status.

Keputusan ini? Benarkah?

06.05 pm | 01 July 2010

song.

♥ BJPP Playlist ♥


Nak feel yang lebih? Play this player and enjoy your reading. =)

follow me.

Follow me on BLOGGER

nukilan.

Bintang! Jangan Pernah Pergi
Blurb B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 B13 B14 B15 B16 B17 B18 B19 B20 B21 B22 B23 B24 B25 B26 B27 B28 B29 B30 B31

I Love You, Aisy; Yes, I Do!(hold)
P1 P2

Que Sera Sera; Whatever Will Be, Will Be(hold)
Part 1 Part 2 Part 3 Part 4 Part 5

Cerita Pendek
Mengintai Bahagia
Penawar Kasih
Kalau Dah Jodoh
Tercipta Untukku
Kemaafan Dendam yang Terindah

wishlist.

DSLR Camera
Ipod Classic
Sony Vaio
Printed Version of BJPP
No Limit Japanese DVD
Own Novel
Trip to Aussie,NZ&Japan
Watching Theater

I Love You, Aisy! - Part 1

i love you, aisy. Yes, i do!
NotaSelit: Sebab saya sayang kamu, lalu saya garapkan cerita ini buat kamu. Ngee~!!!
Lama anak matanya jatuh pada sehelai kanvas yang tercalit pelbagai warna. Memerhati dan meneliti. Lukisan itu mengingatkan dia pada sebuah babak kehidupan yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu. Indah lagi mempesonakan. Namun kini, babak itulah yang saban waktu mendera jiwanya. Membuatkan mimpi indahnya bertukar menjadi sebuah igauan ngeri.

Perlahan jari jemari mengusap lembut pada sepatah perkataan itu. Cinta! Dia mengetap bibir. Menahan rasa yang tiba-tiba kembali. Rasa yang ingin sekali dibawa pergi. Rasa itulah yang selalu menjerut hatinya. Membuatkan dia kadang-kadang lemah dalam sisa semangat yang masih tinggal. Dalam langkah yang longlai, dia menapak membawa diri. Pergi meninggalkan kenangan yang tak mungkin dapat diulang kembali.

******

“Assalamualaikum...”

“Waalaikumsalam... lambat kau balik hari nie, Qis? Banyak kerja ke?” tanya Nurbaya yang sedang berlagak santai di hadapan televisyen. Balqis memandang Nurbaya seiring tersenyum. “Takdelah. Aku ke galeri kejap tadi. Ada urusan sket kat sana.

Nurbaya terdiam. Bukan sehari dua dia mengenali Balqis Insyirah. Bahkan bukan juga setahun dua tapi semenjak alam persekolahan menengah lagi. Rezeki selalu bersama mereka yang sememangnya mengimpikan untuk bersama-sama hingga ke alam perkerjaan. Dan hari ini, masing-masing telah menjawat jawatan yang diidam-idamkan mereka. Nurbaya sebagai seorang pegawai IT manakala Balqis Kamalia kini adalah seorang pereka grafik di QuarkPark-Design. Dan dia tahu, Balqis tiada apa-apa urusan pun di galeri.

“Qis, let it go. You’ll be better,” pesan Nurbaya perlahan tapi sangat jelas di pendengaran Balqis. Balqis cuma diam memandang Nurbaya. Cuma mengikut nasihat temannya tapi dia kalah dengan mainan perasaannya sendiri. Melepaskan pergi tak semudah mencampakkan seketul batu ke dalam air. Ianya menyakitkan.

“Aku masuk dalam bilik dulu,” balasnya lemah setelah beberapa minit membatu. Nurbaya sekadar mengelengkan kepala melihat temannya itu. Tak ada apa yang dapat dibantu melainkan terus menasihati walaupun dia sedar, menasihati Balqis umpama mencurah air ke daun keladi. Namun, jauh di sudut hati Nurbaya, dia mengharapkan moga ada sinar bahagia buat temannya itu.

******

Dalam sebak, Balqis merenung anak mata Amir. Mencari mana tahu masih ada sisa cinta untuk dirinya. Namun, dia gagal. Yang jelas di matanya kini hanyalah seraut wajah tanpa perasaan. Amir! Kenapa kau dera perasaan ini? Kenapa kau buat aku begini sedangkah kau tahu betapa susahnya aku membina perasaan ini untukmu?

“Qis, Amir minta maaf. Maybe ini yang paling baik untuk kita.”

