DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater
Que Sera, Sera - Part 1
Dia bungaku. Dia kekasihku. Dia kesayanganku Dan kini, dia bukan milikku. Kenapa sayang? Kenapa jadi begini? Kau pergi saat hati menyulam rasa. Kau tinggalkan aku saat hati berbunga cinta. Kau menghilang saat ku yakin kau milikku. Hari ini, hatiku berderai bak kaca. Buat kesekian kalinya, aku terluka. Mencantum kembali serpihan berkaca buat hatiku terguris luka.
Erat sekuntum ros merah jambu itu digenggam. Lama dia mengusap-gusap bunganya yang tak pernah layu dimamah masa. Tajam pandangannya pada bunga ros merah jambu yang diperbuat dari kain itu. Itulah kesayangan Alyaa Hannani. Gadis kesayangannya yang kini telah jauh pergi meninggalkan dirinya. Akif meraup mukanya. Air matanya terlalu murah untuk gadis itu. Dan dia sedar, itulah harga yang terpaksa dibayar atas semua perbuatannya pada Alyaa Hannani. Itulah derita yang harus dia rasakan sebagaimana Alyaa pernah merasainya. Lama pandangannya tertacap pada sekeping kertas dari helaian-helaian diari biru milik Alyaa. Di antara helaian itulah, Alya meletakkan bunga ros merah jambu itu. Berulang kali dia membaca puisi luahan hati gadis bernama Alyaa. Ya, Alyaa yang dia kenali memang tak pernah berubah. Dari saat mula dia mengenali gadis itu sehinggalah ke saat terakhir dia bersama gadis itu. Gadis itu terlalu kaya dengan bahasa puisinya. Gadis itu terlalu menghargai keindahan bahasa. Hidupnya dipenuhi oleh puisi dan lagu. Itulah Alyaa Hannani. “ Abang... nak dengar puisi baru Lya?” Mendengar pertanyaan itu, Akif pantas memusingkan badannya mengadap gadis berbaju kurung biru lembut itu. Mengangguk tanda sudi menadahkan telinganya mendengar bahasa indah karangan gadis bermata bundar itu. “ Ku kenal kamu, ku tahu itu kamu, ku sedar dirimu bersamaku, Walau kadang hadirmu bersama bayu panas, namun ku tetap mahu kamu. Kerana kamu, aku bisa bernafas. Kerana kamu, aku bisa hidup bersama kesayanganku. Terima kasih kamu, duhai angin. Bertiuplah selalu. Damaimu menenangkan aku.” Usai sahaja gadis itu membacakan puisinya, Akif menarik nafas panjang dan menahan nafasnya. Alyaa kehairanan. “ Kenapa abang tahan nafas?” Akif buat tak dengar. Masih lagi menahan nafasnya. “ Abang, sudahlah tu. Angin bukan untuk ditahan di dada tapi untuk dihembus setiap masa. Barulah abang boleh rasa kedamaiannya.” Petah sahaja bibir kecil itu mengungkap kata-kata. Akif tersenyum. Dia suka sekali mendengar setiap butir yang keluar dari bibir Alyaa. Lembut dan indah sahaja kedengarannya. Ahh, atau mungkin itu hanyalah rasa kerana dia menyayangi gadis di hadapannya itu. Bak kata Zaizul, hati kalau dah sayang semuanya terasa indah. Bau kentut pun boleh terbau wangi. “ Lya nieh asyik menulis puisi saja. Bukan ke Lya dah nak final? Tak study ke? Abang tahu Lya minat puisi tapi jangan sampai alpa dengan puisi. Dulu abang suruh ambik course Pengajian Bahasa, Lya tak nak. Tetap jugak nak Architechure. Tetap juga nak bertemankan pensel dan pembaris. Tapi, macam tak sungguh-sungguh jer,” ujar Akif sambil memandang Alyaa yang sedang menyisip air kotak berperisa Laici kesukaannya. “ Alah abang nieh. Puisikan boleh tulis di mana-mana,” balasnya membela diri. “ Memanglah boleh tulis di mana-mana. Tapikan menulis itu tetap perlukan pemikiran. Itu maknanya Lya tak fikirkan soal pelajaran tapi asyik fikirkan puisi,” ujar Akif cuba untuk mencantas. “ Ahh abang nieh. Mengarutlah. Puisi itu hadirnya sendiri. Tak payah difikir, tak payah ditunggu. Sebab itu, bahasanya indah. Tak hipokrit, tak menipu. Apa yang ditulis itulah yang dirasa.” Akif terdiam. Dalam diam, ada hati yang terasa sayu. Ada nada berlirih duka. Gadisku, hidupmu penuh dengan keindahan. Baik bahasamu, begitu juga dirimu. Maafkan aku andai akulah penyebab keindahanmu pudar. “ Kenapa abang diam? Dah tak ada modal ke?” tanya gadis itu sambil tersenyum nipis. “ Abang nak kasi chance Lya menang jer. Kalau tak nanti abang jugak yang nak kena pujuk. Baik abang kalah jerk,” balasnya tidak mahu kalah. Alyaa mencebik. “ Lya, lapar tak?” Alyaa memandang Akif lama. “ Soalan apetah. Nie yang dok menjamah pisang goreng nieh, ape? Bukan makan ke namanya?” Akif tersengih. “ Ini minum petang. Kejap lagi, lepas Maghrib temankan abang boleh? Kita keluar makan eak?” ajaknya bersungguh-sungguh. “ Malas la, Lya. Lagipun kan abang dah janji nak hantar Lya balik hostel kejap lagi. Takkan nak stay kat sini sampai Maghrib pula. Nanti ape pulak cakap akak abang tueh,” balas Alyaa cuba mengelak. Akif muncung. “ Kalau tak sudi, cakap jelah. Tak payah nak berkias-kias macam tu.” Kini, giliran Alyaa pula terpana dengan kata-kata Akif. “ Bukan macam tu. Lya segan la nak berlama-lama kat sini,” ujarnya cuba untuk menunjukkan kebenarannya. Bukannya dia tak nampak reaksi Aqilah, kakaknya Akif saat mereka sampai sekejap tadi. Pandangannya satu macam. Bukan pandangan tidak suka tapi lebih kepada pandangan pada orang yang dikasihani. Entahlah, mungkin itu cuma perasaannya saja. Lama matanya jatuh pada wajah kesayangannya itu. Akif juga sama-sama diam. Membalas pandangan mata Alyaa yang polos. ‘Ini bukan masa untuk menyakiti hatinya, Kif! Bukan saat ini.’ Ada suara berbisik di hatinya. “ Yelah, sayang. Tapi Lya kena benarkan abang tengok Lya berlatih piano,esok. Lepas tu, Lya temankan abang makan. Boleh?” Alyaa ketap bibir. Lama dia memandang Akif. Perangainya lain macam dua tiga hari ini. Tingkahnya bagaikan tiada lagi hari mendatang untuk mereka bersama. Dan jika hukum agama tidak membataskan pergaulan mereka, rasanya semahunya Akif bersamanya setiap masa, ke mana jua. “ Abang nieh, kenapa? Lain macam jer Lya tengok. Macam dah tak boleh nak jumpa minggu depan ke, bulan depan ke...” Akif tersengih. Sengaja malas mahu menjawab. Sengaja mahu buat Alyaa serba-salah. “ Yelah, yelah. Esok datanglah tengok. Latihan pukul 9.00 pagi,” sambung Alyaa mengalah. Akif tersenyum akhirnya. Namun, ada luka terguris di hatinya. “ Memang dah tiada minggu depan untuk kita, Lya,” ujarnya perlahan. Sangat perlahan. “ Apa abang cakap?” tanya Alyaa yang kurang jelas. “ Hah! Abang cakap ape?” Akif terpinga-pinga. Dalam hati, dia mengutuk dirinya sendiri. “ Tak apa-apalah, sayang. Saja jer abang mengomel,” ujarnya menutup kegelisahan hati. ‘Maafkan abang, sayang.’ Hatinya merintih perlahan. Namun, kata-kata itu sekadar tersimpan jauh di sudut hatinya. “ Tadi kata nak balikkan? Jomlah, abang hantarkan,” sambung Akif lagi. Alyaa mengiakan lantas segera mengabiskan sedutan terakhir air kotaknya. Elok sahaja minumannya habis, muncul Aqilah bersama anak comelnya. “ Lya balik dulu ya,” ucapnya sambil menyalami tangan lembut itu. “ Yelah, jaga diri baik-baik. Nanti kalau senang-senang, ada masa datanglah lagi. Tak perlu tunggu Akif. Kalau rasa nak datang, datang saja. Akak sedia terima kedatangan Lya,” ujar Aqilah panjang lebar. Akif tersentak dengan kata-kata kakaknya. Dia sedar Aqilah cuba membantunya. Tapi dia yang tidak sanggup. Dia yang tidak sanggup untuk menyakiti hati gadis selembut Alyaa. “ Apa lagi yang kamu menungkan tu, Kif?” Pertanyaan Aqilah buat Akif tersentak. “ Ala kak. Dia memang macam tu sehari dua nieh. Termenung aja kerjanya. Macam orang ditinggalkan bini jerk gayanya,” tambah Alyaa mengusik. Akif tersenyum kelat. Terusik dengan kata-kata Alyaa. “ Dah la tu. Dah nak Maghrib nieh. Kif, hantarkan Lya balik. Lepas tu, terus balik rumah. Abang Lan kata ada hal sket dia nak bincang dengan kamu nanti,” ujar Aqilah menyelamatkan suasana. Makin dibiarkan karang, lain pula yang jadi. Cepat-cepat Akif membukakan pintu untuk Alyaa. Seusai Alyaa memasuki kereta, cepat sahaja dia menutup pintu lalu bergegas ke bahagian pemandu. Memasuki kereta lalu meneruskan pemanduannya. Alyaa di sebelah ralit dengan radio Hot.Fm kegemarannya. Ralit dengan lagu yang sedang dimainkan. Camelia, maafkanlah aku Kerna ku tak bisa temani tidurmu Camelia, lupakanlah aku Jangan pernah lagi kau temui aku
Kau wanita terhebat Yang pernah singgah di hatiku Kau wanita yang tegar Aku mohon lupakanlah aku
“ Sedap lagu nieh, kan abang? Tapi sayang, lagu sesedap ini hanya untuk memberitahu kekasihnya tentang kebenaran. Kebenaran yang menyakitkan. Tak dapat Lya bayangkan macam mana perasaan kekasih dia bila tahu tentang kebenaran tu,” ujar Alyaa panjang lebar. Itulah Alyaa. Telinganya mendengar. Hatinya mentafsir. Akif memandang gadis di sebelahnya tanpa membalas pertanyaan Alyaa. Berat hatinya untuk mengungkap kata-kata. Bagai mengakui kata-kata Alyaa, Akif mengeluh. Ya Allah, inikah balasan yang harus aku terima kerana perbuatan masa lalu. “ Kenapa abang?” Akit tersentak. “ Kenapa ape? Soalnya kembali. “ Kenapa abang mengeluh? Lya jarang dengar abang mengeluh tapi hari nie Lya asyik dengar jer. Kenapa yer?” soal Alyaa perlahan. Bukan sekali dia mendengar keluhan Akif. Bukan juga dua kali tapi sudah berkali-kali sejak mereka bertemu tengah hari tadi. Akif terdiam lagi. Sukarnya memyembunyikan kebenaran saat itu. Sukarnya untuk berdepan dengan seseorang yang terlalu disayangi. Dan seseorang yang bakal dia sakiti. “ Takde apa-apalah,sayang,” balas Akif pendek. Alyaa disebelah membisu. Lama matanya singgah pada wajah redup Akif yang sedang memandu. Entahlah, terasa lain benar Akif hari ini. Emosinya terlalu cepat berubah. Mula-mula dia boleh tersenyum dan ketawa tapi tak sampai seminit dia boleh kembali pada lamunannya. Hatinya terasa lain. Tapi cepat-cepat dia menepis segala perasaan tidak enak yang datang. Dan suasana dingin itu mengiringi mereka sehinggalah sampai di perkarangan Kolej Zabaa. “ Esok pagi abang datang lagi ek,”ucap Akif sambil tersenyum. Dia cuba untuk memancing kembali mood Alyaa. Dia kenal gadis itu. Bila Alyaa diam membisu begitu, dia tahu Alyaa menuntut penjelasan darinya. “ Takde apa-apa la, sayang.” Alyaa muncung seribu. “ Tipulah.” “ Takde apa-apa. Jangan risau! Esok abang datang tau. Kita breakfast sama-sama before Lya pergi latihan. Okey?” pujuk Akif lembut. Seraya itu, Alyaa tersenyum. “ Promise?” Akif tersenyum sambil mengangguk. “ Okey, Lya naik atas dulu. Kita jumpa lagi esok. Nanti sampai rumah, jangan lupa inform Lya tau. Bye abang. Assalamualaikum,” ujarnya sambil tersenyum. Alyaa segera menapak pergi sebaik sahaja Akif membalas ucapan salamnya. Dari kejauhan, Akif menghantar Alyaa dengan pandangannya. Mampukah aku berhadapan dengannya esok? Mampukah aku membahagiakan dia? Ya Allah, permudahkan jalanku. Akif meraup wajahnya. Terkesan air jernih di hujung matanya. “ Lya, abang sayang Lya...” lirih Akif perlahan. Labels: cerpen, Que Sera Sera
