DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater
Part 5: Bintang! Jangan Pernah Pergi

PesanDariHati: Inilah permulaan cerita kita sebenarnya, sayang. Kalau saja dengan membiarkan itu mampu membahagiakan kamu, maka teruskanlah. Saya cuma mahu tengok kamu bahagia. Noktah!
"Awak..."
"Hurm..." Ain membalas panggilan suaminya itu. Pendek sekali. Mana tidaknya, majalah Mingguan Wanita di hadapannya itu lebih menarik perhatiannya.
"Awak, saya panggil nieh. Pandang sini boleh tak?"
Cepat-cepat, dia menutup majalah itu lalu diletakkan di atas meja bersebelahan dengannya. Lantas, dia memusingkan badan lalu mengadap Faiq yang sedang duduk bersila juga diatas sofa bersebelahan dengannya. Sedari tadi, tak jemu-jemu lelaki itu mencuba untuk mencuri tumpuannya.
"Nak apa, abang sayang?" Usiknya lagi.
Cemberut sahaja wajah Faiq setiap kali dia memanggil lelaki itu dengan nama abang. Entah di mana salahnya dia kurang pasti. Yang dia pasti, Faiq kurang senang dengan nama panggilan itu.
"Kenapa awak panggil saya abang?"
Kali ini, giliran Ain pula mengerut dahi. "Dah tu nak panggil apa? Pak Cik? Boleh?"
"Ala, bosan la sayang. Asyik abang jer. Nanti balik rumah sayang pun, sayang panggil abang Afiq, abang juga. Dah takde bezanya dah. Baik saya jadi abang sayang jer."
Berlapis dahi Ain demi mendengarkan omelan Faiq. Sejak bila Faiq mula peduli akan nama panggilan untuknya? Sejak bila Faiq pandai untuk demand itu dan ini? Setahunya, Faiq jarang ambik pusing tentang hal perkaitan itu. Sebab itu, dia tidak tahu yang abangnya, Afiq dipanggil Along dalam keluarga mereka. Selalunya, selagi indah di pendengaran orang lain dan selagi ianya boleh menyembunyikan 'keunikan' perihal rumah tangga mereka, Faiq biasanya akan akur sahaja. Dan paling mengejutkan, sejak bila Faiq pandai memanggil dirinya sayang?
"Dah tu, nak panggil apa lagi?"
Faiq tersengih. Matanya bersinar tiba-tiba. Ain ketap bibir. Pasti lain benar permintaan lelaki ini. Pasti! Dia teramat pasti.
"Panggil B. Boleh?"
Dush! Tepat sekali tekaan hati Ain. Tidak payah mana dia hendak menduga Faiq. Kalau sudah tersengih bagai kambing nampak pucuk ubi dan mata bersinar macam perompak nampak emas berjuta itu, pasti adalah sesuatu yang bermain-main di otak suaminya itu. Bukan setahun dua dia mengenali Muhammad Adam Faiq, tapi sudah hampir enam tahun. Dan semudah A,B dan C sahaja baginya untuk meneka apa yang bermain di fikiran Faiq.
"B? Ala, panggil C jelah eh?"
Sekali lagi, Faiq tunjuk muka cemberut. Nak ketawa Ain dibuatnya. Dan dia tersedar sesuatu; Faiq sudah pandai merajuk dengannya.
"Ala, awak nieh. Panggil abang sudah la. Bukannya nak panggil selalu pun. Bila depan ayah dan ibu jer kan?" Ain merayu. Saja mencuba nasib.
"Kalau B nak sayang panggil B dengan nama B tiap masa boleh? Bukan sahaja depan ibu, depan ayah atau depan sesiapa jua. Boleh?"
"Tak mahu la. Segan la." Pantas sahaja bibir comel itu menafikan permintaan suami. Ahh, bukannya dia ikhlas pun. Dan Ain terdiam. Siapa dia untuk menyoal keikhlasan orang lain? Tambahan pula, lelaki itu adalah suaminya.
Faiq masih lagi dengan muka cemberutnya.
