Kalau Dah Jodoh; Lilylover a.k.a Nut Yaa
Mataku melirik pada jam yang melekat di tanganku lantas tercari-cari kelibat seseorang tapi tiada tanda yang dia akan muncul. Hai… manalah abang ni. Tadi janji pukul lima tepat tapi ni dah lebih setengah jam ni. Aku mengubah posisi dudukku. Lantas, tanganku memperbetulkan tudung yang senget.
“Assalamualaikum Yus,” sergah seseorang dari belakangku. Aku menghela nafas panjang. Kalau aku ada lemah jantung gerenti jalan.
“Waalaikumsalam…” balasku pendek. Sudahlah datang lambat, lepas tu disergahnya aku macam aku ni si pekak. Eei…geramnya!
Telingaku menampan tawanya. Aku sekali lagi tarik muncung. Geram dengan perlakuannya itu.
“Dah macam todak la, dik. Tak comel langsung…”
Mataku mencerun memandang Izwan yang sedang mengekek ketawa. Aku diam. Sahaja nak tunjuk protes. Selebihnya aku malas nak masuk campur. Kang tak pasal-pasal aku jugak yang makan hati.
“Alah Yus... maaflah. Abang tahu abang lambat. Ada meeting last minute tadi. Abang ingat sekejap jer. Tapi tak sangka lambat pulak habisnya...” terangnya panjang lebar.
Aku buat-buat tak dengar. Masih bersikap selamba sambil menguis-guis straw di dalam gelas minumanku.
“Yus, tak kasihankan abang ke? Ni pun abang sampai cepat sebab abang tunggang road runner. Kalau tak mesti lagi lambat nie,” tambahnya lagi dengan muka selamba.
Bagaikan benar saja kata-katanya itu.
“Yus nak tengok road runner abang tak? Tu abang tambat kat hujung jalan tu...” Jari telunjuknya ditujukan ke arah hujung jalan.
Aku terlepas tawa. Kalau dengannya, aku memang tak boleh merajuk lama-lama kerana dia punya banyak idea untuk mengembalikan tawaku. “Abang nak makan apa?”
Dia memandangku hairan. Lama juga pandangannya jatuh pada wajahku sampaikan aku pula naik malu dengan pandangan itu.
“Kenapa abang?” soalku agak risau. Aku ada tersilap cakap ke?
“Yus nak belanja abang ke?” Selalunya kalau abang lambat abang yang belanja...” soalnya kehairanan.
“Yus belanja abang bayar...Boleh?”
“Erm...Yus belanja abang bayar... Okey!” balasnya seraya memanggil waiter untuk memesan makanan. Aku sekadar tersenyum melihat telatahnya. Memang lumrahnya selalu begitu. Baik dia awal dariku atau terlambat. Yang membayarnya tetap dia.
Izwan Arief! Lelaki yang selalu memberi warna dalam hidupku. Aku akui aku senang bila bersamanya. Kata-katanya sentiasa mengundang tawaku. Malah, aku rasa selamat bila bersamanya. Mungkin kerana dia abang sepupuku.
"Hello Yus... Dah melancong sampai ke mana tu?”
Aku terpinga-pinga. Merona merah mukaku dibuatnya. Saat itu mahu sahaja aku masuk bawah meja dan tak mahu keluar lagi. Malunya! Izwan ketawa kuat.
“Yus pergi mana tadi?”
Aku gigit bibir. Mahu menahan rasa geram. Sengaja nak buat aku malu.
“Yus baru nak naik kapal terbang abang dah kacau...” balasku sengaja. Mahu menutup ruang dari terus mentertawakan aku.
“Nak pergi mana?” soalnya serius. Yus main-main jer.
“Tak pergi mana-mana lar... Yus ni manalah ada duit nak melancong, bang. Yuran pengajian pun MARA yang tolong bayarkan. Lainlah kalau ada orang nak bawa Yus melancong...” ucapku seraya ketawa kecil.
Namun, pandangan Izwan mematikan terus tawaku. Dab aku mula rasa gelisah dengan suasana itu.
“Yus nak ke mana? Cakaplah... abang boleh bawakan.”
Aku ketawa perlahan. Lucu mendengar kata-katanya. Tahulah yang dia tu eksekutif... Kang dia bawa aku jalan-jalan bila balik terus patah leher aku kena karate dengan makwe dia. Tak pasal-pasal aku melancong lagi. Ke batu dua...
