status.

Keputusan ini? Benarkah?

06.05 pm | 01 July 2010

song.

♥ BJPP Playlist ♥


Nak feel yang lebih? Play this player and enjoy your reading. =)

follow me.

Follow me on BLOGGER

nukilan.

Bintang! Jangan Pernah Pergi
Blurb B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20 B21 B22 B23 B24 B25 B26 B27 B28 B29 B30 B31

I Love You, Aisy; Yes, I Do!(hold)
P1 P2

Que Sera Sera; Whatever Will Be, Will Be(hold)
Part 1 Part 2 Part 3 Part 4 Part 5

Cerita Pendek
Mengintai Bahagia
Penawar Kasih
Kalau Dah Jodoh
Tercipta Untukku
Kemaafan Dendam yang Terindah

wishlist.

DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater

Part 31: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Kalaulah saya diberikan peluang untuk mengubah takdir hidup saya, pasti saya akan pilih untuk tidak mengenali kamu seumur hidup saya supaya saya tidak perlu melalui kepayahan ini. Tapi hakikatnya, takdir saya adalah ketentuan Allah S.W.T jadi saya redha dengan kisah hidup saya.
Bulat matanya memandang Faiq. Puas dia menilik Faiq; dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki. Biar benar lelaki ini. Dengan berpakaian sukan, lengkap dengan sepasang kasut sukan Adidas berwarna hitam dengan jalur putih. Sebijik macam seorang atlet yang baru pulang dari latihan di padang.

“You dari mana ni, B?” Hani menyoal; siap dengan mimik muka penuh ketidakfahaman. Hilang terus rasa terujanya sebaik sahaja terpandang Faiq yang menunggu di luar balai ketibaan. Mendengar soalan yang keluar dari mulut Hani, Faiq mengeluh perlahan. Tolonglah faham keadaan Iq, Hani!

‘Tapi dia tak tahu Faiq!’ Ada suara menempik kuat. Ya, dia tak tahu. Dengan wajah kesal, Faiq mengiakan kata-kata itu.

“Sorry, Honey. I terlupa yang I kena jemput you kat airport. Nasib baik I dah setkan reminder. So, tak sempatlah nak balik rumah tukar baju. Terus datang sini. Kang I lambat kang, you marah pulak,” dalih Faiq. Padahal, memang sengaja dia berpakaian begitu. Mahu menghilangkan rasa sangsi yang wujud di hati isterinya sebaik sahaja dia memaklumkan yang dia mahu keluar. Entahlah, tak mampu rasanya nak membiarkan wajah itu bermuram durja.

Hani menarik muka masam. Sebal dengan sikap Faiq yang acuh tak acuh terhadapnya.

“Alah you. Sorry la. I betul-betul tak sengaja,” pujuk Faiq lagi.

“You ni memang la. Suka rosakkan mood I. Ingat nak ajaklah pergi jalan-jalan dulu ke, makan-makan ke, sebelum you hantar I balik rumah. Sekali you datang macam ni,” marah Hani.

“Dah la you. Jom, kita pergi kat kereta,” ajak Faiq lalu mengambil alih troli yang memuatkan dua biji beg sederhana besar. Hani pula sekadar mengikut langkah Faiq di hadapannya. Moodnya betul-betul dah mati!

“So, nak pergi mana?” soal Faiq sebaik sahaja menduduki kerusi pemandu. Hani merengus. “Pergi mana lagi. Balik la!”

Terpinga-pinga Faiq dengan bentakan Hani.

“Kalau iyer pun marah, tak payahlah nak bentak-bentak macam tu,” sungut Faiq perlahan. Mendengar sungutan Faiq, berubah terus air muka Hani. Wajah Faiq dijeling tajam.

“Dah la! You hantar jer I balik rumah. I dah malas! Dah tak ada mood!”

“Okey, fine!”

Brek tangan segera diturunkan lalu dia menekan pedal minyak. Tak kuasa rasanya nak melayan karenah Hani yang mengada-ngada itu. Bukannya dia pakai baju koyak-rabak pun, sekadar berpakaian sukan. Salahkah? Ain pun tak pernah kisah dengan apa yang dia pakai. Selagi lagi elok dan kemas, Ain tak pernah menyoal.

Hah! Ain?

Faiq meraup wajahnya. Sejak bila pula dia mula sedar yang Ain itu lebih baik dari Hani? Pantas, dia menyentak pergelangan tangannya pada stereng kereta. Lantas mengejutkan Hani yang masih melayan perasaannya.

“You ni kenapa?” soalnya berang tiba-tiba.

“Tak ada apalah.”

Faiq menarik nafas panjang. Cuba menenangkan hatinya. Lalu, volume radio diperkuatkan.

Di mana kasihmu
Tiada kau memberi
Apa yang ku perlu
Hanya kau dapat memberi.

Hani atau Ain? Faiq mengigit bibir bawahnya. Bingung!

Labels: , ,


Back to Top

Part 30: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Ini memang untuk kamu, Hanie. Kuatkan hati untuk update juga walaupun hati sebenarnya tak mahu menatap BJPP. Ada hati yang terkulai gara-gara sebaris nama. Kanashii~!!! =(
Matanya tertancap kemas pada skrin televisyen. Memandang aksi Oguri Shun, Ikuta Toma dan juga Horikita Maki yang sedang beraksi dalam drama Hanazakari no Kimitachi Special yang dibeli ketika membawa hati yang luka di Alor Star tidak lama dulu. Bukan setakat drama itu, tapi banyak lagi yang dia borong ketika memasuki kedai Speedy itu. Siri drama Jepun bertajuk Proposal Daisakusen (Operation Love) dan filem cinta bertajuk Akai ito (Thread of Destiny) juga beberapa lagi drama-drama Korea dan Taiwan.

Sebaik sahaja dia menyudahkan perkataan terakhir untuk skrip drama radio tengah hari tadi, terus sahaja dia turun ke dapur. Menyediakan makan tengah hari serinkas mungkin dan juga sebiji kek marble untuk juadah minum petang sebelum membenamkan diri di atas sofa empuk di hadapan televisyen. Dan siri Hana Kimi Special itu menjadi pilihannya. Namun, deruan enjin kereta lebih menarik perhatian Ain. Pantas, dia memandang ke dada jam. 5.00 petang. Awal pula ibu balik hari ni, desis hati Ain lalu mencapai remote control dan menekan butang Pause. Kemudian, dia bangun ke muka pintu. Senyumannya mati tatkala memandang wajah tenang Faiq di muka pintu. Pergerakannya jadi kaku serta-merta.

“Errr... awal abang balik hari ni,” ujarnya gugup. Jejari Faiq dicapai lalu disalami. Kemudian, dia terus mencapai briefcase Faiq lalu cepat-cepat berlalu. Meninggalkan Faiq yang terpinga-pinga. Entah kenapa, rasa serba-salah terus menguasai dirinya bila saja diusik dengan satu pertanyaan dari Ain. Terasa seperti Ain sedang memerli dirinya dalam diam.

“Abang dah solat ke? Kalau dah, kita minum petang dulu,” soal Ain yang entah dari mana muncul. Faiq tersentak.

“Err... tak payah kot. Abang nak mandi dan solat. Lepas tu, nak keluar kejap. Ada hal,” balas Faiq teragak-agak. Dalam hati, menggunung rasa bersalah buat isterinya. Tapi perlukah dia mengungkap kata yang sebenarnya kalau saja sekadar untuk menyakitkan hati Ain? Faiq membatalkan niatnya. Lalu, dia cepat-cepat memanjat anak tangga menuju ke bilik.

Dari ruang tamu, Ain menghantar langkah Faiq dengan pandangan yang sayu. Remote control dicapai lalu butang Resume ditekan kembali. Membiarkan hatinya dihiburkan oleh aksi lucu Nakatsu dan Mizuki. Biar hatinya jadi sekeras hati Izumi. 35 minit kemudian, Faiq turun semula. Memandang tubuh suami yang dilitupi dengan pakaian sukan, Ain mengucap panjang. Ya Allah, aku telah mencurigai suamiku sendiri.

“Abang tak nak minum dulu?” soal Ain cuba untuk mengurangkan rasa bersalahnya. Faiq yang ketika itu sedang menyarungkan stokin pantas mengelengkan kepala. “Takpelah, kang kalau makan nanti semput pula. Balik nanti kita makan sama-sama ya.”

Ain mengangguk perlahan lalu tersenyum nipis. Dan Faiq pula menarik nafas lega, sekurang-kurangnya dia berjaya memadamkan rasa sangsi isterinya. Itu sudah cukup buat masa sekarang.

*****

Melihat keadaan kek marble yang langsung tidak terusik, Puan Atifah dilanda kehairanan. Lalu, dia memanjangkan leher ke arah menantunya yang sedang ralit di hadapan televisyen. Hai, takkanlah Faiq tak balik lagi? Hatinya menyoal pelik. Pantas, langkah diatur menuju ke arah ruang tamu. Mendekati Ain yang sedang leka.

“Faiq tak balik lagi ke, Ain?”

Tersenyum Ain mendengar pertanyaan ibu mertuanya itu. “Dah balik pukul 5 tadi, bu. Lepas mandi dan solat, terus keluar balik. Jogging katanya.”

Jogging? Bertambah lagi rasa pelik dalam hatinya. Tak pernah-pernah budak ni tak makan sebelum keluar jogging. Melihat gelagat Puan Atifah yang sudah berkerut dahi, Ain pelik. “Kenapa, bu?”

“Errr... tak adalah. Pelik pulak ibu bila Faiq tak makan dulu,” balas Puan Atifah jujur. Ain tersenyum lagi. Hal itu rupanya yang mengusarkan hatinya.

“Lorh, itu yang ibu risaukan? Tak ada apalah ibu. Ayah mana, bu? Nak mahu makan petang lagi ke?” soalnya sambil melirik ke arah jam.

“Kejap ibu panggilkan.”

“Okey, Ain tunggu kat meja makan ya,” balas Ain cepat. Usai mengeluarkan kepingan DVD dari tempatnya, pemain DVD itu segera dimatikan. Begitu juga dengan televisyen lalu terus melangkah ke ruang makan. Menyediakan minum petang buat mertuanya.