Back to Top
|
Cerpen: Mengintai Bahagia
Mengintai Bahagia; Lilylover a.k.a Nut Yaa
Jauh pandangan aku lepaskan dari sisi jendela kamarku. Mengintai terbang bebas si merpati... melawan arus angin. Meneroka hijau daun dan pokok dari gunung yang jelas kelihatan dari jendela kamar. Aku cuba melawan rasa hati sendiri. Gapaian cita-cita membawa aku ke sini. Berada di bumi ini... jauh dari keluargaku sendiri. Menongkah hidup yang aku sendiri tak tahu rentaknya lagi. Kuatkah aku? Masih jelas di ruang mata kala mataku mengekori pergerakan kereta Avanza itu. Rasanya macam hatiku turut di bawa pergi. Yang tinggal hanya jasad yang masih cuba memujuk diri agar meneruskan niat hati. Kolam mataku penuh. Ya, aku akui inilah pertama kali aku berjauhan dengan keluargaku. Dan tanpa aku sedari mutiara hangat itu perlahan menuruni pipi. Perlahan aku mengesat air mata sendiri. Duhai hati... tabahlah! Kuatlah! Kau di sini demi masa depanmu sendiri. Kau bohong wahai hati! Ada suara menempik kuat. Kau bohong! Jeritnya sekali lagi. Lantas mata aku pejam rapat. Cuma menangkis tuduhan suara itu tapi aku tak mampu. Ya, aku di sini. Membawa sekeping hati yang luka. Mengharap agar kelukaan ini sembuh... mencari bahagia untuk mengubati segala rasa hati sendiri. Mungkinkah kejayaan ini mampu melenyapkan kelukaan itu? “ Lya...” Ada suara memanggil namaku. Pantas aku mengesat sisa air mata lantas menoleh ke arah tuan empunya suara. “ Ya...” Perlahan sahaja aku membalas panggilan itu. “ Marilah kita makan... dorang dah balik tue,” ajaknya lagi. Lantas aku memanjangkan leher. Mengintai dari pintu melihat teman-teman serumahku yang sedang berkumpul di meja makan yang tersedia. Lantas aku mengekori langkah gadis dari Pantai Timur yang juga teman sebilikku. Orang pertama yang aku kenali tika mula menjejakkan kaki ke alam rumah ini... bilik kecil ini. Satu persatu wajah di hadapanku itu aku perhatikan. Masing-masing merenung nasi goreng bungkus yang kami beli di kedai berhampiran. Hanya sedikit yang dijamah... begitu juga nasi goreng ayam yang sebelum ini menjadi kegemaranku. Camca dalam tangan dipusing-pusingkan. Menguis nasi yang ada. Seleraku mati. Teman-teman lain juga begitu. Masing-masing membisu di hadapan rezeki. “ Aku kenyang la...” Jelas suara Noor memecah kesunyian antara kami. Semua mendongak... membisu seketika. Dan serentak itu juga, kami menolak bungkusan nasi masing-masing. Jelas kesuraman di wajah semua. _____________________________________________ Aku memandang teman-teman serumahku. Masing-masing diam membisu. Ada yang mengetap bibir. Ada juga yang cuba buat selamba. Sejenak aku terkenang tika kami mula-malu sampai ke sini dulu. Suasananya sama... tapi keadaannya berbeda. Kalu dulu kami membisu kerana teringatkan keluarga di kampung... tapi kini kami membisu mengenangkan perpisahan yang bakal berlaku. Esok... masing-masing akan membawa haluan sendiri. Setelah tiga tahun bersama... mengharungi suka duka, menempuh cabaran, melawan perasaan sendiri. Kini masanya sudah tiba. Langkah perlu diteruskan. “ Jangan la sedih weh... Kan kita dah habis belajar. Dulu suma tak sabar nak abiskan study. Ingat lagi tak time kita nak exam final sem satu dulu. Suma dah berazam tak nak repeat paper walau susah mana sekalipun paper tue. Dan sekarang kita dah berjaya. Tapi korang suma sedih nape?” Tujuh pasang mata tertumpu pada wajah Mia. Dialah yang paling ceria ketika itu. Dialah yang sedari tadi cuba untuk mengamatkan suasana. Dialah yang cuba mencetuskan tawa kami. Aku sedar dia menyembunyikan perasaan disebalik keceriaanya. Aku nampak itu dari dalam sinar matanya. “ Lya...surat ape nie?” tanya Fatin sambil mengeluarkan sekeping kertas yang dilipat kecil dari celahan dompet lamaku. Dompet yang aku bawa tika mula-mula mendaftar dulu. “ Bak sini...” Perlahan lipatan kecil kertas itu kubuka. Aku sendiri tak tahu ape isinya. Perlahan aku membaca tulisan tinta hitam itu. Kala ini kepedihan itu mengamit lagi. Entah kenapa pedihnya begitu terasa. Pahitnya terlalu perit untuk kutelan. Sehingga saat ini aku gagal melupai dia. Ya! Dia yang membawa aku mengenal dan mengerti hakikat sebuah cinta. Oh tuhan... kenapa aku mesti jatuh cinta? Kenapa aku mesti merindui dia? Telah sekuatnya aku cuba melupai dia tapi aku gagal. Benci yang kusemai tak tumbuh di hati, tak lekat di jiwa. Yang ada hanya rindu dan sayang yang tak pernah padam untuknya. Kadang-kadang aku benci perasaan itu. Benci sekali! Kenapa dia melukai aku? Tinggalkan aku tanpa sepatah kata yang bisa aku mengerti. Sepatah kata yang mampu membenihkan benci dalam hatiku.Dia memilih untuk menyakitiku. Memilih untuk membiarkan aku penuh tanda tanya. Kalau benar dia bencikan aku... katakan saja sepatah kata yang bisa melunturkan cinta di hati dan rindu di jiwaku.Tak tahan rasanya rindu yang berbekam di jiwa. Bilakah akan luput rindu padanya? Kembalikan sebahagian hatiku yang kau curi dulu. Tolong!!! Kembalikan ia padaku agar aku bisa merasakan kembali hangatnya cinta. Izinkan aku merasai perasaan itu kembali! Sungguh... aku ke sini bukan untuk menuntut cinta yang telah mati. Aku ke sini untuk menuntut kembali maruahku. Perginya aku suatu tika dulu bukan kerana merendahkan maruah sendiri... tapi pergiku untuk mencari harga diriku sendiri. Dan aku ke sini untuk itu!!! - Ain Nadylia...25 Oktober 2005 “ Apa nie Lya?” Jelas sekali pertanyaan itu menampan telingaku. Aku mengetap bibir. Akan terbongkarkan tujuan sebenar aku di sini? Seketika aku menatap satu persatu wajah di hadapanku. Wajah yang menuntut penjelasan dariku. “ Lya... cerita la pada kami. Apa tujuan kau datang sini?” soal Mia padaku. Dia yang tadi ceria kini bertukar reaksi. Perlahan aku membuka cerita lama. Cerita yang tak siapa pernah tahu... cerita yang selama ini menjadi rahsia diriku... Dan yang menanggungnya hanya aku! Perasaan aku! Jiwa aku! “ Jadi kau ke sini semata-mata nak balas dendam pada Faiz?” sampuk Mia lagi. Soalan itu bagai petir memanah bumi. Bagai guruh berdentum di langit. “ Tak! Bukan itu tujuan aku... Aku di sini untuk cita-cita aku! Aku punya impian sendiri. Aku punya keinginan sendiri. Yang aku mahu dari dia cuma penjelasan... itu saja. Aku tak betah hidup begini. Aku tak boleh hidup dalam tanda tanya. Aku perlukan jawapan untuk itu sekali pun jawapan itu akan melukakan hatiku sendiri. Salahkah? Puas aku merayu pada dia... katakan sesuatu yang boleh buat aku faham. Kalu kasar pun kasar la.. aku terima tapi dia tak. Dia pilih untuk diamkan diri. Dia seksa aku dalam diam. Dia tahu aku tak boleh begini tapi kenapa dia buat juga aku begini? Apa salah aku sampai dia seksa hati aku begini? Apa salah aku? Itu yang aku nak tahu. Kerana dia... orang pandang aku serong. Maruah aku Mia... maruah aku tercalar hanya kerana dia.” Perlahan aku mengelus pipiku. Mengelus sisa air mata yang sedari dulu menjadi teman setiaku... yang sudi membasuh luka di hati sendiri. “ Maruah? Mean?” Pertanyaan Fatin meruntun jiwaku. Perlukah kisah itu aku singkap kembali? Perlukah cerita luka itu aku ingat kembali? “ Aku ngan dia pernah bertunang... waktu tu dia dah abis degree. Dah kerja pun tiga bulan. Dia minta mak dia masuk bertanyakan aku. Family aku pula memang serahkan soal itu pada aku. Waktu tu aku semester last kat kolej time wat diploma. Aku terima dan family kami pun aturkan satu waktu untuk majlis pertunangan kami. Cuba korang bayangkan... semalam ummi dia sarungkan cincin di jari manisku. Tapi hari nie ummi dia datang nak putuskan pertunangan yang belum pun masuk usia 24 jam? Tuhan saja yang tahu perasaan aku tika itu... aku cari dia. Merayu pada dia... aku pinta penjelasan... tapi yang ada di hadapanku ketika itu hanyalah sebujur tubuh yang diam membisu... Orang kampung hina aku... dorang kata aku dah ditebuk tupai! Tuduhan itu yang mendera jiwa aku sampai sekarang... Tuduhan itu...” Fatin memelukku erat. Bagaikan faham dengan kepedihan yang melanda hatiku. Esak tangis aku lepaskan... puas sudah aku menanggungnya seorang dan hari nie... aku rasa sedikit lega. Sekurang-kurang ada yang sudi mendengar ceritaku. “ Lya... sekarang aku faham!” Esakanku terhenti. Faham? Apa yang Mia faham? Kerutan di dahiku menitip maksud dan Mia memahaminya. “ Sekarang aku faham kenapa kau diam bila Wan buka soal cerita cinta... dan sekarang juga aku faham kenapa kau menangis waktu graduation week last year. Faiz! Jawapan pada kebisuan dan titis air mata kau kan? Kenapa tak ceritakan pada kami? Sekurang-kurangnya kau sedar yang kau masih