“Yus main-main jelah, bang. Nanti tak pasal-pasal abang bergaduh dengan girlfriend abang...”
“Girlfriend abang? Yang mana satu?” soalnya serius.
Aku tercengang. Yang mana satu? Dia ni banyak girlfriend ke? Tah-tah dia siap buat koleksi lagi. Aku ni termasuk dalam short list tu jugak ke? Mentang-mentanglah dia banyak duit... eksekutif katakan.
"Abang banyak girlfriend ke?”
Dia mengangguk perlahan. Terlopong aku dibuatnya. Biar benar.
“Girlfriend memang banyak cik adik sayang oooiii... Special girlfriend jer yang belum ada. Yus nak jadi special abang tak?”
Dah...otak mereng dia dah buat hal lagi.
“Tak naklah Yus. Abang tu loyar buruk. Makan hati jer kalau jadi special abang...” ucapku selamba.
“Lah... sapa suruh makan hati? Nak save bajet ke?”
Menyampah betul cakap dengan orang mereng macam nie. Buat sakit hati jer. “Dah lar tu cik adik sayang... ni makanan dah sampai. Jom kita makan... Lepas tu abang hantar Yus balik kampus.”
.......................
Pagi itu selepas pulang dari jogging bersama Izwani, aku segera menapak naik ke bilik untuk membersihkan diri. Namun langkahku terhenti sebaik sahaja terpandang wajah Izwan yang sedang termenung di balkoni ruang keluarga di tingkat atas rumah dua tingkat milik Pak Long. Hairan juga aku bila melihatnya di situ.
Biasanya dia jarang muncul pagi-pagi begini. Tambah pula kalau hari bekerja. Pastinya masa itu digunakan untuk bersiap-siap ke pejabat. Segera kumatikan niat untuk membersihkan diri. Seronok jugak kalau acah abang pagi-pagi ni. Lama juga tak bergurau.
Hatiku bernyanyi riang. Perlahan aku melangkah mendekatinya yang masih leka. Namun belum sempat aku menyergah...
“Kak Yus...” panggil Izwani yang datangnya entah dari mana. Aku menarik nafas panjang. Kus semangat... Terkejut aku dibuatnya.
Perlahan aku mengurut-gurut dadaku. Dan Izwan menyedarinya. Hanya senyuman yang mampu aku beri dan dia membalasnya kerana tahu yang niatku sudah dimatikan oleh Izwani.
Izwani yang tidak tahu pucuk pangkal cerita mendekatiku lantas dia berbisik sesuatu di telingaku.
“Iz pergi ambik dalam laci meja solek akak...”
Bila sahaja Izwani berlalu, aku segera mendapatkan Izwan yang masih termenung di situ. “Assalamualaikum bang...”
“Waalaikumsalam... baru balik jogging ke?” soalnya. Aku terkesan nada kurang ceria dalam percakapannya. Lantas aku mengangguk sambil meneliti wajah murung itu. Izwan diam lagi. Sah! Abang ada problem.
“Abang tak nak kongsi dengan Yus ke?”
Izwan mengeluh panjang. Mendengar keluhannya saja aku tahu dia terbeban dengan masalah itu. Tak apalah... sememangnya akulah yang menjadi tempat luahan masalah merangkap kaunselor peribadi tak bertauliah...Apa nak buat? Reda sajalah.
“Yus tak ada kuliah?”
“Ada, tapi lewat sikit hari ini. Tu yang Yus ajak Iz jogging....”
........................
Sudah dua malam aku menumpang di rumah sewa rakan sekuliahku, Aleya. Dan malam ini menjadi malam kedua aku di sini. Mujurlah teman-teman serumahnya tidak kisah.
Mulanya agak susah untuk Mak Long melepaskan aku. Namun setelah dipujuk beberapa kali dan ditambah dengan alasan yang kononnya aku dan Aleya mahu menyiapkan presentation berkumpulan, mak Long melepaskan aku juga.
“Good night Yus... Assalamualaikum,” sapa Aleya sebelum dia melelapkan matanya.
“Waalaikumsalam Leya...” balasku sepi. Namun, mataku masih tidak rasa mengantuk. Dan entah kenapa, suara Izwan tempoh hari terngiang-ngiang di telingaku.