"Ok, dear." Apa sahaja untukmu, suamiku sayang. Lantas, senyuman Ain disambut dengan sengihan panjang Faiq. Dari riak wajahnya, ternyata Faiq bahagia benar. Tapi, benarkah Faiq bahagia dengannya? Ain kurang pasti. Namun, jauh di sudut hati dia menyisipkan doa moga bahagia ini selamanya.
"Ada lagi?" soal Ain memecah sunyi. Faiq mengeleng lantas kembali menumpukan perhatian pada buku di tangannya. Lalu, Ain mencapai kembali majalah Mingguan Wanita dan kembali menyambung bacaannya. Belum pun sempat dihabiskan perenggan pertama artikel itu, pintu bilik bacaan itu dikuak seseorang. Terjegul wajah Puan Atifah di sebalik pintu. Dan kedua-dua mereka tersengih memandang Puan Atifah.
"Puas ibu cari Ain. Kat sini rupanya."
Ain tersenyum.
"Abang Adam nieh, bu. Saja dia mengada suruh Ain temankan dia baca buku."
Faiq tercengang. Aik, dia pula dipersalahkan. Dan, wajah Puan Atifah kehairanan.
"Adam?" soal Puan Atifah minta kepastian.
"Yes, bu! The one and only yang panggil anak ibu begitu." Laju sahaja Faiq menjawab persoalan ibunya sambil tangannya memeluk erat bahu isteri di sebelah.
Puan Atifah geleng kepala. Apa-apa sahaja anak, menantu. Dengan senyuman, dia menutup kembali pintu bilik bacaan itu. Bahagia rasanya melihat anaknya yang dahulu tidak lekat di rumah kini sudah tidak kenal erti sosial lagi.
*****
Tersenyum-senyum Ain memerhatikan tingkah laku Hafiz. Anak kecil berusia lebih dua tahun itu kelihatan asyik benar dengan bola warna-warninya. Terkedek-kedek anak itu mengejar bola yang lajunya tidaklah seberapa. Beberapa kali anak itu jatuh ke tanah bila mengejar bola itu, namun belum cukup untuk buat anak itu patah semangat. Tetap jua kembali berdiri dan mengejar bola itu. Bila bola sudah di tangan, meledak tawanya. Suka benar nampaknya kerana usahanya membuahkan hasil.
Lantas, Hafiz mendekatinya. Menyerahkan bola kecil itu kepadanya dengan harapan Ain akan membaling bola itu sekali lagi. Seronok benar dapat berulit dengan bola dan rumput tanpa ada yang melarang. Alahai anak.
"Hafiz sayang. Kita berhenti dulu ya sayang."
Pantas, Ain mencapai tangan kecil itu lalu memimpinnya perlahan menuju ke sebuah pondok kecil berhampiran. Di situ, ada Encik Adnan, Puan Atifah dan juga kakak dan abang iparnya; Alif Amre dan juga Alina, kakak kepada Faiq. Kelihatan juga Faiq yang tersenyum-senyum memandang dirinya. Entah apa penyakit yang sudah melekat pada suaminya itu, dia kurang pasti. Cumanya, Faiq langsung tak mahu jauh dengannya. Kalau boleh, masuk ke dalam bilik air juga dia mahu mengekori. Huh! Tak betah Ain dibuatnya.
Sebaik mendekati meja taman itu, Faiq segera menarik sebuah kerusi buat Ain. Cepat sahaja Ain melabuhkan punggungnya lalu mengangkat Hafiz lalu diletakkan atas ribanya.
"Hafiz, meh kat babah sayang. Kasihan, Mak Su."
Hafiz tidak mempedulikan panggilan babahnya itu. Leka sahaja dia di atas ribaan Ain dengan susu botol yang tadi disuakan Alina padanya.
"Alahai... Hafiz buat Pak Su jealous la," omel Alina pula. Jelas sekali wajah tak puas hati Faiq pada anak buah sulungnya itu. Dan ada ketawa yang bergema antara mereka. Hafiz yang tadinya baru ingin melelapkan mata terus tidak jadi. Bulat matanya memandang Faiq. Cepat sahaja dia meletakkan botol susunya yang sudah tinggal separuh itu di atas meja lalu mahu turun dari ribaan Ain. Tangan Faiq ditarik-tarik oleh Hafiz.