Labels: , ,


Back to Top

Part 29: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Kalau saya tahu begini jadinya, saya rela hidup tanpa kenal apa itu Facebook. Tapi, adilkah saya untuk delete akaun itu hanya kerana kamu jika saya masih punya beratus lagi teman yang mampu menceriakan saya? Ya, beratus teman untuk menceriakan saya tapi cukup kamu seorang untuk menyedihkan hati saya.
Pintu kereta itu dihempas kuat. Geram! Sebal! Semuanya menjadi satu dalam hati Faiq. Haru-biru hidupnya sedari semalam. Sejak Ain membongkarkan rahsia hatinya, sejak itulah Faiq jadi begitu. Tak tentu arah hidupnya. Semuanya celaru. Semuanya berselerak. Arrgghh! Faiq membentak sendiri.

“Oit! Istighfar banyak-banyak. Jangan nak ikutkan sangat hasutan syaitan tu,” nasihat Baddrol. Dia ikut bingung bila mana Faiq merempuh masuk biliknya lalu mengajak dia keluar dari pejabat sedangkan ketika itu jam baru menunjukkan pukul 4.55 minit petang. Masih berbaki 35 minit sebelum waktu pejabat berakhir. Namun, Baddrol ikutkan saja rentak bila melihat wajah serabut Faiq.

Melihat Faiq yang mula kelihatan tenang, Baddrol ikut duduk di sebelahnya. Menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu. “Apa yang dah jadi ni?”

Faiq menarik nafas panjang. Cuba mencari perkataan terbaik untuk diungkap.

“Ain...” Nama isterinya disebut perlahan. Ada sendu dalam nada suara Faiq.

“Kenapa dengan Ain?” soal Baddrol cuba untuk memahami keadaan sahabatnya itu.

“Hani...”

Berkerut dahi Baddrol. Tadi Ain, sekarang Hani pulak. Mana satu ni? Lalu Baddrol memandang Faiq. Cuba untuk memahami keadaan yang sebenar. “Ain dah tahu?”

Mendengar tekaan tepat Baddrol, Faiq pantas mengangguk. Melongo mulut Baddrol. “Gila! Macam mana Ain boleh tahu? Sejak bila?”

“Entah. Salah aku. Cuai.”

Faiq mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Relaks bro. Tarik nafas dalam-dalam then hembus. Lepas tu, baru kau story dekat aku,” cadang Baddrol memberikan jalan. Dan Faiq menurut sahaja kata-kata Baddrol.

“Aku pun tak tahu macam mana keadaan boleh jadi seteruk ni. Ya, salah aku. Sepatutnya, aku betul-betul tinggalkan Hani sejak aku ambil Ain jadi isteri aku. Tapi, aku tak buat semua tu. Bila Hani balik dalam keadaan mengejut macam ni, semuanya jadi haru-biru. Aku tak sempat nak buat apa-apa.”

“Macam mana Ain boleh tahu?” soal Baddrol sekali lagi. Lalu, Faiq menceritakan segalanya. Bermula dengan peristiwa perubahan mendadak pada sikap Ain sehinggalah pada saat Ain membongkarkan seluruh rasa hatinya semalam. Terangguk-angguk kepala Baddrol yang mendengar.

“Bagi Ain masa...”

“Masa? Berapa lama Bad? Aku tak tahan tengok dia membisu macam tu. Aku boleh jadi gila tau,” adu Faiq. Baddrol tersenyum nipis.

“Bukan salah dia pun. Kau juga yang buat dia jadi macam tu. Berapa lama pun masa yang dia ambil, kau kenalah sabar macam mana dia cuba bersabar dengan kau dulu.”

Faiq termenung panjang. Memahami maksud Baddrol, Faiq mengetap bibir. Semua yang terjadi saat ini adalah berpunca dari dia. Dialah punca, dialah sebab dan dia jugalah subjek yang membawa kepada kemelut yang sedang terjadi hari ini. Maafkan Faiq, ma. Maafkan Faiq, abah. Faiq dah sakitkan hati satu-satunya anak perempuan ma dan abah.

Melihat wajah Faiq yang jelas tampak muram dan lesu, Baddrol segera menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu. Cuba untuk memberi sedikit kekuatan untuk menempuh cabaran yang ditempah sendiri olehnya. Sekilas, wajah Hani bermain di matanya. Ya, Hani dan Ain terlalu berbeza. Hani itu lebih outstanding dalam berfesyen. Wajahnya sentiasa dipastikan bermekap. Malah, sepanjang dia mengenali gadis itu serasanya tidak pernah dia melihat wajah Hani tanpa make-up. Bak kuku yang melekap di jari, begitulah Hani bersama make-upnya. Dengan dress dan legging yang tersarung ditubuh, berkasut tumit tinggi lagi. Ahh, dah macam model terkenal rasanya.

Kemudian, berganti pula dengan seraut wajah Ain. Pertama kali diperkenalkan Faiq kepadanya, dia jadi bingung sendiri. Melihat Ain yang santai dengan sehelai tee shirt labuh berwarna hijau cair melepasi paras punggungnya juga dengan jeans potongan straight cut yang tidak terlalu ketat. Dipadankan pula dengan selendang plain dari rona sama dengan tee shirt malah sekadar berkasut flat. Wajahnya juga disolek nipis; dilitupi bedak nipis, matanya pula dirias dengan eye shadow rona natural juga celak berwarna hitam dan diakhirkan dengan olesan nipis lipstick berwarna peach. Kadang-kadang, langsung tidak bermekap; sekadar bedak nipis dan juga lip balm. Begitulah ringkasnya Ain dalam berfesyen.

Bila Faiq menyuarakan hasrat mahu menyunting Ain sebagai suri hidupnya, Baddrol jadi ragu-ragu. Dia kenal siapa Faiq, bagaimana citarasa Faiq dalam memilih pasangan atau lebih tepat lagi; Special girlfriendnya. Namun, dipujuk hatinya sendiri. Sebagaimana dia, mungkin Faiq juga mencari yang terbaik untuk dijadikan suri lalu memilih gadis yang sederhana dalam segala hal. Dalam hati, bersyukur jugalah bila bukan Hani yang menjadi pilihan Faiq. Kalau tidak, pasti Puan Atifah serabut kepala melihat menantu perempuannya itu berfesyen. Beberapa minggu selepas perkahwinan itu barulah Faiq mengungkap sebab sebenar dia mengahwini Ain. Ada cerita yang diciptakan; untuk menguji si jantung hati! Sekaligus mengambil kesempatan atas pengakuan Ain sendiri ketika di Taman Tasik Permai. Balasan Tuhan! Akhirnya cerita makan diri sendiri.

Luluh hati Baddrol saat mendengar Faiq mengungkap sebaris ayat itu. Padanya, Ain tak patut dijadikan mangsa keadaan walaupun Ain sememangnya ikhlas menerima Faiq sebagai suaminya. Bukannya Baddrol tak tahu menduga sekeping hati itu. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Inikan pula hati manusia. Dari riak wajah, Baddrol tahu Ain menyayangi Faiq. Mendengar setiap kata yang keluar dari bibirnya setiap kali bercakap soal Faiq, Baddrol tahu Ain tetap akan berada di sisi lelaki itu. Biar kadang-kadang Ain adalah insan yang menjadi mangsa keadaan setiap kali hubungan Faiq dan Hani bermasalah.

Dia menarik nafas panjang lalu melepaskan keluhan panjang.

“Yang kau mengeluh kenapa?” soal Faiq memecah kesunyian yang tercipta sebentar tadi, ketika Baddrol sibuk mengimbau masa lalu.

“Kalau kau dengar nasihat aku dulu, tak akan jadi macam ni.”

Tanpa kata, Faiq mengangguk mengiakan kata-kata Baddrol. “Tapi Bad...”

Baddrol pantas menoleh bila Faiq membiarkan ayatnya tergantung. “Tapi apa?”

“Bila aku pandang wajah tanpa perasaan Ain, hati aku jadi sakit sangat. Rasa ngilu, berdenyut-denyut. Rasa macam kena toreh dengan pisau. Aku tak faham kenapa aku boleh jadi macam tu. Aku jadi tak sampai hati nak tengok Ain sedih lagi. Rasa macam aku ni beban buat dia.”

Bulat mata Baddrol mendengarkan pengakuan terbuka Faiq itu. Apakah dia sudah mula jatuh cinta pada isterinya sendiri. Kalau betul, Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dia mendengarkan khabar itu.

“Kau dah mula sayang dia kot,” duga Baddrol.

“Memang aku sayang dia pun. Dari dulu lagi, aku memang sayang sangat pada Ain tu. Dia tu dah macam teddy bear aku tahu.”

Teddy bear? Baddrol tersengih. “Atau kau dah mula cintakan dia?”

Faiq menumbuk perlahan bahu sahabatnya itu. “Kau jangan nak merepek eh, Bad. Tak mungkinlah,” nafi Faiq. “Tak mustahilkan?”

Faiq mengangkat bahu. Benarkah dia sudah jatuh cinta?

Labels: , ,


Back to Top

Part 28: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Sayang; berulang kali kamu mengucap perkataan itu pada aku. Pada hakikat, ianya sekadar gurauan tapi realitinya, saya tak daya untuk mendengar perkataan itu terucap dari bibir kamu kerana kamu pernah memaknakannya suatu ketika dahulu. Tolong, jangan usik hati saya lagi!
Angin petang menyapa lembut tubuh Ain yang tegak berdiri di balkoni biliknya. Pandangan ditunakkan pada sekitar halaman rumah banglo Semi-D itu. Di bawah sana, kelihatan ibu dan ayah mertuanya yang sedang ligat bercucuk tanam lalu menceriakan halaman rumah yang tidaklah sebesar mana itu. Biar terik dimamah sang mentari petang, tapi mereka kelihatan gembira dengan hobi mereka itu.

Ain memeluk tubuh lalu membawa pandangannya ke dada langit. Menyaksikan gerak perlahan sang awan mengikut rentak angin. Kalau timur arahnya si angin, maka ke timur jugalah laluannya si awan. Sekilas, wajah Faiq bermain-main di tubir matanya. Senyum, marah, sengih, semuanya terlalu jelas di gambaran itu. Namun, bayangan itu diganti dengan segaris nama.