Balqis sekali lagi mengangkat wajahnya. Memandang kekasih hati di hadapannya. Bukan sedikit perasaan yang diberikan untuk lelaki itu. Tapi kenapa lelaki itu semudah itu melepaskan dirinya?

“Ok. Qis ikut saja,” ucap Balqis perlahan. Ucapan yang bukan datang dari hatinya. Serentak itu, Amir minta diri dan terus keluar dari Perodua Myvi milik Balqis. Dalam kelukaan, Balqis sekadar memandang kelibat lelaki itu yang akhirnya hilang bersama Honda Civic miliknya.

“Amir...”

Balqis tersedar dari tidurnya. Di luar sedar, lancar sahaja dia mengucapkan sebaris nama itu. Sayu dan lirih sekali. Dan tanpa kesedarannya juga, ada mutiara jernih menyusup perlahan di pipi gebu milik Balqis. Dalam keheningan subuh itu, Balqis teresak-esak di bahu katilnya. Menangisi kehilangan sebuah cinta. Kehilangan untuk yang kedua kalinya. Namun tangisan itu tidak lama. Terhenti kala terdengar azan Subuh yang sayup-sayup kedengaran memecah kesunyian Subuh.

Perlahan dia bangun dari pembaringan. Terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan seterusnya menghambakan dirinya pada yang Maha Esa. Usai solat, Balqis terus ke almari pakaian. Mencapai sepasang kurung nan biru yang sudah sedia digosok. Dan terus menyiapkan diri untuk ke tempat kerja pada pagi di penghulu segala hari itu. Sudah bersiap, dia cepat-cepat turun ke dapur untuk menyediakan sarapan ringkas iaitu roti bakar.

Morning, Qis!” sapa Nurbaya yang baru muncul di situ. “Morning, Nur. Wah, berseri jer pagi nieh. Nak ke mana?” tanya Balqis sambil menyusun kepingan roti yang sudah dibakar di dalam pinggan.

“Hehe... macam biasa la Cik Balqis oit! Nak jumpa cik abang sayang la,” ujarnya penuh ceria. “Hurm... patutlah berseri-seri muka tue.”

“Tahu takpe. Qis, hari nie kau jangan nak pi mana-mana pulak. Kau kena temankan aku tau,” pesan Nurbaya. Balqis mengerutkan dahinya. “Kenapa pulak? Tak nak la aku. Kacau daun jer.”

Nurbaya muncung seribu. “Takde maknanya kacau daun. Hari nie Zahrul bawa member. Kau pun kenal dia tapi aku lupa siapa namanya. So, kau join ar aku. Takde la boring kat rumah nieh sorang-sorang. Lagi pula, aku ingat nak shopping hantaran tunang sekali.”

Balqis mencebik. “Aku dah biasa sorang la.”

“Dah! Jangan nak banyak alasan. Kau kena ikut aku!”

“Yelah... aku ikut,” jawab Balqis tanpa banyak alasan lagi. Terus sahaja dicapai roti bakar yang telah siap disapu jem strawberi itu lalu dimakan perlahan. Dan ralit, anak matanya leka pada wajah ceria Nurbaya. Roti yang selama ini begitu enak dimakan bertukar rasa pagi itu. Kesat dan tawar. ‘Berbahagialah teman. Doaku bersamamu selalu.’ Perlahan dan lirih sekali suara hatinya pagi itu.

Labels:


Back to Top

Que Sera, Sera - Part 4

Que Sera Sera

Lambat Alyaa mengatur langkah kakinya. Tidak tahu mana tempat yang mahu dibawa lari sekejap hati yang sedang berduka ini. Menyusuri waktu yang dibelenggu sepi ini, buat Alyaa tidak betah melayan karenah hatinya sendiri. Semakin dilayan, semakin dia lelah menuntut jawapan. Lantas, wajah yang satu itu jugalah yang akan bermain di matanya. Namun, gegaran telefon bimbit dari dalam poket memadamkan terus wajah itu.

“Hello. Assalamualaikum, Lissa.” Alyaa menjawab malas.

“Waalaikumsalam. Hey, Lya. Kau kat mana? Kau lupa ke yang kita ada latihan petang nieh?” soal Melissa di hujung talian. Hah! Alyaa terpinga-pinga. Matanya segera menatap jam yang melekat di pergelangan tangannya. 5.15 petang.

“Alamak, Lissa. Aku lupa. Maaf,” ujar Alyaa mengakui kesilapannya.