"Pak Su, jom 'in ola," ajak Hafiz masih pelat.
Ain tersengih memandang Faiq. Lantas, anak matanya dibawa pula pada Hafiz yang masih menarik-narik tangan Faiq. Anak kecil itu kelihatannya seperti mahu memujuk Faiq; Yang tadinya jelas menunjukkan rasa tak puas hati pada anak itu.
Pantas, Faiq bangun lalu mendukung anak itu. Digeleteknya Hafiz hingga mengekek-ngekek tawa anak kecil itu. Yang lainnya sekadar memandang dengan senyuman di bibir.
"Ain dengan Faiq tak nak pergi honeymoon ke?" soal Alina bila sahaja Faiq berlalu.
Ain yang tadi leka memerhati lantas mengalihkan pandangan pada kakak iparnya itu. Tersenyum sahaja dia memandang Alina.
"InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti pergilah kak. Abang Adam kan sibuk sikit," balas Ain biasa-biasa sahaja. Memang Faiq ada berjanji mahu membawa dia ke Jepun sana. Mahu menyaksikan gugurnya kelopak-kelopak sakura seperti yang ditontonnya dalam drama Jepun itu. Tapi, entahkan benar entahkan tidak. Ain tidak berani menaruh harapan besar.
"Adam? Ain panggil Faiq tu Adam?" soal Alina tidak percaya.
Ain mengangguk sambil tersengih sahaja.
"Tak makan saman, kak. Makin Faiq marah makin sedap pulak dia dok panggil Adam. So, biarkanlah dia," sampuk Faiq yang entah dari mana datangnya. Alina ketawa kuat. Jarang sekali adiknya itu mahu mengaku kalah. Laju sahaja bibirnya bercerita soal masa kecil mereka pada Ain. Tentang betapa degil dan keras kepalanya adiknya yang seorang itu.
Ain senyum sahaja mendengar. Sesekali dia melepaskan pandangan pada wajah Faiq yang jelas makin tak tentu arah bila rahsianya diungkap satu persatu oleh si kakak. Dan sungguh, Ain bahagia kerana menjadi sebahagian dari keluarga itu.
Labels: Bintang Jangan Pernah Pergi, BJPP, e-novel
Back to Top
|
Part 4: Bintang! Jangan Pernah Pergi
 PesanDariHati: Now let me let you know, You`ve opened my heart, I was always thinking that love was wrong, But EVERYTHING WAS CHANGED when you came along.
Wajah tenang lelaki itu dipandang lama. Biar terakam kemas setiap letak atur wajah itu dalam hatinya buat bekalan andai dirinya terpaksa melangkah dalam keterpaksaan suatu hari nanti. Sememangnya bukan itu yang dia harapkan, jauh sekali untuk didoakan. Namun, pengalaman mengajar dia untuk terus berhati-hati dalam menyayangi lelaki itu. Bukan sekali dua hatinya disakiti, namun itu belum cukup untuk membuatkan hatinya membenci lelaki yang satu ini. Biar tersiat halus pun, kasih dan cinta itu tetap buatnya. Malah kini, hatinya sudah bulat diserahkan pada lelaki itu. Lelaki yang kini bergelar suami.
"Awak, bangun wak. Dah dekat 6.30 pagi nieh. Nanti tak sempat nak Subuh pulak."
Perlahan dia mengejutkan Faiq, suaminya. Jauh di sudut hati, teringin benar dia untuk solat berjemaah dengan suaminya itu. Namun, sedar akan hakikat yang cuma dia yang bersungguh dalam perhubungan ini, Ain segera memadamkan angan. Lantas, nama lelaki itu dipanggil lagi sambil mengoncang perlahan tubuh itu. Dan kali ini, mata itu sudah mula berkedip perlahan melawan panahan cahaya lampu.
"Awak dah solat ke?" soal Faiq perlahan. Serak suara mengoncang hati perempuan milik Ain. Kalau dulu, suara itu sekadar didengari melalui corong telefon tapi kini jelas sekali menendang tulang-tulang osikelnya.