Hani! Tidak dinafikan yang suatu ketika dahulu, nama itu cukup mesra pada pendengaran. Malah, hampir setiap hari dia mendengar nama itu disebut-sebut Faiq. Seraut wajahnya terlakar kemas dalam ruang ingatan lantas Ain cuba membandingkan dengan dirinya sendiri.

“Buruk sangatkah Ain ini di mata abang?” keluh Ain kesal. Seketika kemudian, Ain beristighfar panjang. Kesal kerana terleka membiarkan hati mempersoalkan tentang takdir; tentang qada dan qadar yang telah tertulis untuknya.

*****

“Abang... tengoklah tu,” ucap Puan Atifah sambil memuncungkan mulut ke arah yang dimaksudkan. Encik Adnan pula segera menoleh ke arah sama lalu terpandangkan Ain yang sedang termenung panjang di balkoni biliknya. Muram! Itulah riak yang tergambar di wajah menantu perempuannya itu. Kemudian, Encik Adnan memalingkan kembali wajahnya kepada si isteri yang masih merenung si menantu.

“Yang awak pun ikut termenung ni kenapa Cik Ifa oit?” tegur Encik Adnan. Tergeleng-geleng kepalanya melihat isterinya yang ikut bersedih.

“Abang ni... saya tengah susah hati ni menengokkan keadaan budak-budak tu. Sorang ke timur, sorang ke barat. Sudahnya...”

“...kitalah yang duduk tengah-tengah,” potong Encik Adnan lalu tergelak kecil. Pantas, Puan Atifah menampar perlahan bahu suaminya itu. Geram bila kata-katanya dibuat sambil lewa oleh Encik Adnan. Sudahlah dia resah, suaminya pula menambah-nambahkan lagi resah yang ada. Bukannya dia tidak sedar akan perubahan yang terjadi dalam kehidupan anak lelaki dan menantu perempuannya itu. Segala-galanya nampak dengan jelas walaupun tak ada kata-kata yang membenarkan andaian dia dan suaminya.

“Kita doakan saja mudah-mudahan elok saja hubungan budak-budak tu,” pujuk Encik Adnan.

Puan Atifah merenung wajah suaminya. “Takkan kita nak biarkan macam tu aje? Dulu, saya tengok macam dah elok saja budak-budak tu. Ingatkan, lepas balik dari kampung hubungan mereka bertambah elok. Alih-alih, makin teruk pula jadinya.”

“Kita tengoklah seminggu dua lagi. Sambil-sambil tu, pandai-pandailah awak bertanya pada Ain tu. Urusan Faiq biar saya uruskan,” cadang Encik Adnan.

“Ish, abang ni. Macamlah baru kenal menantu abang tu. Kalau saya tanya pun, belum tentu saya boleh dapat jawapan tau. Dia tu orang sastera. Tak adanya nak cakap direct macam abang. Kang tak pasal-pasal pulak saya kena selak Kamus Dewan yang tebal tu.”

Meletus tawa Encik Adnan mendengar omelan isterinya itu. “Hai, mengutuk menantu kesayangan nampaknya, Cik Ifa.”

Puan Atifah tersengih. “Bukan mengutuk, bang. Dah itu kenyataannya. Ain tu cakapnya berkias-kias. Payah nak mengorek rahsia dari dia.”

Encik Adnan sekadar tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu. Dalam hati, dia mengiakan kata-kata Puan Atifah. Benar, menantunya itu terlalu menjaga kata-katanya. Kena benarlah dengan Faiq yang lebih suka bercakap secara terang dan tepat. Lalu, imbangan mereka jadi sekata. Walaupun dia sangat sedar akan hakikat yang Ain adalah pihak yang akan selalu terluka. Asalkan bahagia, biar jiwa tersiksa.

Labels: , ,


Back to Top

Part 27: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Semalam, kenangan itu terulang lagi dan kamu mengungkap kata rindu buat saya untuk segala yang pernah terjadi antara kita. Saya tak sedih cuma hati saja yang terusik dengan kata-kata kamu. Kalau benar, terima kasih kerana masih mengingati saya.
Akur pada jalan takdir yang tertulis, Ain mengukir senyuman paling manis buat temannya itu. Biar lenyap segala kegundahan yang bertamu dalam hati Karmila. Biar Karmila tenang setiap kali mengingatinya. Kejap pelukan mereka terlerai.

“InsyaAllah, kalau tak ada hal nanti aku pergi rumah kau. Tapi takpe ke? Kang apa pulak kata mertua kau.”

Ain tersengih. Lantas, dia mengunjukkan jemarinya ke arah Faiq.

“Kau kenal Adam bukan? Macam mana kau kenal hati budi Adam, macam itu jugalah hati budi mertua aku. Cumanya, mertua aku tu baik sikit dari Adam sebab mereka memang ikhlas sayangkan aku, macam mereka sayangkan Adam dan Kak Alin.”

“Kau fikir Adam tu tak ikhlas dengan kau?”

Ain ketawa kecil. Soalan itu dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Lalu, huluran tangan Ain disambut dan diakhirkan dengan lagaan pipi ke pipi.

“Aku balik dulu, ya.”

Ain meminta diri. Karmila mengangguk lalu merunuti langkah Ain ke kereta dengan ekor matanya. Lambaian tangan Ain dibalas sebelum dia berpatah balik masuk ke dalam kawasan lobi hotel.

*****

Sunyi dan sepi. Itulah suasana yang melatari ketika ini. Yang jelas kedengaran hanyalah celoteh Ikhwan yang sedang ke udara menerusi siaran frekuensi Hot.FM. Ain mengerling Faiq di sebelah. Menjamah riak wajah lelaki itu. Tenang dan bersahaja. Kalau saja aku mampu mentafsir hatimu, duhai suami. Kemudian, Ain memalingkan wajahnya ke arah tingkap. Membuang jauh pandangan pada langit kelam. Tenggelam dalam alunan rentak lagu yang sedang berkumandang di corong radio.

Lamunannya mati sebaik menyedari kenderaan yang dinaikinya itu membelok masuk ke perkarangan Jusco AU2 Keramat. Pantas, Ain menoleh ke kanan.

“Buat apa kat sini?” soalnya kalut.

Faiq tetap diam. Tidak mengendahkan pertanyaan Ain yang jelas terpinga-pinga.

“Abang, Ain tanya ni. Kita nak buat apa kat sini?” tanya Ain sekali lagi. Nada suaranya dilonggarkan sedikit. Cuba untuk berkompromi dengan Faiq. Namun, Faiq tidak ambil peduli. Matanya masih ligat memandang ke depan, mencari ruang kosong untuk memarkirkan kereta.

“Abang! Ain cakap dengan abang ni.”

“So?”

Faiq cepat-cepat memberhentikan kereta di ruang parkir yang tersedia. Menarik brek tangan lalu mengubah posisi duduknya mengadap Ain.

“So?” Faiq bertanya sekali lagi. Ain mengigit bawah bibirnya.

“Kita nak buat apa kat sini?”

“Makan dan shopping.” Ringkas, padat dan tepat. Itulah jawapan Faiq.

“Abang nak beli apa? Tunggu hujung minggu saja tak boleh ke?” soal Ain yang cuba berlembut. Kalau diikutkan hatinya, dia malas untuk ke mana-mana. Mahu cepat-cepat sampai rumah, membersihkan badan lalu tidur. Tapi lain pula yang jadi.

Faiq merengus. Brek tangan diturunkan lantas dia menekan pedal minyak. Memacu keretanya itu keluar dari perkarangan Jusco AU2 Keramat. Kemudian, dia menaikkan volume radio. Biar pecah speaker kereta asalkan hatinya puas.

Ain mengurut dada melihat gerak laku Faiq. “Abang ni kenapa?”

Sekilas, Faiq menoleh. Lalu, dia memberi signal ke kiri lalu memberhentikan kereta di bahu jalan. Volume radio diperlahankan lalu dia mendiamkan diri. Menahan rasa marahnya. Kadang-kadang, Faiq tak mampu untuk mengerti sekeping hati milik isterinya itu. Terlalu payah untuk ditafsir. Terlalu dalam untuk diselam.

“Abang ingat rajuk Ain tak lama. Abang fikir marah Ain dah reda. Rupanya tidak. Apa lagi salah abang kali ni? Silap apa lagi yang abang dah buat?” Faiq menyoal bertalu-talu. Biar jelas segalanya pada malam itu.

Ain mengetap bibir. “Abang tak ada buat salah apa pun.”

“Dah tu?” tanya Faiq dengan raut wajah tidak mengerti. Ain memandang wajah Faiq. Mencari sepasang anak mata milik lelaki yang bergelar suami itu. Selebihnya, Ain cuba mencari kalau-kalau ada saki-baki cinta yang tertinggal untuknya. Tapi hampa. Lantas, hanya gelengan kepala menjadi jawapan pada pertanyaan Faiq.

Faiq mengeluh pula. Meraup wajahnya yang disimbah peluh. Dalam hati, dia cuba mentafsir keadaan. Lalu, peristiwa tempoh hari terlintas dalam hati. Esakan itu masih jelas mengetuk tulang-tulang osikelnya. Matanya juga menjadi saksi pada tangisan Ain hari itu. Permintaan, tangisan, esakan; Semuanya bercampur menjadi satu.

“Mulai hari ini, abang buatlah apa saja yang abang nak buat. Ain dah tak mahu peduli dan tak mahu ambil tahu. Asal abang bahagia, itu dah cukup untuk Ain.”

Faiq menarik nafas sedalam-dalamnya. Biar oksigen yang masuk itu mampu untuk membantu sang otak untuk mencerna input yang baru diterima secepatnya.

“Abang tak bahagia kalau Ain terus macam ni,” bantah Faiq. Perlahan tapi keras bunyi suaranya.

“Bohong! Tipu!”

Ah! Lagi-lagi perkataan itu juga yang terucap dari bibir comel Ain. “Apa yang abang bohong? Apa yang abang tipu?”

“Hani...”

Biar perlahan sahaja nada suara itu menutur, tapi cukup jelas pada pendengaran Faiq. Berubah riak wajahnya saat itu. Dan Ain terkesan perubahan itu. Bibir mungkin boleh menipu, bang. Tapi tidak pada mata dan raut wajah abang. Semua itu dah cukup untuk buat Ain faham. Lantas, dia menjungkit senyum nipis di hujung bibir. Senyum plastik!