punya teman di sisi.” “ Entahlah Mia. Bukan tak nak cerita tapi setiap kali aku ingat kisah itu... Tuhan saja yang mengerti kepedihan yang aku rasai jauh di sudut hatiku...” Aku bangun lalu ke bilik air... mengambil wudhuk untuk menenangkan perasaan sendiri. Entahlah... seusai bercerita aku rasakan bagai hilang satu bebanan berat atas bahuku. Terasa ringan aku mengatur langkahku. ______________________________________________ “ Lya... kita pi shopping complex nak?” ajak Fatin. Mia di sebelahnya menyokong cadangan itu. Berkerut dahiku. “ Nak pi cari apa?” soalku. “ Alah Lya... Jomlah... boring la dok terperuk dalam rumah kau nieh. Kita datang sini nak berjalan kan??? Kau jugak yang cadangkan pada kita orang...mai bercuti kat negeri kelahiran kau nie...” Fatin mula menarik muka empat belasnya. “ Yelah...yelah... aku pi siap nieh.” Mia dan Fatin bersorak gembira. Takpelah... asalkan mereka gembira ianya tak menjadi masalah padaku. Seketika kemudian kami pun mengorak langkah ke Kinta City, shopping mall yang paling dekat dengan rumahku. Alah, dekat jer... jalan kaki pun sampai. “ Mula-mula kita minum dulu... Jom, masuk Starbuck!” ajak Mia sambil menarik tanganku. Ya Allah, macam tak pernah minum pulak budak-budak nie. Entahlah, aku pelik dengan kesungguhan mereka. Selalunya mereka sepertiku... tidak berapa gemar tempat begini tapi hari nie mereka ajak aku lepak sini. Errmm... berubah angin agaknya kot. Namun langkahku terhenti. Terhenti pada sekujur tubuh yang sedang duduk selang beberapa meja di sana. “ Mia... Fatin... minum tempat lain ek?” ajakku. Namun Fatin dan Mia tidak bergerak. “ Kami yang suruh dia datang sini!” “ Hah! Untuk apa?” soalku geram. “ Kembalikan maruah engkau!” balas Mia selamba. Aku ketap bibir. “ Apa khabar Lya?” Suara garau itu menyapa gegendang telingaku. Perlahan aku membalas sapaannya. “ Untuk apa Lya panggil abang ke mari?” soalnya lagi. Sekali lagi aku terpana. Aku panggil??? “ Sorry... Lya tak tahu apa-apa. Kawan-kawan Lya yang aturkan pertemuan nie...” balasku tenang. “ Ya.. abang tahu. Nak tuntut apa dari abang sebenarnya nie?” soalnya sinis. Tak guna... ingat aku nie ape? Takde maruah? “ Dah takde apa yang nak dituntut. Semuanya dah selesai. Jangan risau... Lya dah maafkan abang cuma macam yang Lya pernah minta sebelum nie.. jangan sakiti hati perempuan lain macam yang abang buat kat Lya.” Faiz mengerutkan dahi. “ Kawan Lya cakap Lya...” “ Takpelah... macam yang Lya selalu cakap pada diri Lya... untuk pujuk hati Lya. Abang dicipta bukan untuk Lya dan Lya pasti ada lelaki lain yang Allah SWT dah ciptakan untuk Lya. Dan Lya dah jumpa lelaki itu...” jelasku lagi. “ Bohong! Kawan Lya cakap...” “ Itu kawan Lya cakap tapi nie Lya yang cakap... hati Lya... Lya tahu apa yang Lya rasa... Dan sekarang izinkan Lya bina hidup Lya dengan insan yang sudi terima Lya seadanya Lya. Dan Lya doakan abang dengan dia bahagia...” “ Abang dah putus ngan dia... Lya, maafkan abang...” Perlahan saja suaranya. “ Jangan risau... Lya dah lama maafkan abang. Cerita kita dah lama berakhir. Maafkan Lya...” Perlahan aku mencapai beg tanganku dan sedia beredar dari situ. Namun langkah aku hentikan... Perlahan aku mengamit kedatangan Mia dn Fatin bersama dengan Safwan, bakal suamiku. “ Sebelum Lya balik... nie Lya nak kenalkan pada abang. Nie Safwan, bakal suami Lya... insyaALLAH kalau tak ada aral melintang... tahun depan kami bernikah. Apa yang Lya harap dari abang hanyalah doa... Dan Lya selalu doakan kebahagiaan abang. Dari dulu... Lya balik dulu.” Labels: cerpen
Back to Top
|
Cerpen: Penawar Kasih
Penawar Kasih; Lilylover a.k.a Nut Yaa
“ Dia hanyalah anak angkat adik Mak Long. Itulah istilah yang lebih lembut daripada anak pungut. Adik Mak Long tak pernah anggap dia anak pungut sebab adik Mak Long memang mahukan dia. Cuma emak kandungnya tak mahu beri dia pada adik Mak Long sekiranya tak diberi duit...” Aku mengetap bibir. Ada simpati yang bertandang jauh di sudut hatiku. “ Mak dia cuma nak duit sebanyak RM500...” tambah Mak Longku lagi. Melongo aku memandang Mak Long. Meminta kepastian akan kebenaran itu. Takkan sekecil itu nilainya seorang bayi? “ Betul... Cuma RM500! Sebab dah terlalu kepingin nakkan anak, adik Mak Long tu ikut saja. Tapi di mata adik Mak Long tu, nilainya terlalu tinggi. Hampir 20 tahun, adik Mak Long bela dia. Tapi umur adik Mak Long tu tak panjang. Dan tak sampai sebulan adik Mak Long meninggal, suaminya nak kahwin baru. Dia tak lagi dipedulikan. Dan dia juga tak mahu mak baru. Kebetulan, dia memang rapat dengan Mak Long. Sebab tu, mak Long bela dia sekarang ni. Lagipun, dia dah kerja. Dia cuma mahukan kasih sayang Mak Long. Itu saja...” Bicaraku mati. Dan pandanganku lama singgah pada seraut wajah milik Idzrul Nadwan yang sedang bermain game yang terdapat dalam Nokia 3230 miliknya. Cerita ibu saudaraku tadi benar-benar melahirkan simpati dalam hatiku. Tidak aku menyangka seraut wajah ceria yang menyambut kepulanganku lewat petang itu rupanya menyimpan seribu satu cerita duka. Tidak aku sedari kerana aku sendiri tidak pernah bertingkah bicara dengannya. Hanya senyuman yang menjadi penghubung antara kami bila saja pandangan kami bertaut. Padanlah pandai benar dia membawa dirinya. Mungkin dia sedar akan siapa dirinya. Makannya tidak pernah berkira. Apa sahaja yang terhidang, itulah yang akan dijadikan pengalas perutnya. Begitu juga tidurnya. Tiada rungutan bila sahaja bilik yang sebelum itu diduduki olehnya diambil alih olehku. Senang sahaja matanya terlelap walau sekadar berlapikkan sehelai tilam nipis dan sebiji bantal kabu juga sehelai selimut nipis di ruang tamu rumah kampung itu. -------------------------------------------------- Teko berisi teh aku bawakan ke ruang makan. Lantas, aku menyusun beberapa cawan ke dalam dulang lalu menuangkan teh O panas itu ke dalamnya. Sedang aku leka dengan kerjaku, Idzrul Nadwan menghampiriku. Beg plastik merah berisi bungkusan nasi lemak diletakkan di atas meja. Selepas itu, dia melangkah ke kabinet berisi pinggan lalu mencapai beberapa biji pinggan dan juga sudu. “ Abang Wan beli apa?” soal Nazmir, anak bongsu Mak Long sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Idzrul Nadwan. “ Hari ni, abang Wan beli nasi lemak sambal sotong. Alah, favourite Amir tu,” ujarnya sambil membuka bungkusan nasi lemak lalu diberikan pada Nazmir. Hah! Nasi lemak sambal sotong! Alamak... mati aku. Mau bengkak satu badan ni. “ Kenapa wak?” soalnya padaku pula. Ni first time dia tegur aku. “ Takde apa-apalah. Saya okay jer...” balasku menutup kelemahan diri. Ahh... lantaklah. Apa nak jadi, jadilah! Pantas aku mencapai bungkusan nasi lemak itu. “ Ehh... awak! Kan awak elergi sotong. Jangan la makan sambal sotong ni. Ni hah... saya dah belikan nasi lemak sambal ayam. Makan yang ni...” balasnya sambil menyerahkan bungkusan nasi lemak sambal ayam itu padaku. Eh... mana dia tahu aku ni elergi sotong. Apa dah dicop kat dahi aku ke? “ Mak Long bagi tahu ek?” serkapku pula. Dia tersenyum. “ Buat penat jer kalau kak Leeya dok fikir hal tu. Abang Wan ni istimewa sikit. Dia boleh tahu apa yang boleh and tak boleh pada seseorang tu,” sampuk Nazmir. Hah! Biar betul? “ Kak Leeya tak percaya ke?” Aku ragu-ragu untuk menjawab pertanyaan itu. Bimbang ianya akan menguris luka dalam hatinya. Dan tertanya-tanya juga aku, apakah ini anugerah Allah SWT pada insan bernama Idzrul Nadwan? Insan yang nilainya hanyalah RM 500! Ya Allah... indahnya kurniaanMu ini. Dalam kejutan, aku hadiahkan juga sekuntum senyuman untuknya. “ Leeya nak ikut mak Long tak?” sapa mak Long yang datangnya entah dari mana. “ Ke mana?” soalku pula. “ Rumah Tok Teh kamu. Nak mengurut kakinya yang terseliuh tu...” “ Kalau tak ikut takpe ke?” balasku lambat-lambat. “ Ikut kamu la. Mak Long tak apa-apa. Lagipun, Nazmir dan Nazmirah pun ada kat rumah.” Aku tersenyum. Bukannya apa, aku cuma keletihan. Tiga hari di Pantai Teluk Cempedak membuatkan aku betul-betul penat. Penat menguruskan perkhemahan anjuran tempat kerjaku. Dan alang-alang dah sampai sini, aku sengaja singgah ke rumah Mak Long. Mahu menghilangkan lelah dan penat kerana cutiku masih berbaki tiga hari. -------------------------------------------------- Pintu rumah kuselak perlahan. Tiada kelibat Idzrul Nadwan. Begitu juga dengan Nazmir dan Nazmirah. Pak Long dan mak Long pun tiada. Pantas, aku membawa pucuk paku yang kukutip berhampiran sungai ke dapur. Membersihkannya dan seterusnya memotongnya untuk dibuat pucuk paku goreng belacan. Yang lainnya sudah tersedia. Masak lemak cili api dan juga ikan masak singgang untuk Nazmir. Usai memasak, aku segera mengemas dapur. Namun, irama lagu My Heart dari telefon Nokia 3230 milikku membuatkan kakiku laju melangkah untuk mendapatkannya. Apa tidaknya... buah hatiku di hujung talian. Sedang berbual di hujung talian, tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku segera minta diri dan memutuskan talian sebelum cepat-cepat membuka pintu. Namun, langkahku mati bila sahaja terpandang empat orang lelaki berkopiah putih. Bulat mataku bila saja terpandang kelibat Idzrul Nadwan di belakang mereka. Yang pasti reaksinya sepertiku jugak. Alamak! Bala apakah ini? ----------------------------------------- Desiran bayu laut menampar lembut pipiku. Mataku pula menyongsong ke arah laut. Sesaujana mata memandang. Dan pandanganku tertancap pada kelibat camar putih yang terbang sebebasnya. Serentak itu, mutiara jernih menitis perlahan di pipi gebu. Ya Allah, beratnya dugaanMu untuk kutempuh! Mataku terpejam rapat. Cuba