status.

Keputusan ini? Benarkah?

06.05 pm | 01 July 2010

song.

♥ BJPP Playlist ♥


Nak feel yang lebih? Play this player and enjoy your reading. =)

follow me.

Follow me on BLOGGER

nukilan.

Bintang! Jangan Pernah Pergi
Blurb B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20 B21 B22 B23 B24 B25 B26 B27 B28 B29 B30 B31

I Love You, Aisy; Yes, I Do!(hold)
P1 P2

Que Sera Sera; Whatever Will Be, Will Be(hold)
Part 1 Part 2 Part 3 Part 4 Part 5

Cerita Pendek
Mengintai Bahagia
Penawar Kasih
Kalau Dah Jodoh
Tercipta Untukku
Kemaafan Dendam yang Terindah

wishlist.

DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater

Part 32: Bintang! Jangan Pernah Pergi

Bintang! Jangan Pernah Pergi
PesanDariHati: Ingatan ini tak pernah padam buat kamu, kan? Lalu, bersediakah saya untuk ke sana sekali lagi tanpa mereka?
Sebaik sahaja menurunkan Hani, Faiq terus menekan pedal minyak keretanya. Laju memecut ke hadapan. Melepasi satu selekoh, Faiq segera memberhentikan keretanya di bahu jalan. Bingung! Itulah yang dia rasakan. Otaknya bagaikan telah mati fungsinya. Tak pasti mana arah yang harus dituju, pantas Faiq mendail nombor Baddrol. Cuma nama itu yang terlintas dalam fikirannya ketika ini. Bercakap seketika dengan Baddrol sebelum dia kembali memandu keretanya itu. Ampang! Itu arah yang sedang dia tujui.

Usai memberhentikan keretanya di depan rumah banglo dua tingkat setengah itu, Faiq segera meloloskan diri keluar sebelum bersandar pada sisi kereta hitamnya itu. Seketika kemudian, Baddrol muncul dengan pakaian santainya; tee shirt biru berserta seluar pendek yang melepasi lutut.

“Apa cerita ni, bro? Muka serabut macam orang baru lepas talak tau,” sapa Baddrol lalu menampar bahu Faiq perlahan. Faiq menjeling.

“Kalau suruh aku datang setakat nak perli-perli aku, baik aku balik,” marah Faiq. Sudahlah sebal dengan tingkah Hani, sekarang Baddrol pula mahu menambahkan sakit hatinya. Pantas, dia memusingkan badannya. Bersedia untuk membuka pintu kereta. Lalu, Baddrol pantas menahan.

“Relaks la, beb! Sejak bila kau pandai merajuk ni?” soal Baddrol lalu ketawa kecil. “Merajuk tak merajuk la, bro. Tengah sakit hati ni kot. Agak-agak la sikit.”

Baddrol ketawa lagi. Pantas, dia mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah. “Okey,okey. Aku gurau jelah.”

Faiq mengetap bibir. Lalu kembali menyandarkan badannya pada kereta.

“Kata nak jemput Hani kat airport. Apasal macam orang baru balik jogging je aku tengok,” tanya Baddrol setelah meneliti cara pakai Faiq. Mendengar soalan itu, Faiq mengeluh.

“Panjang ceritanya...”

“Pendekkan,” potong Baddrol laju. Kemudian, dia sekadar tersengih membalas jelingan Faiq. Wah, sejak-sejak buah hati balik ni dah pandai menjeling dah. Dashyat betul ilmu kau, Hani!

“Salah ke kalau aku dressing macam ni pergi KLIA tu?” tanya Faiq lurus.

Baddrol mengosok-gosok dagunya sambil sibuk meneliti Faiq atas dan bawah. “Hurm! Salah bila orang yang kau mahu jumpa itu adalah Cik Hani Suraya binti Datuk Malik.”

“Bengang betullah aku. Bukannya aku pakai macam pengemis tepi jalan tu pun. Ni dah cukup smart bergaya dah ni.” Faiq bercakap dalam nada geram. Tapi, masih sempat untuk memuji diri sendiri.

“Yang kau pakai macam ni kenapa? Dah tahu kan pe'el minah tu?” soal Baddrol yang jelas tak faham. Baginya, Faiq yang sendiri menempah bala. Bukannya dia tidak kenal perempuan itu. Kalau bab menjaga penampilan diri, janganlah dibuat main oleh Hani. Kelak, beginilah jadinya.