“Maaf, maaf juga. Kau tu cepat datang sini.”

“Baik, baik. Aku ke sana sekarang. Okey, bye.”

Usai mematikan talian, langkah kakinya diatur selaju mungkin. Dalam hati, Alyaa tak sudah-sudah menyalahkan diri sendiri lantaran terlalu mengikut kata hati. Mana mungkin dia mahu melupakan drama muzikal; Bila Aku Sudah Tiada yang bakal dipentaskan kurang sebulan dari sekarang itu. Tak mungkin!

Termengah-mengah Alyaa sewaktu tiba di tempat latihan tersebut. Ketika tiba, hanya pelakon yang sedang sibuk menghafal skrip. Hatinya kesal tiba-tiba. Hanya kerna dia seorang, seluruh latihan terpaksa dilewatkan.

“Maaf, semua,” ucap Alyaa sambil menunduk. Tidak berani menatap muka teman-teman lain. “Orang lain pun ada masalah juga tapi tidaklah macam kau. Menghilang tak tentu pasal. Kau ingat kami nieh takde kerja ke?” marah Alin melampiaskan rasa geramnya. Melissa, Hafiz dan Erwan diam sahaja. Sedar akan silapnya Alyaa. Di muka pintu, Alyaa diam tak berkutik.

“Maaf lagi sekali,” ujarnya lagi.

“Sudahlah tueh. Alyaa pun dah ada. Apa kata kita mulakan latihan,” gesa Nor Aini selaku ketua latihan. Melihatkan wajah polos Alyaa, timbul juga tanda tanya di dalam hatinya. Mahu bertanya pada tuan empunya diri, tapi bimbang ada sesuatu yang tak mahu dikongsi. Lantas, menjadi penyelamat adalah jalan paling baik sebelum berlakunya perbalahan.

“Thanks.”

Nor Aini tersenyum. “It’s okay. Benda kecil saja. Makanya tak haruslah nak dibesar-besarkan. Yang paling penting, latihan kita. Tinggal dua minggu jerk lagi tau.”

Alyaa mengangguk.

“Okeylah, kita mulakan latihan sekarang.”

-------------------------------------------------

Wajah lembut menunduk menatap lantai pentas. Lama. Sesaat kemudian, bergema suara Alyaa menyusur ke seluruh ruang udara dalam dewan itu.

Hendakku nangis tiada berairmata
Hendakku senyum tiada siapa nak teman
Kalau dah nasib sudah tersurat
Begini hebat apa nak buat...

Alunan petikan piano, biola dan gitar berpadu bersama drum mengiringi suara Alyaa mengalunkan bait-bait lirik lagu Dimanakan Ku Cari Ganti tersebut. Sendu dan lirih. Itulah yang jelas terkesan dalam hati tiap yang mendengar suara Alyaa kala itu.

Dimanakan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggupku berpisah dan berhati parah
Hidup gelisah
Dunia terang menjadi gulita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita

“Kini kau jua tak kunjung jelma...” Alyaa terduduk di atas pentas. Ada tangisan di hujung nyanyian lagunya. Ada sendu dalam setiap bait dialog yang dia tuturkan. Malah, ada hati yang terkesan dengan caranya membawakan watak Nurin, seorang gadis yang ditindas.

Tepukan gemuruh bergema sebaik sahaja tamat drama muzikal itu dipentaskan. Dari senyuman setiap seorang yang terlibat, nyata mereka puas dengan hasil yang mereka perolehi pada malam ini. Namun disebalik senyuman Alyaa, hatinya menangis teruk. Nun di bawah sana, ada sepasang mata yang tak lekang memandang dirinya. Sepasang mata milik seorang lelaki yang sudah hampir sebulan tak bersua muka bertingkah bicara dengannya. Dan malam itu, wajah itu hampir tak bergerak walau seinci menatap dirinya di atas pentas.

Alyaa termangu dalam diam. Terngiang-ngiang suara lelaki itu di hujung telinganya. ‘Abang janji walau apa pun yang terjadi abang tetap akan datang tengok Lya dan kawan-kawan malam tueh. Its a promise!’

‘Terima kasih sebab tunaikan janji abang. Sekurang-kurangnya, Lya dapat tengok abang selepas Lya hilang abang walau mungkin ini untuk yang terakhir kalinya,’ rintihnya hatinya sayu.

--------------------------------------------------------

“Assalamualaikum, Lya.”