"Belum lagi. Baru nak solat nieh. Itu yang kejutkan awak dulu."
"Owh, kalau macam tueh awak tunggu saya sekejap yer. Kita solat sama-sama."
Ain terpana. Apakah lelaki ini mendengar permintaan hatinya sebentar tadi. Terima kasih Tuhan. Sememangnya inilah yang aku impi-impikan. Ain tersenyum sendiri. Bahagia benar rasa hatinya pagi itu.
*****
"Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku bersyukur atas segala nikmat dan kurnianMu ini Ya Tuhanku. Dengan itu Ya Allah, aku mohon kepadaMu. Kau berkatilah perkahwinan ini, Kau berilah kebahagiaan kepada kami, Kau limpahkanlah rezeki kepada kami dan seterusnya Kau berikanlah kami zuriat pengikat kasih kami.
Ya Rahman Ya Rahim, hanya kepadaMu kami meminta pertolongan. Kau berikanlah kami petunjuk dalam menyusuri alam rumah tangga ini. Kau redhakanlah hati kami dengan setiap dugaan yang bakal Kau datangkan kepada kami agar kami terus dalam ikatan suci ini."
Dalam hening Subuh itu, panjang sekali doa yang dipanjatkan dua hati itu kepada Yang Maha Pencipta. Dan ada hati yang terusik dengan bisikan doa itu. Sepanjang tangan ditadah, memohon doa pada Yang Esa, selama itu jugalah matanya singgah pada wajah Faiq yang ralit dalam doanya. Ya Allah, moga Kau permudahkan perjalanan ini wahai Tuhanku.
Usai doa diaminkan, huluran tangan suami disambut penuh rasa syukur dan bahagia. Lantas, tangan itu dicium dan dahinya menjadi tempat singgah bibir suaminya untuk kali yang kedua. Terima kasih Ya Allah, kerana Kau izinkan aku untuk merasai betapa indahnya perasaan ini. Betapa bahagianya hatiku ini bila diperlakukan sebegini oleh suami sendiri. Terima kasih Ya Tuhanku.
Perlahan, Ain menanggalkan telekung yang tadi membaluti tubuhnya. Dilipat kemas telekung itu lalu disidai ditempat yang sepatutnya. Kemudiannya, dia mencapai sejadah yang digunakan mereka berdua lalu disidai di tempat yang sama. Dilihatnya, Faiq sudah pun menarik tualanya lantas membawa langkah ke bilik air. Terus sahaja Ain menyediakan pakaian buat suaminya sebelum melangkah keluar dari bilik.
Anak tangga itu dituruni perlahan. Lalu, langkah dibawa ke dapur yang sudah terang benderang. Pasti, ibu sudah mendahuluinya. Dilihatnya, ibu sedang memotong sayuran dan kepingan ayam.
"Assalamualaikum, bu."
Ibu mengangkat wajahnya lantas tersenyum. "Waalaikumsalam, Ain. Awal pagi nieh?"
Ain tersengih malu.
"Ibu nak masak apa pagi nieh? Biar Ain yang buatkan." Cepat sahaja dia mengubah tajuk perbualan.
"Ibu ingat nak goreng nasi jerk. Boleh?"
Ain kerut dahi.
"Aik, apasal tak boleh pulak, bu?"
"Saja ibu tanya. Ain nak gorengkan ke?"
"Ok, pagi nieh biar Ain sediakan breakfast yer, bu. Ibu pergilah buat apa-apa yang patut kat depan tueh. Rehat pun bagus juga."
Ibu sekadar tersenyum melihat menantunya itu. Ligat sekali dia menjalankan kerja-kerja di dapur itu. Dalam hati, dia memanjatkan doa buat anak dan menantunya. Semoga bahagia hendaknya kalian berdua.
*****
"Bu, lain rasa nasi goreng ibu pagi ni. Kenapa eh?" soal Faiq tiba-tiba. Padanlah berkerut sahaja mukanya. Rupanya sedang membezakan rasa.
"Kenapa? Tak sedap ke?"
"Ibu nieh. Sedap! Tapi, lain rasanya. Tak macam selalu."