menghentikan titis-titis hangat itu. Namun aku gagal. Yang ada dalam bayangan hanyalah wajah bengis ibu dan ayahku dan juga wajah sayu Mak Long. “ Sampai hati Leeya buat ibu dan ayah macam nie... Ibu percaya Leeya. Tapi Leeya dah musnahkan kepercayaan ibu. Ibu takkan percayakan Leeya lagi! Leeya dah lukakan hati ibu...” Bait demi bait terdengar jelas di telingaku. Sungguh, peristiwa dua hari lepas masih menghantuiku. Dan hari ini aku di sini. Membawa sekeping hatiku yang luka. Sudahlah aku ditangkap dengan tuduhan berkhalwat. Kini, Azmir pula pergi meninggalkan aku. Arrggghh.. kenapa semua orang tak nak percayakan aku dan Nadwan. Sungguh! Kami tak buat apa-apa! Masih jelas di mataku pandangan suram Nadwan ke arahku seusai saja kami dinikahi malam itu juga. Dan malam itu juga menjadi malam terakhir aku melihatnya bila aku bertindak membawa diri. Tak siapa tahu aku di sini baik Nadwan yang jelas telah menjadi suamiku sendiri. Cuma harapku agar dia mengerti tindakan aku ini. Aku perlukan masa untuk semua ini. Moga aku masih dalam redha seorang suami. Namun, tepukan di bahuku mengejutkan aku. Pantas aku berpaling. Idzrul Nadwan! Benarkah dia? “ Kenapa muka Leeya macam tu? Terkejut tengok abang kat sini?” tegurnya perlahan. Mimik mukanya selamba saja. Aku mengangguk. “ Errrm... boleh abang duduk sini?” pintanya lagi. Aku memandang ruang kosong disebelahku. Dia suamiku dan dia ada hak untuk duduk di situ sekalipun tanpa keizinanku. “ Duduklah... nie kan tempat awam.” “ Memang tempat awam... tapi abang risau jugak. Maklumlah, yang kat sebelah abang nie perempuan. Manalah tahu kot-kot tak sudi ke... kang ada jugak mengamuk sebab pasal abang, buah hatinya lari,” ujarnya dengan riak serupa. Apa maksud kata-katanya itu? “ Dah memang lari pun...” Entah dari mana kekuatan... lancar sahaja ayat itu kuatur. Riak wajahnya berubah. Dan aku pula kelu! Kesal dengan kelancangn mulutku. Aku tak patut berkata begitu walaupun itu kenyataan. “ Maaf...” “ Bukan salah Leeya. Salah abang!” Aku makin tak mengerti. Lantas wajahnya kupandang. Mengharap penjelasan yang pasti. “ Abang tahu Leeya ada kat rumah waktu tue... Cuma abang tak jangka yang dia akan buat abang macam nieh...” Belum sempat dia menyudahkan bicara, amarahku kembali. “ Dah tahu kenapa balik? Kenapa libatkan Leeya dalam hal nie?” marahku. “ Maaf... Kalau pada Leeya, ini adalah pemusnah kebahagiaan Leeya. Tapi pada abang... inilah permulaan kebahagiaan abang. Penawar untuk semua kasih sayang yang pernah hilang dulu...” Aku makin tak mengerti. Apa pulak yang dia mengarut nie... “ I love you since the first time I saw you!” “ Wan!” “ Abang tahu cara abang salah. Tapi satu jer yang abang nak Leeya tahu. Abang dah jelaskan segalanya pada ibu dan ayah. Mak long dan Pak Long jugak. Dan mereka dah terima penjelasan abang. Sebab tu abang ke sini... tengok Leeya dan kalau boleh abang nak bawak Leeya balik dengan abang. Tapi abang tak boleh paksa... terpulang pada Leeya. Take your time! Abang tahu susah untuk Leeya terima... Abang akan balik pagi esok. Check out pukul 9. Kalau Leeya rasa Leeya dah maafkan abang... Leeya tunggu abang kat lobi esok pagi. Maaf sebab abang ganggu Leeya. Abang balik dulu...” ------------------------------------------ Dari jauh aku memandang susuk tubuh lelaki itu dari jauh. Lantas aku larikan pandangan pada jam di tanganku. 10.10 pagi. Melihat dia masih di situ, aku semakin yakin dengan hatiku. Ya Allah, permudahkanlah jalanku. “ Assalamualaikum...” Pandangannya jatuh ke wajahku lantas dia tersenyum. “ Waalaikumsalam...” “ Kata check out jam 9... buat ape lagi kat sini?” tanyaku. “ Abang tahu Leeya tak akan biarkan abang balik seorang. Betul tak?” Aku mula tak tentu arah. “ So... nak balik ke tak nie?” tanyaku kalut. Tanpa sedar aku telah tersilap bicara. Dan aku nampak segaris senyuman di bibirnya. “ Mestilah nak! Beg mana?” ujarnya dengan tawa. Aku ketap bibir. Geram dengan perlakuannya. Sengaja mahu mengundang merah di wajahku. “ Beg? Takde...” jawabku pendek. “ Marahkan abang... lari sehelai sepinggang jer ek...” Aku tersipu malu. Pantas, dia mencapai tanganku lantas mengatur langkah menuju ke kereta. Dan aku pasti, langkahku kini membawa bahagia.
Back to Top
|
Cerpen: Kalau Dah Jodoh
Kalau Dah Jodoh; Lilylover a.k.a Nut Yaa
Mataku melirik pada jam yang melekat di tanganku lantas tercari-cari kelibat seseorang tapi tiada tanda yang dia akan muncul. Hai… manalah abang ni. Tadi janji pukul lima tepat tapi ni dah lebih setengah jam ni. Aku mengubah posisi dudukku. Lantas, tanganku memperbetulkan tudung yang senget. “Assalamualaikum Yus,” sergah seseorang dari belakangku. Aku menghela nafas panjang. Kalau aku ada lemah jantung gerenti jalan. “Waalaikumsalam…” balasku pendek. Sudahlah datang lambat, lepas tu disergahnya aku macam aku ni si pekak. Eei…geramnya! Telingaku menampan tawanya. Aku sekali lagi tarik muncung. Geram dengan perlakuannya itu. “Dah macam todak la, dik. Tak comel langsung…” Mataku mencerun memandang Izwan yang sedang mengekek ketawa. Aku diam. Sahaja nak tunjuk protes. Selebihnya aku malas nak masuk campur. Kang tak pasal-pasal aku jugak yang makan hati. “Alah Yus... maaflah. Abang tahu abang lambat. Ada meeting last minute tadi. Abang ingat sekejap jer. Tapi tak sangka lambat pulak habisnya...” terangnya panjang lebar. Aku buat-buat tak dengar. Masih bersikap selamba sambil menguis-guis straw di dalam gelas minumanku. “Yus, tak kasihankan abang ke? Ni pun abang sampai cepat sebab abang tunggang road runner. Kalau tak mesti lagi lambat nie,” tambahnya lagi dengan muka selamba. Bagaikan benar saja kata-katanya itu. “Yus nak tengok road runner abang tak? Tu abang tambat kat hujung jalan tu...” Jari telunjuknya ditujukan ke arah hujung jalan. Aku terlepas tawa. Kalau dengannya, aku memang tak boleh merajuk lama-lama kerana dia punya banyak idea untuk mengembalikan tawaku. “Abang nak makan apa?” Dia memandangku hairan. Lama juga pandangannya jatuh pada wajahku sampaikan aku pula naik malu dengan pandangan itu. “Kenapa abang?” soalku agak risau. Aku ada tersilap cakap ke? “Yus nak belanja abang ke?” Selalunya kalau abang lambat abang yang belanja...” soalnya kehairanan. “Yus belanja abang bayar...Boleh?” “Erm...Yus belanja abang bayar... Okey!” balasnya seraya memanggil waiter untuk memesan makanan. Aku sekadar tersenyum melihat telatahnya. Memang lumrahnya selalu begitu. Baik dia awal dariku atau terlambat. Yang membayarnya tetap dia. Izwan Arief! Lelaki yang selalu memberi warna dalam hidupku. Aku akui aku senang bila bersamanya. Kata-katanya sentiasa mengundang tawaku. Malah, aku rasa selamat bila bersamanya. Mungkin kerana dia abang sepupuku. "Hello Yus... Dah melancong sampai ke mana tu?” Aku terpinga-pinga. Merona merah mukaku dibuatnya. Saat itu mahu sahaja aku masuk bawah meja dan tak mahu keluar lagi. Malunya! Izwan ketawa kuat. “Yus pergi mana tadi?” Aku gigit bibir. Mahu menahan rasa geram. Sengaja nak buat aku malu. “Yus baru nak naik kapal terbang abang dah kacau...” balasku sengaja. Mahu menutup ruang dari terus mentertawakan aku. “Nak pergi mana?” soalnya serius. Yus main-main jer. “Tak pergi mana-mana lar... Yus ni manalah ada duit nak melancong, bang. Yuran pengajian pun MARA yang tolong bayarkan. Lainlah kalau ada orang nak bawa Yus melancong...” ucapku seraya ketawa kecil. Namun, pandangan Izwan mematikan terus tawaku. Dab aku mula rasa gelisah dengan suasana itu. “Yus nak ke mana? Cakaplah... abang boleh bawakan.” Aku ketawa perlahan. Lucu mendengar kata-katanya. Tahulah yang dia tu eksekutif... Kang dia bawa aku jalan-jalan bila balik terus patah leher aku kena karate dengan makwe dia. Tak pasal-pasal aku melancong lagi. Ke batu dua... “Yus main-main jelah, bang. Nanti tak pasal-pasal abang bergaduh dengan girlfriend abang...” “Girlfriend abang? Yang mana satu?” soalnya serius. Aku tercengang. Yang mana satu? Dia ni banyak girlfriend ke? Tah-tah dia siap buat koleksi lagi. Aku ni termasuk dalam short list tu jugak ke? Mentang-mentanglah dia banyak duit... eksekutif katakan. "Abang banyak girlfriend ke?” Dia mengangguk perlahan. Terlopong aku dibuatnya. Biar benar. “Girlfriend memang banyak cik adik sayang oooiii... Special girlfriend jer yang belum ada. Yus nak jadi special abang tak?” Dah...otak mereng dia dah buat hal lagi. “Tak naklah Yus. Abang tu loyar buruk. Makan hati jer kalau jadi special abang...” ucapku selamba. “Lah... sapa suruh makan hati? Nak save bajet ke?” Menyampah betul cakap dengan orang mereng macam nie. Buat sakit hati jer. “Dah lar tu cik adik sayang... ni makanan dah sampai. Jom kita makan... Lepas tu abang hantar Yus balik kampus.” ....................... Pagi itu selepas pulang dari jogging bersama Izwani, aku segera menapak naik ke bilik untuk membersihkan diri. Namun langkahku terhenti sebaik sahaja terpandang wajah Izwan yang sedang termenung di balkoni ruang keluarga di tingkat atas rumah dua tingkat milik Pak Long. Hairan juga aku bila melihatnya di situ. Biasanya dia jarang muncul pagi-pagi begini. Tambah pula kalau hari bekerja. Pastinya masa itu digunakan untuk bersiap-siap ke pejabat. Segera kumatikan niat untuk membersihkan diri. Seronok jugak kalau acah abang pagi-pagi ni. Lama juga tak bergurau. Hatiku bernyanyi riang. Perlahan aku melangkah mendekatinya yang masih leka. Namun belum sempat aku menyergah... “Kak Yus...” panggil Izwani yang datangnya entah dari mana. Aku menarik nafas panjang. Kus semangat... Terkejut aku dibuatnya. Perlahan aku mengurut-gurut dadaku. Dan Izwan menyedarinya. Hanya senyuman yang mampu aku beri dan dia membalasnya kerana tahu yang niatku sudah dimatikan oleh Izwani. Izwani yang tidak tahu pucuk pangkal cerita mendekatiku lantas dia berbisik sesuatu di telingaku. “Iz pergi ambik dalam laci meja solek akak...” Bila sahaja Izwani berlalu, aku segera mendapatkan Izwan yang masih termenung di situ. “Assalamualaikum bang...” “Waalaikumsalam... baru balik jogging ke?” soalnya. Aku terkesan nada kurang ceria dalam percakapannya. Lantas aku mengangguk sambil meneliti wajah murung itu. Izwan diam lagi. Sah! Abang ada problem. “Abang tak nak kongsi dengan Yus ke?” Izwan mengeluh panjang. Mendengar keluhannya saja aku tahu dia terbeban dengan masalah itu. Tak apalah... sememangnya akulah yang menjadi tempat luahan masalah merangkap kaunselor peribadi tak bertauliah...Apa nak buat? Reda sajalah. “Yus tak ada kuliah?” “Ada, tapi lewat sikit hari ini. Tu yang Yus ajak Iz jogging....” ........................ Sudah dua malam aku menumpang di rumah sewa rakan sekuliahku, Aleya. Dan malam ini menjadi malam kedua aku di sini. Mujurlah teman-teman serumahnya tidak kisah. Mulanya agak susah untuk Mak Long melepaskan aku. Namun setelah dipujuk beberapa kali dan ditambah dengan alasan yang kononnya aku dan Aleya mahu menyiapkan presentation berkumpulan, mak Long melepaskan aku juga. “Good night Yus... Assalamualaikum,” sapa Aleya sebelum dia melelapkan matanya. “Waalaikumsalam Leya...” balasku sepi. Namun, mataku masih tidak rasa mengantuk. Dan entah kenapa, suara Izwan tempoh hari terngiang-ngiang di telingaku. “Abang rasa abang dah jatuh hati kat someone... Tapi...” Jelas sekali suara itu menyapa tulang osikelku. Dan aku terkesima seketika. Mujur dia tidak perasan aka perubahanku. “Tapi apa, bang?” “Dah tiga malam abang mimpikan benda serupa... Dan setiap kali abang mimpi wajah gadis tu yang muncul dalam mimpi abang... Tapi, setahu abang gadis tu dah berpunya. Tu yang buat abang bingung. Kalau benar gadis yang muncul dalam mimpi abang tu adalah dia tapi kenapa dia dah berpunya?” Aku memandang wajah bingung Izwan. “Abang dah buat solat istikharah?” Izwan memandangku sambil mengangguk... “Dia jugak yang muncul dalam mimpi abang...” “Dalam dunia nia kan ada tujuh orang yang berwajah serupa... Maybe gadis yang muncul dalam mimpi abang tu bukan dia tapi gadis seiras dia... Dah la abang, jangan fikirkan sangat mimpi tu... Mimpikan mainan tidur. Okeylah abang. Yus nak pergi mandi nie. Kejap lagi nak ke kampus...” Entah kenapa, hatiku terasa pedih tiba-tiba. Terasa seperti aku bakal kehilangan. Bakan sebagai abang tapi... Ahh, apa yang engkau mengarut ni Fairuz? Mana mungkin dia sukakan engkau... Kau kan adik sepupu dia. Betul jugak... Siapalah aku ni kalau nak bandingkan dengan dia... ................. “Yus, wake up! Kita dah lambat nie,” kejut Aleya bila melihat aku masih lagi dibaluti selimut tebal. Aku bergerak perlahan. "Yus! Bangun la...” panggil Aleya lagi. Kali ini dia mendekatiku. Badanku digerakkan perlahan. “Eh, panasnya badan kau, Yus. Kau demam ni. Jom kita ke klinik...” “Takpelah... Aku okey lagi nie. Kau pergi kuliah dulu... “Okey...kau tidurlah. Balik nanti aku singgah farmasi belikan ubat. Kau rehat dulu,” balas Aleya sambil menyelimutkan aku. Dari katil, aku memandang Aleya yang berjalan keluar dari bilik. Namun pandanganku berbinar-binar dan akhirnya kelam... .......................... Aku memandang Izwan yang sedang melangkah mendekatiku. Entah kenapa, aku rasa lain benar pandangannya terhadapku. Mungkin kerana aku tidak memakai tudung seperti biasa. Sampai aku pula yang naik malu. “Jangan lar pandang Yus macam tu, bang.” Namun Izwan masih membisu. Aku makin tak mengerti. Apa tidaknya... wajahnya berkerut seribu seperti sedang memikirkan sesuatu. Namun, aku gagal menangkap apa yang sedang bermain di fikirannya. “Betul kata Yus...” katanya tiba-tiba. Aku terpinga-pinga. Apa yang betul? Apa yang tidak? Aku betul-betul tak mengerti. “Gadis tu...” Diluar kawalan, aku mengeluh perlahan. Saat aku begini, dia masih memikirkan tentang gadis itu. Sedarlah aku yang aku tidak mungkin ada di hatinya. “Abang dah tahu ke siapa dia?” soalku dengan nada teruja walaupun hatiku terasa sakit yang teramat sangat. “Sudi tak Yus jadi teman hidup abang?” Hah! Apa yang mamat ni merepek? Tadi asyik cakap pasal gadis dalam mimpinya. Sekarang ni dia lamar aku pulak. Aku atau dia yang sakit sebenarnya ni? “Sudi tak Yus jadi teman hidup abang?” “Abang demam ke?” “Tak Yus... Abang sihat nie.. Abang pasti sekarang. Ya, benar gadis tu bakan gadis yang yang sangkakan tapi gadis tu adalah Yus... Selama ni abang tak nampak sebab muka Yus lain bila pakai tudung... Abang pasti, sayang. Abang tak silap. Please Yus! Be my wife...” Aku yang masih terkejut hanya memandangnya sahaja. Mengangguk tidak mengiakan pun tidak. “Yus...” Aku memandangnya lantas tersenyum. “Thanks Yus kerana sudi terima abang...” Labels: cerpen
Back to Top
|
Cerpen: Tercipta Untukku
Tercipta Untukku; Lilylover a.k.a Nut Yaa
Kesejukan makin mencengkam tubuh Ain Imanina yang sedari tadi berpeluk tubuh. Baju kurung coklat cair yang kemas tersarung di tubuhnya kini basah dek air hujan yang semakin lebat menimpa bumi. Dalam kegelisahan, telefon bimbitnya bernyanyi riang. Segera panggilan itu dijawabnya.
“Waalaikumsalam… kak Long kat mana ni?”
“Sorry kak Ngah. Kereta kak Long rosak la. Kak Ngah balik dengan teksi boleh tak?” Jelas sekali suara kakak kembarnya saat itu. Aduh… manalah aku nak cari teksi time hujan-hujan begini.
“Takpelah kak Long. Kak Ngah naik teksi jer…”
Ain Imanina mengeluh panjang. Manalah aku nak cari teksi ni? Hujan makin menggila. Seram juga dibuatnya. Pandangannya dialihkan ke kiri dan kanan jalan. Manalah tahu kot-kot ada teksi sesat ke…
Kereta Waja hitam metalik tiba-tiba berhenti di hadapan perhentian bas itu. Ada seorang pemuda keluar dan berlari-lari nak ke arahnya. Ain Imanina telan liur. Gulp!
“Awak… Jom saya hantar awak balik. Hujan makin lebat ni. Tak selamat awak duduk sorang-sorang kat sini,” pelawa pemuda itu. Ain Imanina membatu. Boleh percaya ke mamat ni? Tapi macam aku pernah tengok jer muka dia…
“Awak jangan risau. Saya berniat baik. Tak selamat awak kat sini. Jomlah…”
Melihatkan reaksi pemuda itu yang beria-ria ingin membantu, Ain Imanina menyambut juga huluran pertolongan itu.
...................
Ain Imanina memeluk tubuhnya erat. Mamat ni nak kasi aku mampus ke? Dah la aku kebasahan… aircond pula dia tak slow. Mau mati kesejukan kalau macam ni.
Bagai terdengar suara hati Ain Imanina, tangan pemuda itu segera memperlahankan aircond. Mulutnya diam sahaja.
Ain Imanina pula dalam kegelisahan. Apa tidaknya, bajunya yang basah itu kini jelas menunjukkan susuk tubuhnya yang langsing.
“Nah! Pakailah jaket saya ni. Tutup mana yang perlu ditutup. Kasihan pula saya tengok awak…” Ucapnya sambil menghulurkan sehelai jaket jeans kepadaku. Amboi mulut! Boleh tahan laser juga mamat ni rupanya. Kang aku sumbat mulut dengan handphone aku ni baru tau.
“Thanks!” balas Ain Imanina sambil menyambut huluran pemuda itu. Mukanya jelas kemerahan. Malu dan geram. Nasib kau dah tolong aku. Kalau tak pasal-pasal kau kenyang telan handphone aku ni, gomelnya dalam hati.
“Sorry kalau kata-kata saya tadi menyinggung perasaan awak. Saya ikhlas menolong. Kalau saya nak tengok semua tu, saya takkan tolong awak. Lebih dari tengok pun saya boleh buat… Saya, Adam Iman bin Ahmad Fazdli. You can call me, Adam. Nak lagi pendek pun boleh. Panggil Am saja,” jelasnya panjang lebar. Oh Tuhan! Maafkan aku kerana bersangka buruk.
Ain Imanina memandang wajah Adam yang sedang memandu. Hmm, handsome juga mamat ni. Entah bagaimana, Ain Imanina tertangkap. Oh tidak! Malunya…
“Nama awak…” Adam bertanya lagi. Ada senyuman di hujung bibirnya.
“Ain Imanina binti Azman. Panggil saya In saja.” Tergagap-gagap Ain Imanina menjawab pertanyaan Adam. Gugup kerana tertangkap.
Tanpa disedari, kereta itu kini sudah memasuki Taman Permata Indah.
Berkerut dahi Ain Imanina. Mana dia tahu rumah aku? Dia ada tanya ke tadi? "Mana awak tahu rumah saya…”
“Small matter,” balasnya ringkas. Dia menghentikan keretanya di hadapan pintu pagar rumahku. ” Thanks pasal tolong hantar saya balik. Kalau awak tak tolong tadi, rasanya saya masih di situ.”
Adam tersenyum sambil menunjuk isyarat tanda tiada masalah. Baru sahaja Ain Imanina menutup pintu, tiba-tiba abah muncul. Dipelawanya Adam masuk ke dalam rumah. Dia gigit bibir. Geram sambil memandang ke arah kakak kembarnya di muka pintu.
“Kak Ngah ingat dia?” soal Ain Amalina kepadanya. Hah! Ain Imanina memandang Adam sekali lagi. Meneliti raut wajahnya. Entahlah… Ingat-ingat lupa.
“Siapa?” soalnya ingin tahu.
Ain Amalina tersenyum. “Dia kan anak uncle Ahmad, kawan abah…”
“Ohh, patutlah dia tahu rumah kita. Sorry, kak Ngah terlupa la,” balas Ain Imanina sambil tersengih. Patutlah senang sahaja abah mempelawanya masuk ke dalam rumah. Rupanya, anak kawan baiknya.
Namun, senyuman Ain Amalina mengundang rasa pelik di hati Ain Imanina. “Kenapa kak Long senyum macam tu?”
“Nothing!” Segera dia meninggalkan Ain Imanina yang kebingungan. Dan Ain Imanina pula segera memanjat tangga. Mahu masuk ke dalam bilik untuk mandi dan bersolat.
..............
Ketukan pintu mengejutkan Ain Imanina yang baru usai bersolat Isyak. Panggilan Ain Amalina segera dijawab. Dengan langkah yang longlai, dia menuju ke muka pintu. Tercengang dia bila memandang Ain Amalina yang berbaju kurung pesak berwarna ungu cair juga lengkap bertudung.