Suara garau lelaki itu terus mematikan lamunan Alyaa. Tak pernah diharap pun untuk bersua muka dengan lelaki itu walaupun sesaat. Tak pernah dimohon pada Tuhan pun untuk bertingkah bicara walau sepatah dengan lelaki itu. Tapi, saat ini suara itulah yang sedang menyapa dirinya. Wajah lelaki itulah yang masih tak pernah jemu menjadi tatapan matanya.

“Waalaikumsalam, bang.” Sepatah sahaja jawapan yang dibalas. Itu pun sekadar memenuhi tuntutan seorang Muslim untuk menjawab salam yang dihulur.

"Lya sihat?” Soalan apakah yang sedang dia persoalkan? Dan jawapan apakah yang mahu dia dengarkan? Sihat di luar tapi sakit di dalam. “Sihat alhamdulillah.”

Menjungkit senyum di bibir Akif. Sungguh, memang itu yang dia doakan saban waktu; Pagi, petang, siang dan juga malam. Namun melihatkan ada bayang duka di hujung senyuman Alyaa, Akif terkilan. Dia sedar dia sudah melukakan hati Alyaa.

“Maafkan abang, Lya. Abang tahu Lya tak sihat sebenarnya. Maafkan abang,” ujar Akif penuh sesalan. “Untuk apa maaf itu, bang?”

Akif memandang Alyaa. Lama sekali anak mata itu jatuh pada sekeping wajah polos di hadapannya. “Maafkan abang, Lya. Abang dah lukakan hati Lya. Sungguh, abang tak nak buat semua nieh tapi abang terpaksa.”

“Tak perlu minta maaf pada Lya, bang. Abang tak pernah buat salah.”

“Tapi abang dah sakitkan hati Lya.”

“Perlu ke abang mohon kemaafan dari Lya untuk sedikit kesakitan itu sedangkan hampir dua tahun abang temani Lya, abang gembirakan Lya? Untuk semua kebahagiaan yang abang pernah bagi pada Lya, itu dah cukup untuk tebus semua salah abang pada Lya.”

Akif terdiam. “Lya...”

“Abang tak perlu rasa kesal. Abang tak perlu rasa bersalah pada Lya. Ini takdir kita, bang. Jodoh Lya bukan dengan abang. Lya redha. Satu lagi, congratulation for your engagement.”

Engagement? Akif terpinga-pinga. Alyaa pula tersenyum.

“Kak Qi bagitahu Lya semalam. Sampai hati tak jemput Lya dan kawan-kawan. Anyway, cantik bakal isteri abang. Sesuai dengan abang,” tambah Alyaa lagi.

“Cukup Lya. Abang tak nak dengar lagi,” balas Akif sedikit tegas. Bukan dia ingin menafikan kenyataan cuma dia sedikit terkilan bila mana Alyaa masih mampu berlagak setenang itu. “Lya, takkan sikit pun Lya tak sedih?”

Alyaa tersengih lagi. “Untuk apa Lya sedih, bang?”

Namun, jauh di sudut hati Alyaa ada tangisan yang kian beraja. Ada sendu yang makin menampar-nampar dada. Ada lirih yang sedang menikam hatinya. Abang, perlu ke Lya beritahu abang semua rasa yang Lya ada? Kalau abang tahu, boleh ke abang padamkan semua rasa dalam hati Lya nieh? Lya sayangkan abang. Lya tak mahu abang sedih sebab Lya.

“Lya selalu doakan kebahagiaan abang,” tambah Alyaa lagi bersama segaris senyuman paling manis walau sedang pada hakikatnya ianya tidak semudah itu. “Abang pun selalu doakan kebahagiaan Lya. Lya belajar rajin-rajin tau. Jangan hampakan harapan mak abah. Doa abang selalu ada untuk Lya.”

Alyaa mengangguk.

“Abang balik dulu, Lya. Kalau ada apa-apa nanti, jangan malu jangan segan untuk beritahu abang. Assalamualaikum, Lya.”

“Waalaikumsalam, bang.”

Seiring dengan jawapan salam, Alyaa menghantar lelaki itu pulang dengan ekor matanya. Di saat lelaki itu menutup pintu kereta, ada air hangat yang mengalir lesu di pipi gebu milik Alyaa. Lantas, Alyaa memandang ke langit yang sarat di penuhi bintang-bintang kecil. Bintang, cintaku akan tetap bersama dia walau jasadnya takkan pernah lagi bersamaku.



Back to Top