Beria-ria benar Faiq ingin menyampaikan rasa lidahnya itu. Sudah tentulah lain rasanya bila yang memasaknya juga adalah orang lain.
"Ain yang gorengkan nasi nieh. Bukannya ibu."
Terhenti pergerakan tangan Faiq. Cepat-cepat dia menoleh ke arah isteri di sebelahnya. Seakan tidak percaya pada kemampuan isteri sendiri.
"Bukan Ain tak pandai masak ke?"
Amboi! Tak sayang mulut punya soalan.
"Belajar pelan-pelan la, cik abang oit. Takkan selamanya tak pandai. Kan ibu kan?"
Abang? Tersedak Faiq dibuatnya. Cepat sahaja Ain menghulurkan segelas Milo buat suaminya itu. Juga digosok perlahan belakang Faiq buat penghilang rasa sedaknya.
"Ayah tahulah yang nasi goreng tueh sedap. Janganlah gelojoh sangat Faiq oit!," usik Encik Adnan sambil tersenyum kecil. Puan Atifah di sebelah juga sudah tersenyum semacam. Faiq pandang Ain lama. Ain sekadar tersengih. Faham sudah maksud pandangan suaminya itu.

Part 3: Bintang! Jangan Pernah Pergi
 PesanDariHati: Berlalu sudah hari semalam dan saya akan biarkan ianya pergi dengan hati yang redha. Saya sedar hati saya sedang sakit sekarang kerana tetap mahu mengingatkan kamu. Lalu, biarkan saja saya di sini agar mampu saya lepaskan rasa itu.
Usai mengemaskan katil buat suaminya, sehelai comforter dicapai oleh Ain lalu dihamparkan di atas permaidani bersebelahan dengan katil. Selepas itu, Ain mencapai sebiji bantal dan sehelai selimut lalu dibawa pergi ke tempat comforter itu terhampar. Laju sahaja dia membaringkan tubuhnya lalu menarik selimut hingga ke paras dada. Belum pun lima minit berbaring, Ain bangun kembali. Mengatur langkah ke almari baju berdekatan. Dibuka dan dicapai sesuatu.
Hah! Teddy bear? Faiq ketap bibir menahan tawanya. Sedari tadi, sengaja dia pura-pura asyik dengan buku di tangan. Padahal, matanya ligat memerhatikan gerak-geri isterinya. Kata redha berkahwin dengan aku, tapi nak tidur bawah juga. Apa kes?
'Dia memang redha berkahwin dengan kau, Faiq. Tapi kau redhakah untuk terima dia sebagai isteri?' Ada suara jahat menyapa hatinya. Faiq bungkam. Perlahan dia menganalisa juga suara jahat tadi. Redhakah dia menjadi suami kepada Nurul Qurratu'Ain? Tegakah dia untuk terus setia pada isterinya itu?
"Kenapa awak tidur dekat situ? Apa katil yang saya sediakan tueh tak cukup besar ke untuk awak?" soal Faiq selamba. Sengaja dia menegur Ain sebaik sahaja melihat Ain mengubah posisi baringnya. Dia tahu yang Ain belum terlena.
Ain pura-pura lena. Terasa malas benar untuk menjawab soalan dari lelaki itu walaupun selama ini memang suara itu yang sering mahu dia dengarkan.
"Saya jadikan awak sebagai isteri saya supaya saya ada teman tidur. Baik awak bangun dan tidur atas katil tueh sekarang sebelum saya cempung awak naik atas katil," usik Faiq lagi. Sengaja dia mahu menduga si isteri.
Ain telan liur. Biar benar si Adam nieh. Ahhh, biarkan saja. Dia bukannya berani pun. Dan saat ayat itu terdetik dalam hatinya, saat itu juga telinganya menangkap bunyi derap tapak kaki yang semakin dekat menghampirinya. Terasa ada sebiji lagi bantal diletakkan bersebelahan. Lalu, dia buka mata. Melutot matanya memandang sengihan Faiq yang sudah pun sedia terbaring di sebelahnya. Spontan, badannya tegak. Terkejut dengan perlakuan Faiq.