“Ain, dengar apa abang nak cakap. Hani tu...”

“Cukuplah abang. Ain tak mahu dengar apa-apa. Ain dah penat.” Laju sahaja Ain memotong percakapan Faiq. Biarlah! Saat itu dia tak mahu tahu apa-apa tentang kemunculan semula perempuan itu. Tak terdaya rasanya untuk terus-terusan mendengar.

“Tapi Ain kena tahu,” tegas Faiq. Serius.

“Nanti-nantilah. Bila Ain rasa Ain dah cukup kuat untuk dengar cerita abang. Bukan sekarang,” ucap Ain lalu segera menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Mata segera dipejamkan. Tak terdaya rasanya untuk mendengar pengakuan Faiq malam itu.

Hani! Lantas, otaknya segera mengimbas kembali. Cuba mengingati peristiwa yang berlaku di kampung. Teringat akan SMS dan panggilan telefon yang tidak dijawab sewaktu dia sedang mandi. Nah! Itulah rupanya punca pada perubahan mendadak Ain. Maafkan abang, sayang. Faiq kesal. Rupanya, tindakannya untuk mengenetepikan kepulangan Hani itu sudah terlambat. Ain lebih pantas darinya untuk mencari kebenaran walaupun hakikatnya kebenaran itu terungkap sendiri tanpa disengajakan.

‘Kesal benarkah abang?’ desis hati Ain sekilas sewaktu dia membalas pandangan kosong Faiq ketika dia mahu keluar dari kereta kesayangan suaminya itu.
Mungkin aku tak bisa memiliki,
Dirimu seumur hidupku.

Labels: , ,


Back to Top

Part 26: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Rindu dunia ini. Teramat sangat. Cuma, mohon diperlambatkan sedikit proses update kerana saya sedang menjawab segala jawapan pada permasalahan yang sedang ada dan juga sedang mencari konklusi.

Karmila membukakan daun pintu. Kelibat Ain yang berada di hadapan pintu biliknya itu sudah cukup untuk mengariskan senyuman di bibir Karmila. Lantas, dia mendepangkan tangan lalu meraih tubuh teman baiknya itu ke dalam pelukan. Dan Ain membalas pelukan itu. Melampiaskan rindu yang bermukim dalam dada.

“Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa rindunya aku pada kau, Mila.”

Karmila tersenyum lagi lalu mempelawa Ain untuk duduk di sofa yang tersedia. Air yang berada di dalam cerek segera dipanaskan semula. Tangannya ligat menyusun atur dua biji cawan berwarna putih. Selepas itu, dua pek Nescafe 3 in 1 dibuka dan dimasukkan ke dalam kedua-dua biji cawan tadi dan diakhirkan dengan menuangkan air yang masih mengelegak. Sudu kecil dicapai lalu dia mengacau-gacau perlahan sebelum menghidangkan kepada Ain.

“Wah, rajin kau ya? Macam dekat rumah sendiri pulak,” puji Ain lalu menyambut huluran cawan dari Karmila.

“Baru tahu ke?”

Ain mencebik. “Perasan!”

Lalu, tawa kedua-duanya bergabung.

“Roomate kau mana?”

“Mana lagi, jalan-jalan cuci matalah. Takkan nak memerap dalam bilik kot,” balas Karmila. Sedari tadi, matanya tak lekang memandang Ain. Apa yang paling dia pasti, tubuh Ain sedikit kurus. Walaupun wajahnya tidak cengkung tapi jelas terzahir kepucatan pada bibirnya.

“Kau macam mana sekarang?”

Ain mengigit bawah bibirnya. “Okey jer. Macam yang kau tengok sekarang ni.”

Karmila diam membungkam. Itulah jawapan selamat Ain setiap kali dia bertanya soal kehidupan sahabatnya itu. Memang itulah Ain yang dia kenal. Cuma, dia tak pasti apakah Ain yang ada di depannya kini masih tetap seperti Ain yang dia kenal di alam kampus.

“Aku jumpa Along kau minggu lepas. Kebetulan terjumpa dekat City Plaza...”

“Buat apa kau kat utara nun?” tanya Ain yang masih cuba untuk mengelak dari berbicara soal kehidupannya atau lebih tepat lagi bercakap soal suaminya.

“Hey! Kau ni sihat ke tak?” tanya Karmila lagi.

“Sihat la. Apa salah soalan aku tu?” Berkerut dahinya memikirkan di mana letaknya kesalahan soalan yang satu itu.

“Kau lupa ke yang aku sekarang mengajar kat Alor Star tu? Kasihan kau ni. Muda-muda lagi dah jadi macam nenek. Nyanyuk!” usik Karmila. Ain terpinga-pinga lalu mengiakan juga kata-kata Karmila. Alahai, macam manalah dia boleh terlupa akan hal itu.

“Dah. Kau jangan nak mengelak pulak. Apa yang dah jadi?” soal Karmila lagi. Kali ini kedengaran agak serius bunyi suaranya. Tidak seperti tadi.

Ain mengelengkan kepala. “Mesti Along dah ceritakan semuanya kat kau, kan?”

Lalu, Karmila mengangguk tanda mengiakan kata-kata Ain. “Memang Along ada cerita tapi aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Details!”

Ain gigit bibir lagi. Jauh dia membawa pandangan keluar dari bilik hotel itu. Memandang satu per satu bangunan yang mencakar langit. Dimana-mana pasti ada sahaja bangunan tinggi; Kalau tidak pejabat, pasti kondominium, apartment mewah atau sekadar rumah flat biasa. Hidup di tengah bandar besar, semuanya menjadi tinggi termasuklah kos sara hidup juga.

“Hani!”

Perlahan sahaja Ain menutur sebaris nama itu. Serentak itu juga, hatinya terasa bagaikan sedang disiat oleh pisau tajam. Ngilu rasanya. Biar pendek sahaja nama itu, tapi cukup untuk mendera perasaannya. Nama yang tak disangka akan muncul kembali dalam kamus kehidupannya.

“Tak faham. H-A-N-I atau H-O-N-E-Y?”

Ain pantas menjongketkan bahu. Dia sendiri tak pasti mana satu yang benar. Tapi jauh di sudut hatinya, rasa terkilan itu tetap ada. Hani; Tapi, perlukah Faiq mengejanya begitu; H-O-N-E-Y. Lalu, siapakah dia pada Faiq? Tunggul semata-matakah?

“Siapa dia?”

Sekali lagi, Ain menjongketkan bahunya. Perlukah dia mengatakan yang Hani itu kekasih Faiq? Kekasih hati suaminya sendiri.

“Aku terlalu percayakan Adam. Sampaikan aku terlepas pandang pada perkara-perkara yang sepatutnya menjadi sensitif pada aku. Tapi itulah, mungkin Tuhan nak tunjukkan pada aku. Time dia mandi lepas kami balik dari Bukit Wang, handphone dia bunyi. Kalau sekali mungkin aku boleh abaikan. Tapi bila dah berkali-kali, aku pun capai handphone dia. Waktu aku baca nama tu, macam nak luruh jantung aku ni. Tak sempat aku nak buat apa-apa tiba-tiba ada SMS masuk.”

Ain mematikan bicaranya di situ. Nafas panjang ditarik sebelum dihembus perlahan. Mencari kekuatan dari sisa-sisa nafas yang ada. Masih teratur kemas barisan huruf-huruf itu untuk memaknakan sebuah perkataan lantas menjadi satu ayat yang biar pendek tapi cukup untuk merampas semua rasa yang dia ada. Cukup untuk buat Ain sedar yang dia tak pernah ada dalam hat Faiq.

“SMS tu cakap apa?” soal Karmila yang jelas ingin tahu.

“Kenapa B tak jawab call?” Laju dan tenang sahaja Ain menuturkan sebaris ayat itu. Yang pasti, Ain menekan kuat nadanya sewaktu menyebut perkatan ‘B’. Karmila telan liur.

“Ain...”

“Ya, mungkin aku tak berhak untuk rasa cemburu. Tak berhak untuk rasa terkilan macam ni. Tapi, aku ni isteri dia Mila. Isteri dia...”

“Adam tahu yang kau baca SMS tu?”

“Entah. Lepas aku delete SMS tu, ada lagi satu SMS masuk. Tapi, aku tak baca. Tak terdaya rasanya nak membaca entah apa pula ayat yang dikarang,” jujur Ain menjawab. Dia menarik nafas panjang. Usai itu, cawan putih dicapai lalu Ain menghirup air Nescafe. Membiarkan aromanya yang harum itu meresap jauh ke dalam otak lantas membuatkan dia terlupa sebentar pada realiti yang sedang dia tempuhi.

Biarlah! Hari esok biar Tuhan sahaja yang rencanakan. Dia akur.

Labels: , ,


Back to Top

Part 25: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Mujurlah sup daging panas ini mampu melegakan sedikit ketidakselesaan pada hidung gara-gara selesema. Lalu, sempat jugalah menyambung garapan ini.
Bunyi isyarat penerimaan pesanan ringkas bergema. Menganggu konsentrasi Ain yang sedang menyudahkan manuskrip untuk drama radio. Ain segera bangun lalu mendapatkan telefon bimbitnya yang berada di atas meja sisi katil.

+ Assalamualaikum Ain. Weyh, aq ada dkat KL ni. Ada seminar kt Vistana Hotel. Free x?

Melihat barisan pesanan ringkas itu, Ain tersenyum lebar. Rindu pada teman karibnya itu sangat menebal. Niat untuk bertemu sewaktu pulang ke kampung tempoh hari tergendala gara-gara kejadian yang tidak dapat dielakkan itu. Lantas, kedatangan Mila ke Kuala Lumpur ini pastinya tidak akan disia-siakan oleh Ain.

- Waalaikumsalam. Ye ke? Brape ari kt cni?

+ Yelah. Rindu kau la. InsyaAllah, kalu jadi jumpa kau 4 harilah aq kt cni. 3 hari seminar. Shari lg aq nk spend utk kau jer. Bleh?

Bagai nak melompat sahaja Ain sebaik sahaja membaca pesanan ringkas itu. Luas tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.