“Abang rasa abang dah jatuh hati kat someone... Tapi...” Jelas sekali suara itu menyapa tulang osikelku. Dan aku terkesima seketika. Mujur dia tidak perasan aka perubahanku. “Tapi apa, bang?”
“Dah tiga malam abang mimpikan benda serupa... Dan setiap kali abang mimpi wajah gadis tu yang muncul dalam mimpi abang... Tapi, setahu abang gadis tu dah berpunya. Tu yang buat abang bingung. Kalau benar gadis yang muncul dalam mimpi abang tu adalah dia tapi kenapa dia dah berpunya?”
Aku memandang wajah bingung Izwan. “Abang dah buat solat istikharah?”
Izwan memandangku sambil mengangguk... “Dia jugak yang muncul dalam mimpi abang...”
“Dalam dunia nia kan ada tujuh orang yang berwajah serupa... Maybe gadis yang muncul dalam mimpi abang tu bukan dia tapi gadis seiras dia... Dah la abang, jangan fikirkan sangat mimpi tu... Mimpikan mainan tidur.
Okeylah abang. Yus nak pergi mandi nie. Kejap lagi nak ke kampus...”
Entah kenapa, hatiku terasa pedih tiba-tiba. Terasa seperti aku bakal kehilangan. Bakan sebagai abang tapi... Ahh, apa yang engkau mengarut ni Fairuz? Mana mungkin dia sukakan engkau... Kau kan adik sepupu dia.
Betul jugak... Siapalah aku ni kalau nak bandingkan dengan dia...
.................
“Yus, wake up! Kita dah lambat nie,” kejut Aleya bila melihat aku masih lagi dibaluti selimut tebal. Aku bergerak perlahan.
"Yus! Bangun la...” panggil Aleya lagi. Kali ini dia mendekatiku. Badanku digerakkan perlahan.
“Eh, panasnya badan kau, Yus. Kau demam ni. Jom kita ke klinik...”
“Takpelah... Aku okey lagi nie. Kau pergi kuliah dulu...
“Okey...kau tidurlah. Balik nanti aku singgah farmasi belikan ubat. Kau rehat dulu,” balas Aleya sambil menyelimutkan aku. Dari katil, aku memandang Aleya yang berjalan keluar dari bilik. Namun pandanganku berbinar-binar dan akhirnya kelam...
..........................
Aku memandang Izwan yang sedang melangkah mendekatiku. Entah kenapa, aku rasa lain benar pandangannya terhadapku. Mungkin kerana aku tidak memakai tudung seperti biasa. Sampai aku pula yang naik malu.
“Jangan lar pandang Yus macam tu, bang.”
Namun Izwan masih membisu. Aku makin tak mengerti. Apa tidaknya... wajahnya berkerut seribu seperti sedang memikirkan sesuatu. Namun, aku gagal menangkap apa yang sedang bermain di fikirannya.
“Betul kata Yus...” katanya tiba-tiba. Aku terpinga-pinga. Apa yang betul? Apa yang tidak? Aku betul-betul tak mengerti.
“Gadis tu...”
Diluar kawalan, aku mengeluh perlahan. Saat aku begini, dia masih memikirkan tentang gadis itu. Sedarlah aku yang aku tidak mungkin ada di hatinya.
“Abang dah tahu ke siapa dia?” soalku dengan nada teruja walaupun hatiku terasa sakit yang teramat sangat.
“Sudi tak Yus jadi teman hidup abang?”
Hah! Apa yang mamat ni merepek? Tadi asyik cakap pasal gadis dalam mimpinya. Sekarang ni dia lamar aku pulak. Aku atau dia yang sakit sebenarnya ni?
“Sudi tak Yus jadi teman hidup abang?”
“Abang demam ke?”
“Tak Yus... Abang sihat nie.. Abang pasti sekarang. Ya, benar gadis tu bakan gadis yang yang sangkakan tapi gadis tu adalah Yus... Selama ni abang tak nampak sebab muka Yus lain bila pakai tudung... Abang pasti, sayang. Abang tak silap. Please Yus! Be my wife...”
Aku yang masih terkejut hanya memandangnya sahaja. Mengangguk tidak mengiakan pun tidak.
“Yus...”
Aku memandangnya lantas tersenyum.
“Thanks Yus kerana sudi terima abang...”