"Yang awak pandang saya serupa nampak hantu tueh kenapa?"
"Awak tidur la kat atas sana. Sini tempat saya."
"Suka hati sayalah nak tidur mana pun. Ini bilik saya dan yang kat sebelah nieh pulak isteri saya. So, tak salahkan?" balas Faiq sengaja menekan pada perkataan bilik dan isteri itu.
Ain ketap bibir.
"Sekarang saya bagi awak buat pilihan sama ada awak nak naik atas katil dan tidur sebelah saya dan saya janji saya tak akan buat apa-apa pada awak atau nak saya tidur kat sini dengan awak tanpa dapat saya bagi jaminan yang saya tak akan apa-apakan awak?"
Ain jeling Faiq. Biar benar lelaki ini? Takkanlah.
"Cepat!"
"Yelah. Yelah, saya naiklah. Ingat janji awak tueh," jawab Ain perlahan lalu bangun. Dan di tangannya masih terpaut erat teddy bear miliknya yang entah bila diseludup masuk ke bilik ini. Dan cepat sahaja Faiq menarik teddy bear itu dari tangan Ain.
"Bak la balik Bobo saya!" Marah Ain.
"Oit, Puan Nurul Qurratu'Ain binti Nazim. Saya kahwin dengan awak saja tau. Bukan dengan Bobo awak nieh sekali. So, Bobo nieh saya simpan," balas Faiq lalu membawa pergi teddy bear itu dan diletakkan kembali di dalam almari. Selepas itu, laju sahaja dia menghampiri katil lalu berbaring di sebelah isterinya namun tetap dipisahkan oleh sebiji bantal peluk.
Dalam gelap, Faiq tersenyum sendiri. Rasa lucu mengeletek hatinya. Penakut juga isterinya itu rupanya. Siap dibawa teddy bear lagi sebagai bodyguard. Ain.. ain... hatinya mengucap sebaris nama itu. Dan ada ketenangan meresap jauh ke dalam hati lelaki milik Muhammad Adam Faiq.

Part 2: Bintang! Jangan Pernah Pergi
 PesanDariHati: Ada rindu yang sedang menggunung tinggi buat kamu. Lantas, garapan ini sahaja buat pengubat rasa itu, sayang. Kalau hatimu tidak tenang sekarang nie, percayalah saya sedang merasakan itu.
"Aku terima nikahnya Nurul Qurratu'Ain binti Nazim dengan mas kahwinnya seratus seringgit tunai."
Dengan sekali lafaz, maka sahlah mereka berdua sebagai suami dan isteri. Satu ungkapan yang sukar diucap dengan kata-kata. Serentak itu juga, ada setitis mutiara jernih jatuh menodai pipi putih bersih milik Ain. Betapa dia bahagia kerana menjadi isteri buat lelaki itu. Betapa dia tega membiarkan hatinya terluka asalkan dia mampu menjadi isteri buat lelaki itu. 'Awak, saya cuma mahu menjadi isteri awak lalu membenarkan hati saya untuk terus menyayangi awak seumur hidup saya,' desis hati Ain saat anak matanya kaku pada si suami yang sedang menunaikan Solat Sunat selepas Nikah berserta sujud syukur itu.
"Ya Allah, berkatilah rumah tangga kami ini dan KAU bahagiakanlah kami," ucap Ain dalam nada paling perlahan.
Huluran tangan sang isteri disambut perlahan lalu disarungkan sebentuk cincin bermata zamrud. Usai itu, tangan itu disalami lalu dicium sekali lalu oleh sang isteri dan dibalas dengan ciuman di dahi oleh sang suami. Gelak tawa dan usik mengusik dari saudara mara menceriakan suasana. Berkali-kali adegan itu diulang suruh oleh mereka atas alasan; Tak sempat dicapture oleh camera. Padahal, rasanya sudah berpuluh kali panahan flash menyapa batang tubuh mereka suami isteri.
******
"Adam?" sapanya usai mendengar nama penuh lelaki itu ketika sedang memperkenalkan dirinya. Faiq mengangkat mukanya.
"How dare you call me, Adam? Takde sesiapa pun pernah panggil saya dengan nama itu dan saya tak suka dipanggil dengan nama itu."