- InsyaAllah, bleh. Nnt aq tanya Adam dlu eh. Then, aq akan text kau balik. Ok?

+ Ok! :)

- Ok! Xsbr nk jmpa kau. Ptg ni kau free x? Or dh ada xtvt?

+ Ptg ni xde xtvt pun. Mlm bru mula. Knape?

Usai membaca pesanan ringkas itu, Ain memandang jam di dinding sebelum mendail nombor telefon bimbit Faiq. Sebaik talian disambung, Ain segera menyapa Faiq di talian.

“Assalamualaikum abang. Ganggu ke?” Ain menyapa lembut. Bimbang juga kalau-kalau panggilannya ini tidak tepat pada masa juga tidak kena pada situasinya.

“Waalaikumsalam Ain. Takdelah. Kenapa ni? Anything?”

Ain mengurut dada. Lega.

“Abang, Mila ada kat sini sekarang. Kalau abang izinkan, petang nanti Ain nak jumpa dia boleh?” soal Ain lambat-lambat.

“Oh, ye ke? Buat apa dia kat sini?”

“Dia ada seminar kat Vistana Hotel. 4 hari dia kat sini,” terang Ain sebetulnya.

“Ain nak abang hantarkan ke?” soal Faiq kembali.

“Hurm...takpelah abang. Nanti kalau ibu balik awal, Ain pinjam kereta ibu saja. Tapi, kalau ibu balik lambat Ain panggil teksi jelah.”

“Okeylah kalau macam tu. Kalau Ain pergi dengan teksi, bagitau abang yer. Biar abang jemput Ain balik nanti,” balas Faiq pula. Nada suaranya sudah mula kedengaran serius.

“Yelah. Thanks, abang.”

Lantas, panggilan segera ditamatkan bila mana ada seseorang mengetuk pintu bilik Faiq. Usai itu juga, Ain segera mengirimkan pesanan ringkas untuk Mila.

+ Aq jmpa kau ptg ni. Nak?

- Ye ke? Adam bagi ke? Aq on jer.

+ Ok, tggu aq k. Dlm kul 5 aq gerak dri rumah. But xsure lg aq drive or naik teksi jer. Okkan?

- Ok. Anything 4 u, dear. Asal kau slamat smpai kira oklah tu.

Ain sudah tersenyum lebar. Tidak sabar lagi untuk bersua dengan teman kesayangannya itu. Lalu, dia cepat-cepat melangkah ke ruang kerja milik Faiq yang ditumpang guna. Segera menutup segala aplikasi sebelum menekan butang Shut Down. Laptop dan segala barang-barangnya dikemas sebelum ditinggalkan di sudut sebelah tepi meja.

Labels: , ,


Back to Top

Part 24: Bintang! Jangan Pernah Pergi

PesanDariHati: Demi kerana kamu, aku rela menempuhi kepayahan ini. Biarlah apa juga kata mereka, aku tetap mahu ada di sisi kamu.
Ain duduk bersimpuh di sisi Nurin sebelum dia cepat-cepat menyenteng lengan bajunya. Senduk dicapai lalu dia mencedok saki-baki lauk ayam masak merah lalu dimasukkan ke dalam beg plastik kecil. Kemudian, disusuli pula dengan baki lauk daging masak hitam dan juga acar timun dan nanas. Juga mengulangi perbuatan yang sama. Nurin pula sibuk membungkuskan nasi tomato lalu menyatukan dengan lauk pauk lain sebelum dimasukkan ke dalam beg kertas oleh si bongsu, Nadiah. Dan beg kertas itu diagihkan kepada saudara-mara dan rakan taulan yang sudah mahu beransur pulang.

Di sudut lain, kelihatan Baddrol dan Faiq yang sedang duduk di atas kerusi plastik sambil melayan bicara. Tenggelam dalam dunia mereka. Entah apa yang dibualkan, tidaklah diketahui Ain. Yang pasti, gelagat kedua-duanya mencuit hati kecilnya.

“Abang Bad, sinilah. Tolong kak In dengan Dek Ah,” panggil si bongsu, Nadiah. Baddrol yang sedari tadi sibuk bergelak ketawa pantas membuang pandangan ke arah adiknya.

“Tak nampak ke abang tengah busy ni?” soal Baddrol pura-pura garang. Nadiah mencebik. Sikit pun tidak takut dengan amarah abangnya itu. “Busy menganyam ketupat. Mengalahkan mama jer Dek Ah tengok.”

Baddrol membulatkan matanya. Geram dengan kata-kata adiknya itu.

“Amboi dik. Sesedap nasi tomata mama eh mengata abang.”

Nadiah menjelirkan lidah dan mencebikkan bibir. Tangannya masih ligat memasukkan bungkusan makanan ke dalam beg kertas. Melihat gelagat nakal si bongsu, Baddrol bingkas bangun lalu duduk di sebelahnya. Mulanya, Nadiah ingin bangun melarikan diri. Namun, mengenangkan Baddrol yang sudah menarik kainnya, dia segera duduk kembali. Kang tak pasal-pasal mama mengamuk melihatkan perangai tak senonoh anak-anaknya.

“Ish, apa abang ni? Dek Ah suruh duduk sini tolong masukkan bungkusan dalam ni hah!” ujar Nadiah lagi sambil menunjukkan cara-cara memasukkan bungkusan dalam beg kertas. Mulutnya macam bertih jagung membebelkan si abang.

“Dek Ah, abang Bad tu mengaji sampai nun jauh ke UK tau. Tak payahlah susah payah nak ajar abang Bad cara-cara nak masukkan bungkusan tu,” perli Nurin yang sedari tadi hanya berlagak sebagai pendengar. Sekali lagi, Nadiah mencebik. Ain dan Faiq sekadar tersengih-sengih mendengar. Tak mahu ikut campur. Kang lain pulak jadinya.

“Thanks Dik In. Ni yang abang Bad sayang Dik In lebih ni,” bodek Baddrol dengan kening yang terangkat-angkat. Melihat gelagat abangnya, Nadiah mencebik lagi.

“Yelah tu. Sapelah orang ni kan. Adik terbuang.”

“Mengaku takpe.” Laju sahaja tangan Nadiah menghadiahkan cubitan di lengan abangnya itu. Geram barangkali. Nurin pula ketawa kecil.

Perlahan, Ain melepaskan nafasnya. Melihat kemesraan Baddrol dan adik-adiknya, Ain mula merindukan rumahnya. Rindu mendengar riuh Aryan dan Amsyar juga rindu dengan perhatian Alongnya, Afiq. Dan, Faiq bagaikan dapat menangkap kesedihan yang mula berkunjung di hati Ain. Kasihan. Itulah yang bermukim dalam hatinya. Sudahlah lama tidak pulang ke kampung, belum sempat melunaskan segala rindu dendam pada keluarga terjadi pula peristiwa tak diduga itu. Faiq ketap bibir.

“Oit, cik abang di sebelah sana. Takdenya penculik nak bawa lari bini awak tu. Ni, ramai bodyguard tahu,” usik Nurin yang sedar akan renungan lama Faiq pada Ain. Ain mengangkat pandangan ke arah Faiq. Dan Faiq tersengih malu.

“Eh, cik kak. Jangan masuk campurlah urusan orang dah berumahtangga. Sibuk jer dia,” sampuk Nadiah lalu mengangkat isyarat tangan pada Faiq. Baddrol pula giat menyokong tindakan adiknya itu sementara Nurin mengoyangkan kepalanya. Malas nak ambil pusing.

“Tapi... kalau kak In nak sibuk-sibuk binakan tiang rumahtangga buat abang Bad kita ni, itu 100% Dek Ah sokong.”

Tawa Nurin dan Nadiah bergabung. Terkulat-kulat Baddrol melihat kedua-dua adiknya itu. Padan muka kau, Bad.

*****

“Terima kasihlah Ifa, Adnan. Sudi datang kenduri kecil ni,” ucap Auntie Ima ketika berjabat salam dengan Puan Atifah. Encik Adnan sekali tersenyum sambil berbalas salam dengan Uncle Bakri. Usai itu, Ain pula menghulurkan tangannya pada Auntie Ima.

“Ain pun jangan serik pula datang rumah Auntie. Budak-budak ni memang macam tu. Kalau berjumpa riuhnya, masyaAllah,” terang Auntie Ima, selebihnya mahu memberitahu akan keadaan rumahnya setiap kali anak-anaknya berkumpul. Ain tersenyum.

“Takdanya dia serik, Ima. Kat rumah Ain tu pun lebih kurang jer. Lagilah, tiga hero pula tu,” sampuk Puan Atifah.

“Handsome tak, auntie Ifa?” tanya Nadiah tiba-tiba. Terkejut Auntie Ima dan Uncle Bakri dengan pertanyaan straight-to-the-point Nadiah.

“Kalau handsome kenapa?” soal Baddrol pelik. Tergaru-garu kepalanya mendengar soalan Nadiah. Tak tahu nak sengih atau nak marah. Kot ya pun, bertapislah sikit dik oit! Sedar akan soalan tak tahan itu, Nadiah tersengih-sengih memandang Auntie Ima yang sudah menjeling geram. Ops! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... tanya jelah.

“Takdelah abang Bad. Kalau hensem, boleh juga kita kenen-kenenkan dengan Kak In. Cepatlah Dek Ah dapat anak buah,” balasnya selamba. Meletus tawa mereka mendengar jawapan Nadiah. Tinggal Nurin yang sebal sendiri. Geram dengan tingkah Nadiah. Tadi tak habis-habis mengenakan abang Bad, sekarang dia pula mangsanya. Sabar sajalah.

Labels: , ,


Back to Top

Part 23: Bintang! Jangan Pernah Pergi

PesanDariHati: Akan saya cuba bertahan dengan dugaan ini asalkan saya tetap dapat berada di sisi kamu walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Jangan risau pasal hati saya. Tahula saya menguruskannya.
Usai menamatkan panggilan, Ain bingkas bangun. Sepasang baju melayu Johor berwarna biru kehijauan dan juga sepasang kurung moden juga dari rona yang sama dikeluarkan dari wardrobe. Kemudian, Ain melangkah ke ruang keluarga yang terdapat di tingkat atas rumah itu. Menghampiri Puan Atifah yang ralit mengait.

“Ibu...”

