Part 31: Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Kalaulah saya diberikan peluang untuk mengubah takdir hidup saya, pasti saya akan pilih untuk tidak mengenali kamu seumur hidup saya supaya saya tidak perlu melalui kepayahan ini. Tapi hakikatnya, takdir saya adalah ketentuan Allah S.W.T jadi saya redha dengan kisah hidup saya. Bulat matanya memandang Faiq. Puas dia menilik Faiq; dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki. Biar benar lelaki ini. Dengan berpakaian sukan, lengkap dengan sepasang kasut sukan Adidas berwarna hitam dengan jalur putih. Sebijik macam seorang atlet yang baru pulang dari latihan di padang.
“You dari mana ni, B?” Hani menyoal; siap dengan mimik muka penuh ketidakfahaman. Hilang terus rasa terujanya sebaik sahaja terpandang Faiq yang menunggu di luar balai ketibaan. Mendengar soalan yang keluar dari mulut Hani, Faiq mengeluh perlahan. Tolonglah faham keadaan Iq, Hani!
‘Tapi dia tak tahu Faiq!’ Ada suara menempik kuat. Ya, dia tak tahu. Dengan wajah kesal, Faiq mengiakan kata-kata itu.
“Sorry, Honey. I terlupa yang I kena jemput you kat airport. Nasib baik I dah setkan reminder. So, tak sempatlah nak balik rumah tukar baju. Terus datang sini. Kang I lambat kang, you marah pulak,” dalih Faiq. Padahal, memang sengaja dia berpakaian begitu. Mahu menghilangkan rasa sangsi yang wujud di hati isterinya sebaik sahaja dia memaklumkan yang dia mahu keluar. Entahlah, tak mampu rasanya nak membiarkan wajah itu bermuram durja.
Hani menarik muka masam. Sebal dengan sikap Faiq yang acuh tak acuh terhadapnya.
“Alah you. Sorry la. I betul-betul tak sengaja,” pujuk Faiq lagi.
“You ni memang la. Suka rosakkan mood I. Ingat nak ajaklah pergi jalan-jalan dulu ke, makan-makan ke, sebelum you hantar I balik rumah. Sekali you datang macam ni,” marah Hani.
“Dah la you. Jom, kita pergi kat kereta,” ajak Faiq lalu mengambil alih troli yang memuatkan dua biji beg sederhana besar. Hani pula sekadar mengikut langkah Faiq di hadapannya. Moodnya betul-betul dah mati!
“So, nak pergi mana?” soal Faiq sebaik sahaja menduduki kerusi pemandu. Hani merengus. “Pergi mana lagi. Balik la!”
Terpinga-pinga Faiq dengan bentakan Hani.
“Kalau iyer pun marah, tak payahlah nak bentak-bentak macam tu,” sungut Faiq perlahan. Mendengar sungutan Faiq, berubah terus air muka Hani. Wajah Faiq dijeling tajam.
“Dah la! You hantar jer I balik rumah. I dah malas! Dah tak ada mood!”
“Okey, fine!”
Brek tangan segera diturunkan lalu dia menekan pedal minyak. Tak kuasa rasanya nak melayan karenah Hani yang mengada-ngada itu. Bukannya dia pakai baju koyak-rabak pun, sekadar berpakaian sukan. Salahkah? Ain pun tak pernah kisah dengan apa yang dia pakai. Selagi lagi elok dan kemas, Ain tak pernah menyoal.
Hah! Ain?
Faiq meraup wajahnya. Sejak bila pula dia mula sedar yang Ain itu lebih baik dari Hani? Pantas, dia menyentak pergelangan tangannya pada stereng kereta. Lantas mengejutkan Hani yang masih melayan perasaannya.
“You ni kenapa?” soalnya berang tiba-tiba.
“Tak ada apalah.”
Faiq menarik nafas panjang. Cuba menenangkan hatinya. Lalu, volume radio diperkuatkan.
Di mana kasihmu Tiada kau memberi Apa yang ku perlu Hanya kau dapat memberi.
Hani atau Ain? Faiq mengigit bibir bawahnya. Bingung! Labels: Bintang Jangan Pernah Pergi, BJPP, e-novel
|