Ain ketawa kecil. Lucu mendengarkan pengakuan lelaki itu.
"Suka hati sayalah nak panggil awak dengan nama apa pun. Adam itu nama awak juga kan? Dan saya lagi suka panggil awak, Adam daripada Faiq." Tenang sahaja Ain membalas pertanyaan 'garang' Faiq sebentar tadi.
"Huh!"
Ain tersengih sendiri saat mindanya mengulang tayang peristiwa empat tahun dulu. Saat pertama kali dirinya bertemu dengan lelaki bernama Muhammad Adam Faiq itu. Belum panas pun kerusi yang diduduki oleh mereka berdua, sudah tercetus pergaduhan gara-gara nama panggilan sahaja. Dan masih jelas lagi kedengaran di telinganya, rungutan tidak suka lelaki itu. Tapi, siapa peduli kan?
"Awak nieh sihat ke tidak? Tersengih-sengih saja dari tadi," soal Faiq sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik mereka. Bilik mereka? Faiq telan liur. Benarkah mereka kini sudah bergelar suami isteri? Ahh, sudah Faiq. Kau jangan nak buat hal pulak. Kau yang beria-ria mahukan Ain sebagai isteri. Untuk apa? Entah, dia sendiri kurang jelas dengan permintaan hatinya itu. Yang dia tahu, dia mahu mengikat hati itu.
"Lorh, sejak bila pula saya tak boleh sengih? Apa haram hukumnya untuk tersengih ke bila duduk dalam bilik nieh?"
Faiq mengalih pandangannya. Ain tak pernah takut untuk menjawab soalannya dengan jawapan-jawapan 'perli' sebegitu.
"Apa-apa jelah. Malas saya nak layan awak. Mandi lagi bagus," jawab Faiq malas untuk melanjutkan perbualan mereka. Badannya sudah terasa melekit benar setelah seharian dengan baju melayu berwarna putih mutiara itu.
"Tuala dengan kain pelikat dah saya letakkan atas kerusi tueh. Saya turun bawah dulu," balas Ain lalu mengatur langkah untuk keluar dari bilik. Laju sahaja dia melangkah lantas menutup pintu bilik yang kini dihuni mereka berdua. Ya, hatinya terasa, Itu sahaja. Lantas, membawa diri adalah jalan terbaik sebelum rajuknya menjadi barah dalam hati.
Dan Faiq pula terkaku seketika. Dia perasan raut wajah itu berubah saat mengangkat punggung dari sisi katil. Dia sedar. Terasa hatikah isterinya itu? Lalu, matanya tertuntas pula pada tuala berwarna biru dan kain pelikat yang sudah tersedia. Terima kasih, isteriku. Ada senyum di hujung bibirnya saat melangkah ke bilik air.

Part 1: Bintang! Jangan Pernah Pergi
 PesanDariHati: Mengarap satu kisah dari pengalaman. Meminjam satu karakter dari dia yang begitu dekat dalam hati saya sendiri. Awak, saya mahu mengenang semuanya tentang awak dalam cerita ini. Izinkan saya, ya! Di atas bangku itu, dia merenung sehelai kelopak bunga yang baru gugur dan jatuh di atas telapak tangannya. Kelopak yang berwarna merah jambu lembut itu diusap perlahan dengan hujung jari jemarinya. Lama sekali perlakuan itu diulang. Lantas, dia telan liur. Bunga itu bunga kesayangan isterinya. Dan berada di bumi ini adalah impian gadis kesayangannya itu. Biar seribu kali dibawa ke sini, ianya tetap akan jadi yang pertama buat gadis itu. Lantas, jauh sekali angannya melayang pada peristiwa yang berlaku hampir setahun yang lalu.
"Arigatou ne (terima kasih), sayangku!"