Ibu mengangkat wajahnya. Memandang wajah menantu kesayangan. “Apa, Ain?”

“Kejap tadi, abang Adam call cakap yang Auntie Ima dengan Uncle Bakri jemput ke kenduri doa selamat malam ni. Ibu dengan ayah nak pergi tak?” Ain menyampaikan pesanan.

“Oh, betullah. Auntie Ima ada cakap dekat ibu minggu lepas. Katanya, kenduri untuk Nurin adiknya Bad yang baru balik dari UK tu, kan?” balas ibu. Ain pantas mengangguk. Mengiyakan kata-kata Puan Atifah sementelah itu jugalah yang dia dengar dari mulut Faiq sebentar tadi.

“Ibu dengan ayah ikut tak?” soal Ain sekali lagi dan dibalas dengan anggukan dari Puan Atifah.

“Hurm, ibu. Baklah baju yang ibu dengan ayah nak pakai malam ni. Biar Ain gosokkan,” pinta Ain lambat-lambat.

“Eh, takpelah Ain. Biar ibu saja yang buat.”

“Takpe bu. Alang-alang dah Ain nak gosok baju ni, bak la baju ibu dengan ayah sekali.”

“Sekejap yer. Ibu ambilkan.” Puan Atifah segera mengenetepikan jarum dan benang kait diketepikan lalu bingkas bangun menuju ke dalam biliknya sebelum keluar bersama dengan dua pasang baju; Sepasang baju Melayu moden dan juga sepasang kurung moden, kedua-duanya dari rona hijau yang sama.

Lantas, keempat-empat pasang baju itu dibawa ke bilik dobi atau lebih dikenali sebagai laundry room. Bilik itu adalah bilik kecil yang biasanya diduduki oleh pembantu rumah tapi diubahsuai lalu dijadikan bilik dobi; Mempunyai sebuah mesin basuh, pengering pakaian dan juga ironing board serta seterika. Juga lengkap dengan penyidai terbuka untuk memudahkan mereka mengantung pakaian.

Sehelai demi sehelai baju digosok perlahan-lahan. Biar hilang kedutan, biar nampak kemas bila dipakaikan oleh kedua-dua mertuanya juga oleh suaminya. Selesai mengosok, Ain mengantungkan baju-baju tadi di penyidai yang tersedia. Lantas, Ain segera ke dapur. Mahu melihat hasil tangannya untuk juadah minum petang mereka sekeluarga.

*****

Ain menyarungkan sarung tangan tebal. Pintu oven segera dibuka dan dia mengeluarkan loyang aluminium lalu membiarkan seketika di atas meja. Beberapa minit kemudiam, Ain menterbalikkan loyang aluminium itu sebelum mengangkatnya semula. Terserlah kegebuan kek mentega buatan tangan Ain yang berwarna kuning cair itu. Bau vanilla harum semerbak memenuhi ruang dapur. Ain tersenyum puas.

Kek mentega itu dibiarkan seketika di atas kekisi besi. Membiarkan kek itu sejuk sebelum dipotong. Melihat jarum jam menghampiri ke pukul 5, Ain cepat-cepat menyudahkan kerjanya. Beberapa potong kek diletakkan di dalam piring sederhana besar sementera bakinya dimasukkan ke dalam bekas lalu disimpan. Selepas itu, dia bergegas masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri lantas menunaikan solat Asar.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kau ampunilah dosa-dosaku,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yangg tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya,

Tetapi Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu,
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya,
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah,
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu.

Ya Allah sesungguhnya,
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu.

Ya Allah,
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha,
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa di hati.

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.

p/s: Doa ini diambil dari forum sepaku.net.
Di sebalik pintu, langkahnya mati sebaik mendengar setiap patah kata yang terucap dari bibir isterinya itu. Panjang sekali rintihan isterinya pada Yang Maha Esa. Betapa isterinya itu mencuba untuk terus tetap menongkah dugaan ini. Ya Allah, suami jenis apakah aku ini? Faiq meraup wajah. Ada air hangat yang tertakung di pelupuk mata. Terusikkah hatinya dengan rintihan itu?

Labels: , ,


Back to Top

Part 22: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Ya, saya yang tak pernah sedar bahawa hanya dengan kehadiran kamu, sudah cukup untuk mengariskan senyum di bibir saya. Lalu, sayakah orang yang tak tahu bersyukur itu?

Beku. Itulah sifat yang mendominasi perilaku Ain. Sejak peristiwa itu berlaku, Ain berubah sikap serta-merta. Tiada lagi senyuman manja Ain buat dirinya. Memang Ain masih menantikan kepulangannya setiap petang, masih lagi mencium tangannya setiap kali dia mahu pergi dan balik dari kerja, masih juga tidak lupa menyediakan secawan Milo buatnya, tetapi bibirnya terkunci rapat. Bercakap hanya bila perlu.

Ibu tak sudah-sudah bertanya dan pagi tadi, ayahnya pula menyoal. Faiq sedar, bila Encik Adnan sudah bersuara maka dia harus menyelesaikan urusan itu secepatnya. Tapi bagaimana? Faiq buntu. Fail-fail di depan mata ditolak ke tepi. Buntu sudah rasanya otaknya berfikir.

“Jangan dekat dengan Ain. Jangan panggil Ain sayang. Tolonglah abang. Jangan pupuk rasa sayang Ain pada abang kalau abang tak ikhlas sayangkan Ain. Ain tak mampu nak bencikan abang. Jadi, abang tolong Ain. Tolong jangan cambahkan lagi rasa yang ada ni, bang.”

Berulang kali rintihan hati Ain itu berputar ligat di minda. Masih jelas rayuan Ain kepadanya. Lalu, Faiq menarik laci meja. Mengeluarkan organiser lalu mengeluarkan sekeping gambar dari celah poket yang terdapat pada organiser miliknya.

Wajah seorang perempuan. Lengkap wajahnya dihiasi dengan sepasang mata yang bundar juga kening yang melentik gara-gara dicukur, hidung mancung juga bibir seksi bak kepunyaan Angelina Jolie. Dilengkapkan dengan helaian-helaian rambutnya yang berwarna coklat keperangan. Sangat up-to-date orangnya. Dan bagai langit dengan bumi jika mahu dibandingkan dengan isterinya, Nurul Qurratu’Ain yang lebih menampilkan keperibadian yang lebih sopan dan tertutup. Wajahnya yang bujur sireh itu dilengkapi dengan mata yang bulat, biar hidungnya sedikit kemek tetapi sangat sesuai digandingkan dengan seulas bibir comel yang berwarna merah jambu. Keningnya kemas biarpun agak lebat. Paling istimewa, rambutnya yang hitam legam dan lebat itu elok tertutup dengan hijab.

Faiq berperang dengan hati sendiri. Berbagi-bagi hatinya setiap kali memandang gambar itu dan juga pada masa yang sama, rintihan Ain bagaikan terlalu jelas di telinga. Dia sedar ‘amukan’ Ain itu bersebab. Dia sedar akan kehadiran pesanan ringkas yang dikirim oleh si gadis untuknya tetapi terlebih dahulu disedari oleh Ain. Lalu, permintaan Ain agar tidak dicambahkan rasa itu berasas. Siapa yang sanggup untuk terus menyintai sedangkan sudah jelas sekeping hati itu milik orang lain. Tapi, lain hakikat yang sedang terjadi kini.

Melihat Ain membeku dalam rentaknya sendiri buat Faiq terus dihujani rasa bersalah. Memerhati gerak laku Ain yang masih menghormati dia sebagai suami, buat Faiq tersepit dalam masalah yang dia sendiri ciptakan. Semakin cuba melarikan diri, terasa semakin kuat bayangan Ain mengekori. Lalu, jatuh cintakah dia saat ini?

Helaan nafasnya panjang. Lalu, digoyangkan kerusi mengikut rentak lagu yang sedang terpasang melalui laptop. Memerhati satu demi satu gambar yang sedang tertayang di tetingkap skrin laptopnya dengan fikiran yang melayang entah ke mana.

“Oit!”

Terlepas kepingan gambar yang dipegang sedari tadi dek kerana sergahan Baddrol. Mengucap panjang Faiq dibuatnya. Sempat dijeling wajah Baddrol sebelum menunduk untuk mengutip kembali gambar itu. Baddrol tersengih-sengih.

“Inilah dia manusia. Dibagi mulut untuk cakap benda elok-elok, bukan untuk sergah orang tak tentu pasal. Kot ya pun nak masuk, ketuk pintu dulu beb!” marah Faiq.

“Banyaklah kau punya ketuk pintu. Kalau terbalik pintu tu pun belum tentu kau sedar dari alam khayalan kau ni. Ape citer ni, beb? Tetiba dok masyuk layan gambar Hani,” terjah Baddrol pula. Tidak sedap hatinya sebaik sahaja terpandang gambar yang terjatuh di atas lantai.

“Diam la kau.”

Baddrol angkat kening. Terkejut dengan jawapan selamba Faiq. Diam? Sumpah! Baddrol tak faham dengan perangai Faiq. “Weh, apa ni?”

“Hani nak balik minggu depan.”

“So?”

Faiq mendengus. “Payahlah. Ain tu aku nak campak mana?”

“Nasib baik kau sedar diri, kan? Ikut hati nak jer aku penerajang kau. Biar mampus. Yang kau simpan lagi si budak Hani tu kenapa?”

“Awek aku kot.”

Baddrol ketawa kuat. Perli sebenarnya.

“Dah tu Ain tu siapa? Bukan isteri kau ke? Antara awek dengan isteri siapa paling utama?” bidas Baddrol geram. Dan Faiq pula sekadar diam. Sedar akan kesalahannya.

“Faiq, aku malas nak cakap banyak dengan kau. Kau dah besar. Ada otak, ada akal untuk berfikir. Isteri kau kat rumah tu dah cukup sempurna rasanya. Cukup segala-galanya yang seorang lelaki mahukan dari seorang perempuan yang bernama isteri. Jangan kerana cinta, kau tersilap pandang. Fikir baik-baik!”

Faiq telan liur. Menarik nafas panjang.

