia memang macam tu sehari dua nieh. Termenung aja kerjanya. Macam orang ditinggalkan bini jerk gayanya,” tambah Alyaa mengusik. Akif tersenyum kelat. Terusik dengan kata-kata Alyaa.

“ Dah la tu. Dah nak Maghrib nieh. Kif, hantarkan Lya balik. Lepas tu, terus balik rumah. Abang Lan kata ada hal sket dia nak bincang dengan kamu nanti,” ujar Aqilah menyelamatkan suasana. Makin dibiarkan karang, lain pula yang jadi. Cepat-cepat Akif membukakan pintu untuk Alyaa. Seusai Alyaa memasuki kereta, cepat sahaja dia menutup pintu lalu bergegas ke bahagian pemandu. Memasuki kereta lalu meneruskan pemanduannya. Alyaa di sebelah ralit dengan radio Hot.Fm kegemarannya. Ralit dengan lagu yang sedang dimainkan.

Camelia, maafkanlah aku
Kerna ku tak bisa temani tidurmu
Camelia, lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakanlah aku

“ Sedap lagu nieh, kan abang? Tapi sayang, lagu sesedap ini hanya untuk memberitahu kekasihnya tentang kebenaran. Kebenaran yang menyakitkan. Tak dapat Lya bayangkan macam mana perasaan kekasih dia bila tahu tentang kebenaran tu,” ujar Alyaa panjang lebar. Itulah Alyaa. Telinganya mendengar. Hatinya mentafsir.

Akif memandang gadis di sebelahnya tanpa membalas pertanyaan Alyaa. Berat hatinya untuk mengungkap kata-kata. Bagai mengakui kata-kata Alyaa, Akif mengeluh. Ya Allah, inikah balasan yang harus aku terima kerana perbuatan masa lalu.

“ Kenapa abang?”

Akit tersentak. “ Kenapa ape? Soalnya kembali.

“ Kenapa abang mengeluh? Lya jarang dengar abang mengeluh tapi hari nie Lya asyik dengar jer. Kenapa yer?” soal Alyaa perlahan. Bukan sekali dia mendengar keluhan Akif. Bukan juga dua kali tapi sudah berkali-kali sejak mereka bertemu tengah hari tadi. Akif terdiam lagi. Sukarnya memyembunyikan kebenaran saat itu. Sukarnya untuk berdepan dengan seseorang yang terlalu disayangi. Dan seseorang yang bakal dia sakiti.

“ Takde apa-apalah,sayang,” balas Akif pendek.

Alyaa disebelah membisu. Lama matanya singgah pada wajah redup Akif yang sedang memandu. Entahlah, terasa lain benar Akif hari ini. Emosinya terlalu cepat berubah. Mula-mula dia boleh tersenyum dan ketawa tapi tak sampai seminit dia boleh kembali pada lamunannya. Hatinya terasa lain. Tapi cepat-cepat dia menepis segala perasaan tidak enak yang datang. Dan suasana dingin itu mengiringi mereka sehinggalah sampai di perkarangan Kolej Zabaa.

“ Esok pagi abang datang lagi ek,”ucap Akif sambil tersenyum. Dia cuba untuk memancing kembali mood Alyaa. Dia kenal gadis itu. Bila Alyaa diam membisu begitu, dia tahu Alyaa menuntut penjelasan darinya. “ Takde apa-apa la, sayang.”
Alyaa muncung seribu. “ Tipulah.”

“ Takde apa-apa. Jangan risau! Esok abang datang tau. Kita breakfast sama-sama before Lya pergi latihan. Okey?” pujuk Akif lembut. Seraya itu, Alyaa tersenyum.

“ Promise?”

Akif tersenyum sambil mengangguk.

“ Okey, Lya naik atas dulu. Kita jumpa lagi esok. Nanti sampai rumah, jangan lupa inform Lya tau. Bye abang. Assalamualaikum,” ujarnya sambil tersenyum. Alyaa segera menapak pergi sebaik sahaja Akif membalas ucapan salamnya.

Dari kejauhan, Akif menghantar Alyaa dengan pandangannya. Mampukah aku berhadapan dengannya esok? Mampukah aku membahagiakan dia? Ya Allah, permudahkan jalanku. Akif meraup wajahnya. Terkesan air jernih di hujung matanya.

“ Lya, abang sayang Lya...” lirih Akif perlahan.

Labels: ,


Back to Top