Jelas sekali keceriaan yang terpancar dari panahan mata gadis itu. Matanya bersinar-sinar memandang keindahan yang sedang berlangsung di hadapannya. Betapa sudah lama dia mengimpikan untuk menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri tentang keindahan musim bunga di bumi Jepun itu. Menyaksikan gugurnya kelopak-kelopak sakura ke permukaan tanah. Saat itu, terasa bagaikan sedang berlakon bersama-sama dengan Ikuta Toma dan Narumi Riko sahaja untuk drama Jepun; Honey and Clover. Dan sekali lagi, bibir comel itu mengungkap kata terima kasih kepada suaminya.
Langsung, Faiq merasakan tak ingin walau sesaat pun mengalihkan pandangannya dari memerhatikan momen terindah itu. Wajah di hadapannya itu jarang sekali menunjuk riak wajah sebegitu. Biasanya, wajah itu sekadar redup memandang sambil dihiasi seulas senyuman nipis. Cukup nipis! Dan bumi Jepun itu menjadi saksi perginya mood 'dingin' gadis itu.
"Gomen-nasai (maaf), sayang."
Faiq meraup wajahnya. Tangisnya kini tiada berlagu lagi. Kesalnya juga kini mengunung tinggi. Sedar akan betapa kejamnya dia menyiat-nyiat hati seorang isteri yang sanggup mengabdikan seluruh ruang hidupnya buat suami tercinta. Dan suami yang tidak tahu bersyukur itu pastinya dia; Muhammad Adam Faiq bin Adnan.
Isteriku, kalau sahaja kamu tahu betapa aku mencuba untuk membahagiakan kamu. Betapa aku berusaha untuk tidak menyakiti hatimu namun aku selalu kalah pada ketenangan kamu, kekuatan kamu dan juga ketahanan kamu menghadapi semua ini. Keegoanku bagaikan tercabar setiap kali melihat kamu dengan tenangnya mampu menghadapi diriku tanpa setitis airmata pun. Aku sedar duhai isteri. Ketenangan, kekuatan dan ketahanan itu dibaja oleh siapa lagi jika bukan suamimu ini. Bukankah begitu, sayang?

Blurb: Bintang! Jangan Pernah Pergi

" I praise Allah for sending me you my love, You found me home and sail with me, And I`m here with you, Now let me let you know, You`ve opened my heart, I was always thinking that love was wrong, But everything was changed when you came along..."
For The Rest of My Life | Maher Zain
Bintang! Jangan Pernah Pergi; ianya bukan sekadar satu cerita. Bukan jua sekadar satu kanvas untuk mencoretkan imaginasi yang tertumpah tetapi ianya adalah satu cerita tentang rasa yang telah ditinggalkan mati oleh seseorang. Cerita tentang impian dan harapan yang telah terlerai tanpa satu sebab yang nyata. Ianya bagaikan sebuah hamparan kenangan untuk semusim yang telah berlalu. Diolah dengan rasa dan digarap dengan cebisan kenangan yang tersisa dalam suasana yang lebih dekat dan diredhaiNya. Ianya adalah satu rasa yang kadangkala terlalu payah untuk diungkap dengan kata dan perkataan. Menulis bab demi bab, bagaikan merangkai satu demi satu rasa. Bagaikan mengungkap rasa itu dalam satu situasi agar mudah untuk difahami dan dimengertikan oleh orang lain. Tidak! Bukan aku mohon semuanya mengerti. Aku sekadar mahu untuk menyimpan kenangan itu, rasa itu dan semua yang aku alami agar satu hari nanti, aku mampu untuk mengenang semua rasa-rasa itu. Dan untuk si dia, terima kasih untuk semua rasa ini. Akan saya simpan sampai mati. =) Muhammad Adam Faiq ♥ Nurul Qurratu'Ain

tagboard.
|
archives.
By post:
ps: ily
Part 32: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 31: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 30: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 29: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 28: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 27: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 26: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 25: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 24: Bintang! Jangan Pernah Pergi
By month:
May 2009
June 2009
August 2009
December 2009
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
May 2011
|
affiliates.
Credits
Layout: Mary
Colours: refuted
Host: blogger
|
author.
Seorang gadis yang cintakan bahasa, gemar berimaginasi dan suka menulis dengan tujuan untuk mengabadikan semua rasa yang pernah dilalui. Sekadar diolah mengikut situasi dan digabungkan untuk satu jalan cerita.
|