“Kak Ngah, ummi suruh pakai baju ni. Malam ni kita ada tetamu,” ucap Ain Amalina sambil menghulurkan sepasang kurung pesak juga dari rona yang sama kepadaku. Siap bergosok!
“Selalunya, awal-awal lagi ummi dah inform..”
Ain Amalina tersenyum. “Alah… jangan banyak soal boleh tak? Pergi siap and turun bawah. Kita nak makan malam sama-sama.”
Patutlah ummi masak banyak malam ni. Selesai menyikat rambutnya yang separas pinggang, Ain Imanina segera menapak turun. Namun langkahnya mati di sebalik tangga. Dia telan liur.
“Kenapa kak Ngah?” Adik bongsunya menyoal bila sahaja kakanya itu menghentikan langkah secara tiba-tiba. “Abah jemput siapa, dik?”
“Uncle Ahmad sekeluarga…” balasnya pendek. Hah! Pucat wajah Ain Imanina saat itu. Segera dia terus menapak mendapatkan ummi dan abah di ruang tamu. Selepas menyalami tetamu, dia kembali ke dapur. Mahu membantu Ain Amalina.
“Bawa kek tu…” Perintah Ain Amalina segera dituruti. Bicaranya mati. Selalunya, cepat sahaja dia mengomel juga diperintah begitu. Tapi, segala-galanya berubah malam itu. Hanya kerana Adam! Dan Ain Imanina segera merunuti langkah kakak kembarnya.
“Cantik anak-anak kau, Man…” Auntie Hajar memuji. Dan abah tersenyum sahaja. Siapa tak bangga kalau anaknya dipuji begitu. “Nilah anak-anak kembar aku. Kakaknya, Ain Amalina ni bertudung. Yang Ain Imanina pula tak. Entah bila nak sampai seru, aku pun tak tahu la.”
Ain Imanina mengetap bibir. Jangan la malukan kak Ngah, bah, pintanya dalam hati. Sudah menghidangkan makanan, dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan ummi. “Ni la kawan baik abah waktu kat universiti dulu,” jelas abah lagi.
Ain Amalina menjeling ke arah Ain Imanina. Idea gilanya sudah sampai. Ain Imanina pula ketap bibir. Dengan pandangan mata sahaja, dia tahu yang idea gila kakaknya sudah tiba. Dia cuba mematikan niat kakak kembarnya itu. Naluri sepasang kembar tak pernah salah.
“Yang tengah layan adik tu, tak nak kenalkan diri ke?” soal Ain Amalina. Tak tahu malu betul, marah Ain Imanina dalam hati. Cubaan untuk mematikan niat kakaknya tidak berjaya. Abah, ummi dan pasangan suami isteri itu ketawa. Ain Imanina gigit bibir.
“Kenapa? Kak Long berkenan ke?” usik abah pula. Nyata abah tidak dapat menangkap maksud pertanyaan Ain Amalina tadi. “Mana boleh, bah, Nanti ada orang marah…” jawabnya selamba.
Ain Imanina menahan geram dalam hatinya. “Yang kak Ngah ni kenapa? Masam jer abah tengok…”
Ain Imanina terpinga-pinga dengan teguran abah. Dia cuba mencari alasan yang terbaik. Tapi, belum sempat dia menyuarakannya, abah sudah masuk bicara. “Ohhh… abah faham…”
Ain Imanina tersengih. Buruk rasa mukanya saat itu. Dan dia segera minta diri. Malu dengan pandangan mata Adam bila sesekali pandangan mereka bertaut. Tak tahu mana arah yang patut dituju, Ain Imanina memilih untuk duduk di halaman rumah. Panas hatinya perlu disejukkan dengan segera.
“Assalamualaikum In…” Ain Imanina kenal sangat dengan suara itu. Pantas, dia mengangkat muka. Memandang Adam yang berdiri di hadapannya. Apasal la kau datang sini?
“Waalaikumsalam… Buat apa kat sini?” soal Ain Imanina tergagap-gagap. Dia tersenyum. Dan Ain Imanina segera mempelawanya duduk.
“Saja! Masih marahkan saya?”
Ain Imanina memandang wajah Adam. Lama! “Marah pun tak guna, Am. Abah tetap mahu saya pergi dan balik kerja dengan awak.”
Mulanya Ain Imanina membantah hasrat abah. Dia tidak mahu menyusahkannya tapi sokongan dari Ain Amalina membuatkan dia kehilangan bicara untuk membantah. Katanya, dia tidak perlu lagi mengambil Ain Imanina di tempat kerjanya kerana In boleh menumpang kereta Adam yang juga bekerja di bawah bumbung yang sama. Dan akibatnya, hampir dua bulan sudah Adam menjadi ‘driver’nya tak bergaji.
Tiba-tiba, Adam membisu. Hanya terdengar bunyi jari-jemarinya yang mengetuk permukaan meka kayu itu. “Jangan risau… Lepas ni, saya tak kan ganggu awak lagi. Harap awak gembira dan bahagia selalu…”
Lama Ain Imanina memandang wajahnya. Dan suara-sayu itu jelas menampan telinganya. Dia tak mengerti. Baru sahaja dia mahu menyoal kembali, Adam sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan dia termangu-mangu keseorangan di situ.
...................
Ain Imanina termenung panjang. Sudah seminggu Adam hilang dari pandangannya. Tiada lagi suara yang mahu mengusiknya. Juga tiada lagi gelak tawa dan usikan yang menceriakan hari-harinya.Juga tiada lagi bayangan kereta Waja hitam metalik milik lelaki itu. Bila ditanya pada pembantu Adam katanya, Adam outstation. Tapi mengapa dia tidak memaklunmkan padaku, Ain Imanina mengomel keseorangan.
Kenapa dengan kau ni, Ain Imanina? Dulu, kau yang mengharapkan semua ini. Kau yang siang malam berdoa agar dia pergi dari hidupmu. Tapi sekarang, kenapa kau pula yang mengharapkan kepulangannya? Apa dah jadi ni, In…
“Apa yang kak Ngah menungkan tu?”
Suara abah mematikan lamunan Ain Imanina. Ain Amalina yang sedari tadi menjadi pemerhati tersenyum sinis. Ain Imanina tahu yang kakak kembarnya itu sedang mengejek-gejek dirinya. Ahh…pedulikan!
“Takde apa-apalah, bah,” Ain Imanina segera menafikan kata abahnya tadi. Dia hanya memerhatikan abah yang sedang membelek-belek surat-surat di tangannya.
“Kita ada undangan lagi…”
“Undangan apa, bah?” soal Ain Amalina tiba-tiba. Abah diam sahaja sambil memerhati kad berwarna pink di tangannya. “Dari siapa tu, bah?” gesa Ain Imanina pula. Abah bagaikan mahu bermain teka-teki dengannya.
“Keluarga Uncle Ahmad…”
Buntang mata Ain Imanina memandang abah. Masih tidak percaya dengan kata-kata abah, Ain Imanina menyoal lagi. “Siapa yang nak kahwin?”
“Am…”
Jelas suara abah menyapa tulang-tulang osikel Ain Imanina. Baru kini dia memahami maksud kata-kata Adam minggu lalu. Dan saat ini, dia benar-benar terasa kehilangan Adam.
“Kak Ngah naik dulu…” Ucapnya perlahan tanpa menyedari ada senyuman yang terukir di bibir abah dan Ain Amalina.
........................
Lagu Kau Ilhamku nyanyian Man Bai berulang kali kedengaran di udara. Ain Imanina membatu. Dia tahu siapa gerangan yang menelefonnya. Ain Amalina yang sedang melayari internet di bilik bacaan itu menoleh.
“Jawablah panggilan tu, Ngah. Bingit telinga kak Long ni,” katanya perlahan. Dia menahan tawanya. Menjadi juga ideanya dan abah.
Begitulah keadaan adik kembarnya bila mengetahui akan hal ‘perkahwinan’ Adam. Hatinya digeletek rasa lucu. Mahu sahaja dia menghumbatkan tawanya.
“Kak Ngah, tak baik buat orang macam tu…”
Ain Imanina memandang kakak kembarnya. Betul kata kak Long. Tapi untuk apa Adam menghubunginya lagi? Bukankah dia akan berkahwin? Ain Imanina berdegil. Segan mahu menjawab panggilan itu di hadapan kakak kembarnya.
Ain Amalina melangkah keluar. Bila pintu ditutup sahaja, Ain Imanina menjawab juga panggillan dari Adam. Kalau kak Long tahu ni, mau malu tujuh keturunan.
“Assalamualaikum Am…”
“Waalaikumsalam… In sakit ke?”
Hah! Memang aku sakit. Sakit angau, sakit rindu, sakit hati… semuanya pasal kau.
“Taklah, In sihat jer. Well, tahniah Am…”
“Tahniah? Untuk apa?”
Ain Imanina sebal. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
“Am nak kahwin next month kan?”
“Hah! Nak kahwin? Kalau Am nak kahwin cuma dengan In sorang jer..” Adam menafikan kata-katanya. Dan Ain Imanina buat-buat ketawa.
“Jangan nak menafikan, Am. Family In dah dapat kad undangannya. Tahniah…”
Talian telefon dimatikan tiba-tiba. Ain Imanina hairan. Namun, ada suara gelak tawa menampan telinganya. Pantas, dia tercari-cari arah suara itu. Dari pintu…
Ain Imanina segera bangun dan membuka pintu. Bagai nak luruh biji matanya bila melihat Ain Amalina dan abahnya yang sedang ketawa. Adam juga ada di situ.
“Apa semua ni, Am?” Ain Imanina menghamburkan kemarahannya. Geram rasa hati bila diperlakukan begitu. “Kak Ngah! Bukan salah Am tapi ni idea abah dan kak Long…”
Ain Imanina memandang Adam. Malunya… Adam diam sahaja. Wajah Ain Imanina yang sedang merona merah itu ditatap lama.
Sesungguhnya, wajah inilah yang mampu menenangkan jiwaku. Ya Allah, jika dia Kau ciptakan untukku maka Kau lembutkanlah hatinya untuk menerimaku…
“Am takkan kahwin dengan orang lain kecuali dengan Ain Imanina bt Azman…”
Ain Imanina gigit bibir. Untuk menutup malunya, dia segera menyuruh Adam pulang. Tapi, Adam kaku di situ. Berdiri dan terus memerhatinya.
“Tolonglah, jangan buat Am macam ni. Am cuma sayangkan In seorang. Am cintakan In. Cukuplah seminggu Am tak jumpa In. Please…”
Ain Imanina terpaku…
................
Erat genggaman tangan seseorang mengejutkan Ain Imanina dari lenanya. Kelopak mata segera dibuka. Disisinya, jelas kelihatan seorang lelaki yang duduk sambil mengenggam erat jari-jemarinya.
“Abang…”
Adam memandang wajah pucat isterinya. Alhamdullillah… In dah selamat sayang.
“Abang sayangkan In. Abang juga cintakan In. Thanks untuk hadiah ulang tahun perkahwinan kita ni. Ianya terlalu istimewa. Abang hargai pergorbanan In…”
Ain Imanina tersenyum. Tangan suaminya dikucup perlahan.
“In pun cintakan abang. Mana anak kita bang?”
Adam bangun dan menghampiri katil kecil anaknya itu. Bayi kecil yang masih kemerahan itu diangkat dan diserahkan ke dalam pangkuan isterinya. Ubun-ubun isterinya dikucup perlahan.
“Apa namanya, bang?”