“Nantilah aku fikirkan. Ni apehal kau terjah bilik aku?” soal Faiq. Selebihnya, dia mahu lari dari terus-terusan berbicara soal Ain. Ya, Ain itu lengkap segala-galanya; Pandai selok-belok rumahtangga, berpelajaran juga dan yang paling untung mungkin, Ain itu sangat menjaga maruahnya. Faiq begitu pasti, Ain juga pasti memelihara maruahnya sebagai seorang suami juga.

“Mama dengan papa jemput kau sekeluarga datang rumah malam ni. Ada kenduri doa selamat untuk Nurin.”

Faiq mengangkat wajah.

“Nurin? Adik kau? Dah habis belajar ke dia?”

Baddrol tersengih. “Yelah. Nurin, adik aku. Takkan adik kau pula kot. Dah boleh panggil Doktor Nurin pun. Sampai rumah hujung minggu lepas, time kau balik kampung. So, jangan tak datang pula. Bawak uncle dengan auntie sekali. Isteri kau jangan lupa.”

Faiq senyum lalu mengangkat isyarat okey pada Baddrol. Sebaik sahaja Baddrol melangkah keluar, Faiq tersandar. Tak mungkin aku lupa isteri aku, Bad. Dia dunia aku sekarang.

‘Hani?’ Suara hatinya bertanya. Lantas, Faiq menumbuk meja. Kesal dengan tindakan diri sendiri. Cepat-cepat, gambar itu dicapai lalu dimasukkan ke dalam laci meja. Tinggallah kasih, tinggallah pujaan. Aku pergi untuk sesuatu yang lebih pasti. Maafkan Iq, Hani.

Labels: , ,


Back to Top

Part 21: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Tak pernahkah kamu merasakan kesakitan ini biarpun sekelumit cuma?
Tas tangan diletakkan di atas meja kopi berhadapan dengan sofa. Badan direbahkan di atas sofa. Melepaskan lelah setelah hampir enam jam kaku di atas kusyen bas. Huh! Penatnya. Matanya melingas ke kiri dan kanan; mencari sesuatu yang dia tahu tak mungkin akan dia temui saat ini. Akur pada realiti yang sedang terjadi, Ain pantas mencapai tas tangannya lalu bergerak naik ke bilik. Meniti anak tangga menuju ke syurga dunianya, Ain menetapkan hati. Memakukan perasaan pada tahap yang sama. Biar tak ada lagi airmata yang akan tumpah.

Langkahnya mati. Hatinya mula berdenyut kembali. Mengembalikan rasa sakit yang tak terperi. Ain menarik nafas dalam-dalam. Perlahan, tombol pintu dipulas. Atur kaki disusun masuk ke kamar perkongsiannya dan Faiq. Ain memandang ke kanan. Dia nampak bayangan Faiq melarikan Bobo; teddy bear kesayangannya. Dia nampak bagaimana Faiq cuba memanipulasi keadaan agar dia bangun dan tidur sekatil dengannya. Ain telan liur.

Anak matanya mati pula pada sudut bilik sebelah kiri. Dia nampak bayangan mereka menunaikan solat berjemaah. Jelas sekali susun atur gerak tubuh. Juga jelas sekali alunan merdu suara Faiq membacakan ayat-ayat lazim. Dan dia juga nampak betapa dalamnya rasa kasih Faiq setiap kali usai dia mencium tangan suaminya itu, setiap kali sebelah lagi tangan suaminya singgah pada ubun-ubunnya sebelum diakhirkan dengan satu ciuman juga di tempat yang sama.

Dengan sebak yang makin membungkam dalam hati, tak terdaya lagi rasanya nak melangkah lebih jauh. Bilik yang dahulunya terasa sedang-sedang sahaja, hari ini bagaikan luas tak terkira. Tangannya segera menyentuh sisi dinding untuk menampung berat badannya. Langkah semakin longlai sebelum Ain terduduk. Terjelepuk di lantai bilik yang dahulunya adalah syurga dunianya.

Airmatanya menitis. Setitik.

Mendengarkan bunyi deruan enjin kereta, Ain segera bangun. Di satu sudut yang agak tersembunyi, Ain duduk lalu menyandarkan badannya ke dinding, merapatkan kedua-dua kaki sebelum menarik lunjuran kaki merapat ke dada. Sayup-sayup, dia dengar derap tapak kaki menuju ke bilik. Dia juga dengar bunyi tombol pintu dipulas dan Ain terus mematungkan diri. Nafas ditarik perlahan-lahan. Cuba untuk menahan tangisan dan esakan.

*****

Faiq menundukkan badan lalu mencapai tas tangan berwarna coklat tua milik isterinya. Lantas, dia memandang keseluruhan bilik. Mencari-cari batang tubuh yang sememangnya dinantikan kepulangannya. Sepagi di pejabat, Baddrol tak sudah-sudah menyuruhnya balik sahaja. Lantas, telefon bimbit dicapai lalu menghubungi abang iparnya nun jauh di utara. Dan satu perkhabaran gembira dibawa dari sana; kepulangan isteri tercinta. Namun kini, isterinya itu tiada. Faiq meraup wajah. Cuba menyembunyikan rasa terkilan dalam hati.

Sebaik sahaja langkah mahu dibuka, telinga Faiq menangkap bunyi esakan kecil. Cepat-cepat dia memalingkan wajahnya ke satu sudut lalu sambil melangkah perlahan mendekati. Tinggal beberapa langkah, Faiq ternampak jemari kaki Ain.

“Ain...”

Terasa mahu memeluk isteri itu sekuatnya, namun langkahnya dimatikan oleh suara Ain, “Jangan dekat dengan Ain.”

Panjang nafas ditarik demi mendengar permintaan Ain itu. Ya Allah, apa salah aku?

“Kenapa, sayang?” ucap Faiq lemah.

“Jangan dekat dengan Ain. Jangan panggil Ain sayang. Tolonglah abang. Jangan pupuk rasa sayang Ain pada abang kalau abang tak ikhlas sayangkan Ain. Ain tak mampu nak benci abang. Jadi, abang tolong Ain. Tolong jangan cambahkan lagi rasa yang ada ni, bang.”

Faiq terpana. “Abang ikhlas sayangkan Ain...”

“Bohong!” Suara jeritan Ain itu bergema sama dengan suara hatinya. Faiq berperang dengan perasaan sendiri. Benarkah dia tak ikhlas menyayangi isterinya?

“Abang bohong...abang bohong..” Kenyataan itulah yang tidak sudah-sudah diucapkan Ain berulang kali. Sehingga tepu mindanya untuk menerima input itu. Asing benarkah? Atau itulah kenyataan yang dia tak pernah sedar?

Tubuh isteri yang sedang mengerekot menahan tangisan dirapati lantas dia membawa dalam pelukan. Mulanya, Ain meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, rontaan itu perlahan-lahan hilang dan berganti dengan esakan dan soalan.

“Kenapa abang tipu Ain... kenapa abang...” Tidak penat langsung bibir comel Ain mengungkap perkataan itu. Tipu! Bohong!

Faiq menguatkan pelukannya. Hatinya meruntun pilu mendengar esakan Ain. Hari itu, dia sedar semuanya; Besar rupanya salah yang dia lakukan iaitu mencambahkan rasa di hati Ain sedangkan hatinya kering-kontang. Dan kesalahan itulah yang membawa kepada kesalahn-kesalahan kecil ang lain. Faiq sedar bahawasanya dialah yang selalu menyakiti hati Ain. Dialah yang selalu merampas senyuman Ain. Dialah juga insan yang tak pernah serik untuk memporak-perandakan perasaan Ain. Melihat setitis demi setitis air jernih itu menitis dari pipi isterinya, hati Faiq terasa ngilu. Mendengar esakan yang semakin reda, hati Faiq berdenyut-denyut.

Ya Allah, sakit apakah ini?

Labels: , ,


Back to Top

Part 20: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: I wish, I could be the only rainbows in your heart, that will always keep you smile after a long rain. But I know; I can't!
Enjin kereta dimatikan. Beberapa beg plastik dicapai. Kunci ditarik dan pintu kereta dibuka. Sebaik sahaja keluar dari kereta, alarm segera ditekan. Kaki dibawa ke muka pintu lalu wedges hitam berjenama Crocs ditanggalkan dari kaki lalu diletakkan di atas rak kasut. Ucap salam diberi. Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, lima pasang mata menoleh ke arahnya. Encik Nazim dengan wajah serius manakala Puan Haizum dengan wajah simpati. Along dan adik-adiknya sahaja yang berwajah selamba, bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku petang tadi.

Selangkah kakinya mengorak, Encik Nazim berdehem lantas bersuara, “Along, bawa adik-adik masuk dalam. Abah dengan ma nak bincang sikit dengan Angah.”

Ain mengigit bibir. Sekadar mampu memandang Along dan adik-adiknya membawa diri meninggalkan dia seorang diri untuk berhadapan dengan abah dan ma. Memahami maksud jelingan Encik Nazim, Ain segera melabuhkan punggungnya di atas sofa dua rangkai berhadapan dengan kedua ibu bapanya.

“Angah pi mana?” Encik Nazim mula menyoal.

“Tasik Darulaman. Lepaih tu teruih pi pekan Aloq Setar. Cari barang sikit untuk abah dengan ibu.”

Encik Nazim dan Puan Haizum berpandangan. Itu adalah kali pertama Ain memandu sendiri sehingga ke Alor Setar kerana biasanya Ain pasti akan ditemani oleh abang atau adik-adiknya. Encik Nazim menarik nafas panjang. Mahu dimarahi, Ain sudah dewasa. Sudah pandai menilai mana yang baik dan buruk. Sementelah, Ain juga telah selamat sampai ke rumah.

“Abah dengan ma bukan nak masuk campuq urusan rumah tangga Angah. Ma tau Angah dah besaq. Dah boleh beza mana yang baik, mana yang buruk. Kalau Angah ada masalah dengan Faiq, selesaikan elok-elok. Tak elok Angah biaq Faiq tu balik sorang-sorang. Sebagai isteri, tempat paling mulia untuknya adalah di sisi suami.”

Mendengar nasihat panjang lebar dari Puan Haizum membuatkan sebak kembali bertamu. Lantas, Ain mengetap bibirnya kuat-kuat. Tak mampu lagi dipandang wajah ma dan abah saat itu. Takut air hangat itu kembali mengaburi pandangannya.