Faiq mengeluh sekali lagi.

“Aku tak sanggup nak sakitkan hati Ain lagi. Bila dia dengar je aku nak keluar, ada hal kononnya terus berubah air muka dia. Aku pun apa lagi. Berputar ligatlah otak aku memikirkan macam mana aku nak sedapkan hati Ain tu. Tu yang aku keluar pakai macam ni,” jelas Faiq.

“Kononnya nak berjogging la?”

Faiq sekadar mengangguk mengiakan pertanyaan Baddrol. Kemudian, dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Jelas sekali, Faiq serabut dengan keadaan yang sedang terjadi. Melihat gelagat Faiq, Baddrol ketawa mengekeh. Lalu, membuatkan Faiq terpinga-pinga. Wajah bingung kini bertambah bingung.

“Kau ingat aku ni badut sarkas ke? Dok buat lawak bodoh depan kau?” marah Faiq. Bengang.

“Tak adalah. Muka kau tu. Macam cicak tertelan skru dah aku tengok. Relakslah bro. Dalam dunia ni, tak ada masalah yang tak boleh selesai,” nasihat Baddrol. Lucu baginya bila berpeluang melihat keadaan Faiq yang bingung hanya kerana insan bergelar perempuan; isteri dan kekasih hati. Dalam kesunyian, tiba-tiba suara Nadiah memecahkan kebuntuan antara mereka berdua, “Abang Bad, mama suruh jemput abang Faiq masuk. Dah nak Maghrib ni.”

“Kau dengarkan apa budak nakal tu cakap?”

Faiq pantas mengangguk dan kemudiannya mengeleng. “Takpelah weh. Aku balik dulu la. Ain mesti tengah tunggu aku tu. Tadi, aku janji nak minum petang sekali dengan dia.”

“Abang Bad,” jerit Nadiah sekali lagi. Baddrol merengus geram. Ish, tak sabar betullah.

“Takpelah Dek Ah. Abang Faiq nak balik dah ni. Kak Ain tunggu dekat rumah tu,” balas Faiq juga separuh menjerit. Mendengar ucapan Faiq, Nadiah pantas berlari-lari anak mendekati mereka berdua.

“Lorh, tak nak masuk dulu ke?” soalnya sekali lagi. Termengah-mengah dia. Faiq pantas mengeleng. Menolak pelawaan Nadiah.

“Aduhai, menyesallah papa hantar kau belajar dekat sekolah tu, dik. Tak faham Bahasa Melayu rupanya,” ujar Baddrol sengaja mengata adiknya itu. Nadiah mencebik lalu menjelir lidah ke arah abangnya. Kemudian, dia kembali memandang Faiq.

“Err, nanti kalau abang Faiq nak datang lagi. Bawa Kak Ain sekali eh? Bolehkan?” pesannya sambil tersengih-sengih. Faiq terkejut. Baddrol pula melongo. Apa pulaklah akal si budak nakal ni? Baddrol tertanya-tanya.

“Kenapa?” soal kedua-duanya serentak.

“Kak Ain dah janji nak tunjuk gambar abang dia dekat Dek Ah,” ujarnya telus. Meletus tawa Faiq. Baddrol pula terdiam sendiri.

“Gatal!” Pantas, Baddrol memiat telinga adiknya itu. Menyeringai Nadiah menahan kesakitan. Sebaik sahaja dia dapat melepaskan diri, laju sahaja dia berlari menjauhkan diri dari abangnya itu. “Jangan lupa tau, abang Faiq!” jeritnya lagi sebelum hilang disebalik rimbunan pokok jejarum.

Tersengih-sengih Faiq melihat tingkah Nadiah; gadis ceria itu. Tinggallah Baddrol dengan wajah senyum tak senyumnya. Apelah nasib aku dapat adik macam tu. Bikin malu keturunan jer.

“Okeylah, aku balik dulu. Kirim salam dengan mama dengan papa kau. Dengan Nurin dengan Dek Ah sekali,” ujar Faiq tersengih. Baddrol ikut tersengih. Pantas, Faiq membuka pintu kereta lalu masuk sebelum menghidupkan enjin keretanya. Sebaik sahaja mengucapkan salam pada Baddrol, laju dia menekan pedal minyak. Mahu segera sampai ke rumah, sementelah azan Maghrib sudah mula berkumandang di corong radio keretanya.

Back to Top