Adam memandang isterinya lagi. Nama bayi itu sungguh istimewa kerana…
“Amin Fauzan… Am untuk Adam dan In untuk Ain. Gabungan nama kita sayang…”
Ain Imanina tersenyum puas. Kreatif sungguh suaminya. Mengabadikan nama mereka berdua untuk buah hati pertama mereka. “I love you, abang…” Adam mengucup ubun-ubun isterinya. “I love you too…”
Labels: cerpen
Back to Top
|
Cerpen: Kemaafan Dendam Yang Terindah
Ini adalah garapan pertama aku setelah mendapat sebuah komputer. Hehehe, memang banyak yang kurang. Tapi memandangkan ini adalah blog untuk hasil karya aku, so biarlah aku kumpulkan semuanya di sini. Selamat Membaca. =) 
Kemaafan Dendam Yang Terindah; Lilylover a.k.a Nut Yaa
Aku menguncikan diri di dalam bilik. Segala barang pemberian Zack kuhimpun dan kumasukkan ke dalam sebuah kotak. ' Kau memang tak guna, Zack! Dulu kau beri aku harapan, kau beri aku kekuatan. Kau canangkan padaku, kononnya aku istimewa dalam hatimu. Rupanya kaulah pembohong besar yang pernah aku jumpa. Kenapa kau tipu aku, Zack? Apa salah aku? Kenapa?' Hatiku menjerit. Terasa bodoh benar diriku ini. Bodoh kerana aku melanggar prinsip yang kubuat sejak kecil hanya kerana dia. Ahmad Zakuan adalah lelaki pertama yang aku cintai. Dan dia juga buat dirinya menjadi lelaki kedua yang aku benci selepas papaku sendiri. Papa yang pergi meninggalkan aku, Along, adik dan ibu yang digantung tidak bertali hanya kerana perempuan lain. Dan kadang-kadang pula meminta duit dari ibu. Sejak itu, aku mula menyimpan rasa benci terhadap insan bernama lelaki. Dan kini, Zack telah menambahkan lagi rasa tidak percayaku pada lelaki. Padaku, lelaki semuanya sama. Mereka hanya pandai membina janji dan mereka juga yang merobohkan janji itu. Lelaki, boleh pergi mampus dengan kata-kata mereka. Satu sen pun tak boleh pakai. .............................................
Aku dan Azureen meninggalkan perkarangan sekolah apabila jarum jam mula menginjak ke pukul enam setengah petang. Masing-masing terleka melihat sekumpulan pelajar sesi petang yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani. Riuh padang bola dengan suara-suara jeritan mereka. “ Ilha, kenapa kau nak sangat study kat library? Kalau dulu, elergi sangat dengan library. Bila dengar nama library jer mula la nak angkat kaki,” ngomel Azureen tidak puas hati. Aku memandang Azureen. Melihat wajah selambanya. “Alah Reen. Kau boring ke? Kat port lama tu dah ada buaya tembaga lar. Aku malas arr nak menatap muncung buaya dia tu. Menyampah!” ucapku dengan nada bosan. “ Kalau yer pun nak cari port baru, cari la tempat lain. Ni library tu jugak yang kau pilih. Kenapa?” tambah Azureen geram. Pagi tadi, aku dan dia sudah pun berperang mulut kerana dia tidak mahu study di library sekolah. Sudahnya, dia angkat bendera putih. Kalah bicara. “ Sebab kat situ ada daya penarik. Sudah! Fullstop!” Azureen mengeluh. Aku tahu dia mahu bertanya akan gerangan daya penariknya. Dan, aku juga tahu yang dia faham benar dengan sikapku. Kalau sudah ada perkataan fullstop di akhir bicaraku janganlah disoal lagi. Pasti, tiada jawapan bakal ditemui. “ Cakap anti lelaki!” tambah Azureen lagi. Nampaknya, Azureen sudah mula mengunakan kebolehan psikologinya. Nak provok aku la tueh. “ Yang ni sure baik punya brand! Aku berani potong jari la,” balasku yakin. Azureen mencebik. “ Eleh… confident sangat. Apa buktinya?” “ Buktinya?” Azureen mengangguk. “ Buktinya ialah dia sentiasa berkepit dengan buku pelajaran 24 jam sehari. Dan aku juga perasan dia jarang bercampur dengan girls. Hidup dia hanyalah dengan buku-buku. Aku rasalah dia join kita punya study group tu pun sebab terpaksa,” kataku tanpa sedar yang aku sudah terbabas dari landasan yang sepatutnya. “ Akhwan kan?” teka Azureen sambil tersengih. Ceh… tak guna punya mulut. “ Baguslah...” balas Azureen bersahaja. Aku memandangnya dengan dahi berkerut seribu. “Bagus? Kenapa bagus pulak?” soalku dengan dahi kerut seribu. Azureen tersengih. “ Sekurang-kurangnya aku tahu yang kau masih ada hati dengan lelaki.” Aku ketawa kecil. Ingat aku ni lesbian ke? Aku masih sedar akan batasan hubungan dalam dunia ini. Dalam keseronokan bertingkah bicara, tanpa sedar kami sudah pun berada di hadapan rumahku. Azureen mendapatkan basikalnya untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya yang berselang dua lorong dari rumahku. Biasanya kami ke sekolah dengan basikal. Cuma sehari dua ini, kami menongkah jalan kerana basikalku ada di bengkel. “ Okeylah, Ilha. Aku chiow dulu. Jumpa esok kat sekolah!” Aku mengangguk dan Azureen meneruskan kayuhannya. Aku masuk ke dalam rumah dan seperti biasa rumahku sunyi tanpa penghuni. Mesti adik tak balik lagi ni. Jadi mem besar lagilah hari ni. ........................
Anak tangga itu kupanjat perlahan. Dalam hati, aku menyumpah seranah gerangan yang menyusun atur kelas pada tahun ini. Suka hati dia jer nak letak kelas aku kat mana. Tahun lepas letak kat penjuru sekolah. Tempat paling sunyi kat sini. Tahun ni pula letak kat tingkat tiga blok D. Tempat paling riuh kat sekolah ni. Hai, apalah nasib? Dalam aku berbicara keseorangan itu, akhirnya aku sampai juga di hadapan kelasku yang masih lagi sunyi sepi. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas, mataku tertancap pada sengihan Azureen. Buang tabiat apa minah ni? Sepantas kilat, aku menanggalkan beg sekolah lalu melangkah ke arahnya yang sedang menyapu sampah. “ Apasal kau sengih? Macam cik gayah gila pulak aku tengok,” usulku lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Tempat mamat mana tah. Pedulikan! “ Beg engkau tu. Dah macam zoo bergerak pula aku tengok,” jelasnya lalu ketawa kecil. Aku turut ketawa. Serta-merta ingatanku melayang pada Cikgu Hamidi. Pernah dia berkata, kalau aku jadi cikgu tadika aku tidak perlu lagi membeli buku tentang haiwan kerana semuanya sudah ada di begku. Memang menjadi hobiku mengumbul pin-pin kecil yang tertera gambar haiwan seperti itu. “ Zoo tak cukup spesies,” sampuk Irfan yang sedari tadi leka menyusun kerusi meja. Aku menoleh ke arahnya. “ Kau tahu ke spesies yang takde tu? Setahu aku hanya haiwan yang sama spesies dengannya saja yang akan tahu tentang ketidakwujudan spesies itu.” “ Aku?” ulang Irfan. Aku mengangguk. “ Bukan ini masanya. Kalau kat universiti nanti, petik jari pun aku boleh dapat,” tambah Irfan bangga. Mentang-mentanglah dia dari spesies yang sedap mata memandang. Nak menyombong pulak. “ Hari ini baru aku tahu yang kau juga dari spesies yang sama dengan buaya tembaga tu,” kataku tanpa serta bahawa Zakuan juga ada di muka pintu. Maklumlah, dia itu pengawas. Tu mesti nak menghalau orang ke tapak perhimpunan tu. “ Ilha, aku dah sudah ni. Jom kita turun. Fan, nak join tak?” tanya Azureen laju yang lebih bertujuan untuk menyedarkan aku tentang kewujudan Zakuan. Melihatkan Zakuan di muka pintu, aku segera angkat kaki keluar dari kelas melalui pintu belakang. Malas untuk menatap muka buaya tembaga. Eei, pagi-pagi lagi dah kena menatap muka buaya tu. Ingat bagus kot. Tak pasal-pasal, aku pulak yang dah menambah dosa pepagi buta begini. ......................
Kain telekung kulipat dan aku masukkan ke dalam beg sekolahku. Tidak lupa sebotol air masak biasa juga bekas penselku. Selepas bersolat Zohor di surau sekolah, aku mendapatkan basikal lalu mengayuhnya menuju ke library awam. Azureen tidak dapat turut serta kerana dia mengikut ibu dan ayahnya ke airport untuk menyambut kedatangan saudara mereka. Selesai menyiapkan semua kerja rumah, aku segera menapak pulang. Bimbang kalau-kalau adikku sudah pulang dari kelas agamanya. Aku tidak mahu dia keseorangan di rumah. Bimbang kalau apa-apa berlaku padanya. Hanya dia, adik yang ibu beri untukku jaga. Cuma seorang. Hon motosikal seseorang mematikan lamunanku. Aku segera menoleh. Tepat benar telahanku tadi. Kelihatan Irfan dan Akhwan Adi bersama dua buah motosikal. Basikal pula segera aku berhentikan. “ Hai Ilha. Sorang je ke?” sapa Irfan mesra. “ Tak! Berlapan.” Jawabku sengaja. Macamlah dia tidak nampak yang aku keseorangan. Atau mata dia yang terlebih power sampaikan nampak benda-benda yang di luar batas penglihatanku. Irfan tersengih. “ Apalah kau ni, Fan. Tanya pun soalan bodoh,” balas Akhwan pula. Dia tersenyum padaku. Aku pula yang terpinga-pinga. Gelabah la tu. Maklumlah, daya penarik ada depan mata. “ Kau dari mana? Baju sekolah pun tak tukar lagi,” tanya Irfan yang hairan melihat baju kurung dan tudung sekolah yang masih tersarung di tubuhku. “ Dari library. Kau orang pulak?” “ Kami dari rumah engkau la. Tengok-tengok takde orang. Tak sangka pulak terjumpa kat sini,” terang Akhwan. Rumah aku? Nak buat apa?” “ Kenapa kau orang cari aku?” tanyaku hairan. Irfan dan Akhwan tersenyum. “ Kami perlukan bantuan pakar untuk selesaikan homework Add Math. Kami tak tahu buat la. Puas dah kami berdua cuba, tapi tak dapat jawapan juga,” jelas Irfan padaku. Aku tersenyum kerana aku juga seperti mereka tadi. Tapi mujurlah aku berjaya menyelesaikannya juga. “ Okey, tapi kat rumah aku je pasal ibu takde kat rumah. So, aku kena temankan adik aku la.” Kulihat Irfan dan Akhwan berpandangan. “ Jiran tak kata apa-apa ke?” soal Akhwan gusar. Aku tersengih. Susahnya cakap dengan budak-budak agama ni. “ Kau orang ingat aku ni biol ke? Mestilah kat halaman rumah. Takkan aku nak usung masuk bilik pulak kot?” balasku sinis. Kedua-duanya tersengih memandangku. “ Jomlah, tapi kau orang kena tunggu aku mandi dulu la. Aku rimas macam ni,” kataku sambil mengatur langkah perlahan. “ Habis, kau ingat kami tahan ke dengan bau kambing kau ni?” Kaki yang mula hendah mengayuh terhenti tiba-tiba. Aku memandang Irfan geram. Tak sayang mulut sungguh mamat ni. Nak kena cili kot? ......................