“Angah tahu ma...” Tapi Faiq ada orang lain. Macam mana Angah nak terus ada di sisi dia, ma? Dan kenyataan dan soalan itu sekadar dibiarkan bergema dalam hatinya. Biar dia seorang yang menanggungnya. Lantas, Ain menarik nafas pendek dan kemudiannya menahan dalam dada. Biar hilang rasa sebu yang semakin mengocakkan seluruh ruang hatinya.


“Angah, hidup berumahtangga ni ada pasang surutnya. Sedang lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Angah kena pandai selesaikan masalah. Tapi, bukan dengan cara macam ni. Ni sorang kat utara, sorang nun jauh kat Kolompuq. Macam mana nak duduk berbincang?” Abah menambah.

Ain sekadar mengangguk-nganguk. Tak terdaya rasanya nak menatap wajah abah dan ma saat itu. Dia takut ada airmata yang tumpah di hadapan mereka. Sudah cukup besar rasanya dia menyusahkan hati abahnya kerana merisaukan dirinya. Sudah cukup berat rasanya dia membuatkan hati ma walang mengenangkan dirinya. Cukuplah sekadar itu.

“Angah tau cara Angah ni salah. Angah minta maaf.”

“Bukan dengan abah. Bukan dengan ma. Tapi, minta maaf dekat Faiq.”

Usai menoktahkan kata-katanya, Encik Nazim segera bangun dan berlalu dari situ. Beberapa ketika kemudian, Puan Haizum pula mengekori langkah mereka. Terpaku pandangan Ain pada langkah Puan Haizum hinggalah bayangan ma itu hilang dari matanya. Tanpa sedar, setitis demi setitis airmata jatuh mengenai tangannya yang sedang memeluk tubuh. Terhincut-hincut bahunya menahan esakan.

Dalam kesedihan yang tak bertepi, ada tangan memeluk bahunya dari tepi. Mengenggam erat tangannya yang sudah sejuk beku. Lantas, tubuh itu dipeluk seeratnya. Ain tak mahu tahu siapa yang ada di sisinya saat itu. Yang Ain tahu, cukuplah ada ‘dia’ sebagai teman saat ini. Tak kuat rasanya ditinggalkan keseorangan saat hatinya sedang berperang kuat dengan minda sendiri. Tak tertanggung rasanya kesakitan ini.

Dan, Afiq membalas pelukan si adik lalu membiarkan adiknya itu mengongoi semahunya. Menangislah dik! Kalau itu sahaja ubat kesakitanmu saat ini. Biar jauh dalam hatinya, betapa dia tak rela adiknya diperlakukan begitu. Betapa dia marah dengan apa yang terjadi. Namun apalah daya dia seorang abang kerana semua yang terjadi adalah atas kemahuan adiknya sendiri sedangkan adiknya itu begitu arif akan risiko yang harus dia hadapi. Bertahanlah dik! Allah itu selalu ada untukmu.

*****
Apakah yang engkau cari?
Tak kau temukan di hatiku.
Apakah yang engkau inginkan?
Tak dapat lagi ku penuhi.
Sony Mp3 S Series itu dimatikan. Sebal hatinya dengan lagu-lagu yang ada sedangkan itulah lagu kegemarannya. Namun, bila kenyataan yang sedang dihadapi seperit lirik-lirik lagu yang didendangkan, hatinya meruntun. Kolam matanya terasa penuh. Lantas, dia membuang pandangan jauh keluar dari perut bas. Memerhati dan terus memerhati sedangkan hatinya sudah jauh pergi. Berat kepala memikirkan persoalan demi persoalan yang tak sudah-sudah menujahi benaknya.

Keputusan itu dibuat bukan atas dasar cinta semata-mata. Biar hati terlalu menyayangi, biar diri terlalu mahu bergelar isteri buat lelaki itu, namun keredhaan Yang Maha Esa juga yang diharapkan. Bukan semalam, bukan dua malam tetapi hampir sebulan dia bangun di setiap sepertiga malam. Menunaikan solat sunat tahajjud dan juga solat sunat istikharah mengharapkan jawapan sebaiknya dari Allah S.W.T kerana Ain sedar DIAlah yang menentukan sebaik-baik keputusan buat seorang hamba lemah sepertinya. Dan jawapan itulah yang membawa pada perkahwinan ini.

‘Kau mahu menyalahkan takdir?’

Tidak! Ain terasa seperti mau menjerit menbantah kata godaan syaitan itu. Sekelumit pun tidak ada rasa untuk menyalahkan takdir. Dia cuma diasak seribu satu macam persoalan yang tidak sudah-sudah membelenggu dirinya. Persoalan yang mana; Kalau ini takdir yang ditetapkan, kenapa harus begini jadinya? Kenapa perjalanan tidak selancar yang dia harapkan?

Ya! Ini balasan buat dosa-dosa waktu silamnya. Apakah mungkin ini balasan untuk semua kesakitan yang pernah dia hadiahkan buat orang lain? Atau apakah ini dugaan untuk menduga ketahanan dan ketabahan yang dia miliki? Ain meraup wajahnya sendiri. Dan kalau itulah sebabnya dia diduga begini, makanya Ain redha. Ini jalan takdir buatnya. Ini bahagian dia.
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Labels: , ,


Back to Top

Part 19: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Menangislah sepuas-puasnya, sayang. Biar nanti, tiada lagi airmata untuk kamu titiskan sebaik sahaja kamu berhadapan dengan si pencetus semua kesakitan kamu.
“Okey, abang balik la.”

Faiq meraup wajahnya. Kemudian, dia memalingkan mukanya mengadap Ain yang sudah duduk di birai katil. Tenang dan bersahaja! Itulah reaksi yang terpancar dari wajah milik isterinya.

“Ain please! Abang bukan sengaja nak ajak Ain balik KL secepat ni tapi hal tu penting. Tolong faham abang, sayang. Please!”

Ain menarik nafas panjang. Katakan sahaja hal yang sebenarnya abang. Ain nak tahu. Dan Ain dah lama bersedia untuk hadapi hal ini.

“Ain, please...”

“Abang baliklah dulu. Ain nak duduk sini untuk dua, tiga hari lagi. Abang izinkan ya?” pinta Ain sekali gus mengendahkan permintaan Faiq. Berubah wajah Faiq sebaik mendengarkan permintaan Ain.

“Ain ni kenapa?”

Faiq semakin tidak faham dengan tingkah Ain. Padanya, ianya terlalu kebudak-budakan.

“Jangan tanya Ain kenapa. Tanya diri abang sendiri. Kalau abang rasa abang nak balik, abang baliklah. Dua tiga hari lagi Ain balik,” balas Ain selamba. Dia bangun lalu melangkah keluar dari bilik itu. Dan Faiq melongo. Terkejut dengan perlakuan isterinya itu. Cuma satu perkara yang Faiq tidak sedar, ada airmata bertakung di tubir mata Ain. Tinggal menunggu masa untuk pecah sahaja.

*****

Kalaulah ditebak hatinya saat ini, tak ada lain pasti hanya kelukaan yang ada. Kelukaan yang meninggalkan kesan sakit yang bukan calang-calang sakitnya. Kalau deman, boleh sahaja menelan sebiji dua Panadol Active Fast. Pasti kesakitan itu akan hilang. Tapi ini sakit dalam hatinya? Mana mungkin bisa sembuh biar ditelan sepapan panadol pun.

Kalau sahaja alam ini boleh memahami, lantas berdialog dengan hatinya. Akan dia cerakinkan segala perasaan yang ada biar jadi benci. Akan dia darabkan kesakitan ini, biar bercambah rasa benci itu dengan cepatnya. Juga akan dia bahagikan semua rasa kasih, sayang dan cinta yang ada biar cepat sahaja hilangnya. Namun, dia cuma seorang isteri. Isteri yang tidak dianggap. Yang hanya boleh merintih keseorangan, melirih dalam diam.

Ain memejamkan mata sekuat-kuatnya dengan harapan sebaik sahaja kelopak matanya dibuka, semua episod itu hanyalah hadir sekadar mimpi. Biar ada Faiq di depan matanya. Biar ada semua yang baik-baik sahaja dari suaminya itu. Namun, Ain cepat tersedar sendiri. Biar dipejamkan matanya untuk seribu tahun lagi, yang sedang dihadapinya itu adalah realiti yang harus dia tempuhi. Yang sedang terjadi itu adalah episod hidupnya untuk hari ini.

Lantas, bayangan itu kembali. Sebaris ayat itu sedang terlayar kemas dalam ingatannya. Perkataan itu, susun atur ayat itu, semuanya masih kejap dalam memori kepalanya. Dia bukan buta hati, yang tak tahu menilai bunyi nada sebaris ayat. Dia juga bukan buta bahasa, yang tak tahu memaknakan sebaik-baik maksud buat ayat seringkas itu. Dan dia juga cuma seorang perempuan, yang pasti tercuit hatinya dengan kehadiran pesanan ringkas itu juga dari seorang yang bernama perempuan. Lalu, salahkah prasangka ini? Silapkah curiga yang sedang bermukim dalam hati? Salah dia jugakah untuk terus berprasangka, untuk terus curiga bila si suami pula membohongi diri!

‘Kenapa abang tipu, Ain? Ain tak kuat untuk terima pembohongan abang kali ni. Ain tak setegar itu untuk terus berlagak selamba sedang hati Ain berperang dengan perasaan sendiri. Kenapa abang tipu Ain...' lirih Ain dalam hati. Setitis demi setitis air mata menitis keluar dari matanya. Semakin dielus, semakin kerap ia menitis dan akhirnya Ain membiarkan saja air hangat itu mengalir pada alur pipinya.

Teruslah mengalir wahai si airmata, kalau itu sahaja yang mampu mengusir pergi seluruh kesakitan ini. Tetaplah menitis! Bawa pergi semua bayangan kelam ini, kaburkan sahaja seluruh pandangan ini biar tak nampak lagi sebaris ayat itu. Teresaklah sepuas-puasnya, biar nada esakan ini menjadi muzik terbaik untuk menghapuskan semua pembohongan dia.

‘Ya Allah, jangan Kau ambil kekuatan yang tersisa ini. Jangan Kau rentap pergi ketabahan hati ini.’

Labels: , ,


Back to Top