Novel The Pearl kuselak perlahan-lahan. Mencari potongan-potongan ayat yang sesuai untuk kujadikan penyokong setiap jawapan yang aku kemukakan. Tambah pula ni kerja dari Cikgu Rohana. Dah faham benar dengan peel cikgu aku yang sorang tu. Setiap jawapan mesti disertakan dengan penyokong yang kukuh kerana dia mahu kami membaca novel Inggeris itu. Padahal kalu tak guna ayat real dari novel pun dah lepas. Dalam kelekaan aku menyiapkan kerja rumah, telingaku menampan bunyi pecahan kaca berserta dengan tengkingan papa. Mood untuk menyudahkan kerja rumahku itu terus saja mati. Hatiku disentap rasa pedih yang teramat sangat. Tapi, air mata tidak sesekali kurelakan jatuh ke bumi hanya kerana lelaki seperti itu. Entahlah, dendamku kini kembali menyala. Aku tidak rela ibu diperlakukan begitu. Namun sebagai anak, apalah daya yang aku ada untuk menghentikan semuanya. Perlahan aku mengosok pipiku yang tiba-tiba terasa pedih. Tamparan kuat dari papa ketika aku cuba menghentikan pergaduhan mereka masih terasa sakitnya. Ditambah pula dengan kekecewaan yang aku alami. Dan itulah yang membuahkan dendam di hatiku. Tok! Tok! Tok! Ketukan pintu mematikan imbauanku. Segera daun pintu kuselak. Dan aku nampak, adikku dengan matanya yang merah. “Kenapa dik?” Adik memeluk tubuhku erat. Melepaskan tangisannya dalam pelukanku. “Adik sedih Ngah. Kenapa papa buat ibu macam tu?” Lirih sekali suara itu menampan telingaku. Aku segera membalas pelukannya. Tiada kata yang mampu aku lafazkan kala itu. Hanya sebak yang menguasai dada. Lantas, aku membawa tubuh kecil adik ke katil. Memeluknya sambil meredakan tangisannya yang kian menjadi-jadi. Dan suara papa masih lagi mengetuk-getuk gegendang telingaku. Dan suara itu diakhiri dengan dentuman daun pintu. Kasihan pintu. Tak pasal-pasal jadi mangsa tak berdosa. “Angah… Adik,” panggil ibu perlahan dari daun pintu yang sedikit terbuka. Dan ibu mendapatkan kami lantas dibawa kami ke dalam pelukannya. ........................
“ Hai Ilha…” Ada suara menyapaku. Dan aku segera menoleh ke arah suara itu. Buaya tembaga ni lagi. Apa kau nak ah? Dah la masalah kat rumah bertimbun. Kau pun nak menambah banyakkan masalah aku ke? “ Sorry Zack. Aku takde masa nak layan kau,” balasku mendatar. "Yelah! Aku siapa kalau nak dibandingkan dengan si Irfan dan Akhwan tu.” “ Hah! Tahu pun,” balasku lalu segera menapak tangga yang ada. Nasib kau sedar diri. Kalau tidak tak pasal-pasal makan peneranjang aku. Pagi-pagi lagi dah kacau mood aku. Alamak! Awal sangat ke aku sampai pagi nie? Ahh… gasaklah, desis hatiku sambil menapak ke mejaku. Tanpa sedar, Akhwan memerhati tingkahku disebalik daun pintu kelas. Lalu, langkah dilajukan mendapatkan aku. “ Hai Ilha! Kenapa ni? Lain benar aku tengok,” soalnya sambil menarik kerusi lalu duduk berhadapan denganku. “ Kenapa apa? Apa yang lainnya?” soalku sambil mengerutkan dahi. Apa yang lainnya? Rasanya sama sahaja dengan Ilham Ilani yang sebelum ni. Mata ada dua. Hidung elok letaknya. Mulut pun boleh buka. “ Banyak yang lain. Pertama! Kenapa kau datang awal? Kedua! Kenapa termenung? Dan ketiga, apa masalahnya?” Aku memandang wajah pemuda di hadapanku. Dari riak wajahnya, aku tahu dia mengambil berat soalku. “ Nothing! Saja datang awal,” tegasku. Dan kedatangan Irfan dan Azureen menghalang Akhwan dari terus bertanya. Irfan dan Azureen berpandangan. Mungkin hairan dengan muka kelatku. “ Kau kenapa?” tanya Azureen. Aku mengeleng. “ Jangan nak bohong aku. Cakaplah kenapa?” desaknya lagi. “ Apa guna kawan kalau tak boleh tolong kawan.” Ahhh, Irfan sudah mula berfalsampah. Ish, ni yang rimas nie. “ Papa gaduh dengan ibu semalam. Rimas aku. Adik aku pula sampai nangis-nangis takutkan papa. Aku buntu! Nak belajar pun rasa macam kosong jer.” “ Apa kata kau duduk rumah aku?” cadang Azureen laju. Aku mengeleng. Tidak setuju dengan cadangannya. “ Adik aku?” Dan aku dengar mereka bertiga mengeluh. “Takpelah, dapat cerita pula aku rasa okey sikit. Jangan risau. Aku kan kuat! Mental and fizikal. Dah, jom pegi kantin,” ajakku mesra. Terpinga-pinga mereka bertiga. Mungkin hairan melihat gelagatku yang berubah secara tiba-tiba. ...........................
Aku memandang surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MSU dalam jurusan perubatan. Khabarnya, Akhwan juga mendapat tawaran itu. Azureen pula mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang psikologi. Cuma Irfan sahaja yang terlepas ke utara semenanjung, iaitu ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang pengkomputeran. Hmm, nampaknya kami akan terpisah jauh. Hanya aku dan Akhwan sahaja yang akan sama-sama berganding bahu sekali lagi. Takpelah, sekurang-kurangnya boleh jadi daya penarik aku untuk ke kuliah dan tutorial. Aku tersengih keseorangan. “ Woi! Tak sihat ke? Tersengih-sengih macam cik gayah sewel jer aku tengok,” sergah Azureen tanpa salam. Aku mengurut-ngurut dadaku. Kus semangat. Boleh luruh jantung kalau macam ni. Tak sempat nak ke MSU. “ Waalaikumsalam!” Aku menyindir Azureen. Irfan dan Akhwan tersenyum sahaja. Sudah faham benar dengan corak gurauan antara kami. Azureen tersengih. “ Angah! E-Wan dah bangun ni,” jerit adikku dari muka pintu rumah. “ Tunggu kejap ek? Aku nak masuk ambik anak buah aku. Maklumlah… aku ni babysitter tak bergaji,” gurauku lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Seketika kemudian, aku keluar dengan anak buahku serta segulung tikar. “ Nak buat apa dengan tikar ni?” tanya Azureen. Aku mengekek ketawa. Terdengar macam bodoh sahaja soalannya. “ Makan…” balas Irfan selamba. Aku, Irfan dan Akhwan ketawa. Azureen pula tarik muncung sehasta. Azureen menampar kuat bahu Irfan. Geram barangkali. “ Dah la tu. Ni, aku nak letakkan budak sorang ni. Bukannya boleh biar atas meja. Buas nak mampus,” gomelku sambil mendudukkan anak buahku di atas tikar. “ Apa namanya?” tanya Akhwan sambil mengagah anak buahku yang seorang itu. Mengekek tawanya. “ Farhan Akhwan tapi kami panggil E-Wan jer…” “ Patutlah aku asyik tersedak jer. Rupanya, kau yang selalu sebut nama aku,” guraunya lagi. Bulat mataku memandangnya. Terkejut bercampur geram. “ Amboi… ‘gangters’nya tuduhan,” perliku pula. Dia ketawa kecil. "Along ada kat dalam ke?” sampuk Irfan sambil tercari-cari kelibat kakak sulungku itu. “T akde, Along dengan abang Long outstation. Ibu pulak pergi surau pasal ada kelas agama. Tu pasal la, aku kena jadi babysitter ni,” ujarku panjang lebar. “ Ni kalau camping seronok ni…” Aku dengar Akhwan mengomel sendirian. “ Apa? Kau ingat rumah aku ni tempat awam ke?” sergahku. Akhwan, Irfan dan Azureen ketawa. Aku turut serta. Anak buahku juga turut ketawa sampai menampakkan gusinya yang mula ditumbuhi gigi. Macamlah dia faham apa yang aku cakap tadi. “ Kak, ni ada air oren dengan kek coklat.” Aku memandang adikku yang sedang mengusung dulang. “ Dah masak ke?” soalku pula. Dia mengangguk. Aku pantas mendapatkan dulang lalu kubawa menghampiri mereka. “ Dah jadi macam camping la…” Aku mengerling ke arah Akhwan. Tawa mereka berderai lagi. Kali ini, aku tidak ambil pot usikan itu. Pantas, aku menuangkan air oren ke dalam gelas sebelum menghulurkan gelas itu pada teman-temanku. .............................
Azureen terpinga-pinga. Berkali-kali dia memandang kad undangan perkahwinan itu. Biar betul! Dan berkali-kali juga dia memandang wajahku dan Akhwan silih berganti. Irfan di sebelah sekadar tersenyum. Tambatan kasih, Izin berwali, ijab bersaksi, pautan antara dua hati; Akhwan Adi b. Ashram & Ilham Ilani bt. Kamarul.
“ Serius ke ni?” soalnya bodoh. Aku dan Akhwan berpandangan. Susah sangat ke dia nak percaya? Ini bukan omongan kosong. Tapi, ini kenyataan. Buktinya, kad undangan perkahwinan di hadapan mata. “ Kenapa kau tak percaya? Kau pun suka aku ke?” serkap Akhwan sambil tersenyum. Aku dan Irfan ketawa kecil. “ Taklah! Dulu, Ilha cakap kau ni cuma daya penarik jer.” “ Tu dulu,” potongku laju. “ Jadi, ni betul la?” soalnya lagi. Aku dan Akhwan mengangguk. Lantas, Azureen memelukku erat. “ Punyalah panjang intronya…” Irfan mengomel. Azureen mencubit lengan pemuda itu. Geram dengan kata-katanya. “ Ilha, tunaikan janji kau!” Aku memandang Azureen hairan. Janji! “ Janji apa?” “ Kau nak potong jari kalau Wan betul-betul sukakan kau!” Dia mengingatkan aku semula tentang persepsi pertama aku sewaktu menjadikan Akhwan sebagai daya penarik. Akhwan terkejut. Aku sekadar tersengih memandangnya. “ Kau tak kasihankan aku ke? Dapat isteri takde jari,” rintih Akhwan pinta simpati. Aku, Azureen dan Irfan ketawa. Dan, aku kini benar-benar bahagia. Tiada lagi riuh rendah rumahku setiap kali papa pulang. Tiada lagi lebam dan luka pada tubuh ibu. Tiada lagi kerisauanku untuk meninggalkan ibu dan adik. Dan aku juga mendoakan kebahagiaan papa dengan keluarga barunya. Asalkan papa tidak lagi menyakiti ibu, itu sudah cukup untukku. Aku juga kini bahagia dengan kehadiran Akhwan di sisi sekali gus melenyapkan semua dendam yang pernah ada di hatiku terhadap lelaki. Dan aku berdoa, agar kebahagiaan ini akan terus jadi milikku. Sesungguhnya, kemaafan adalah dendam yang terindah. Menyembuhkan luka dan melenyapkan api dendam di hati. Labels: cerpen

tagboard.
|
archives.
By post:
ps: ily
Part 32: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 31: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 30: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 29: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 28: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 27: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 26: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 25: Bintang! Jangan Pernah Pergi
Part 24: Bintang! Jangan Pernah Pergi
By month:
May 2009
June 2009
August 2009
December 2009
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
May 2011
|
affiliates.
Credits
Layout: Mary
Colours: refuted
Host: blogger
|
author.
Seorang gadis yang cintakan bahasa, gemar berimaginasi dan suka menulis dengan tujuan untuk mengabadikan semua rasa yang pernah dilalui. Sekadar diolah mengikut situasi dan digabungkan untuk satu jalan cerita.
|